Bismillaahirrahmaanirrahiim...
Dalam perang mu'tah pada zaman Rasulullah s.a.w Rasulullah telah melantik 3 orang pemegang panji. Mereka ialah Zaid B. Harithah, Ja'far B. Abi Talib dan Abdullah B. Rauhah. Sebelum mereka pergi berperang mula-mula Rasulullah lantik Zaid B. Harithah. Lepas tu, Rasulullah pesan, kalau Zaid mati maka digantikan dengan Ja'far dan jika Ja'far mati juga, digantikan dengan Abdullah dan jika Abdullah juga mati maka lantiklah salah seorang antara mereka.
Dalam peperangan ni, Rasulullah s.a.w tak ikut. Atas sebab.. Rasulullah ingin menyampaikan bahawa risalah Islam yang Rasulullah bawa ni adalah tugas semua orang Islam untuk menyampaikannya. Walaupun Rasulullah tak ada, tugas untuk menyampaikannya mesti terus berjalan. Bukan atas sebab Rasulullah saja2 tak p atau sebab malas ke.. takut ke... etc.
Setelah 6 hari berperang, orang kafir yang semakin banyak mati, mengambil keputusan untuk menyerang pemegang panji. Masa tu, kalau panji yang dipegang jatuh, kira pihak tu kalah. So, nak katanya panji ni sangat penting. Kepentingan dia yang amat la kan. Masa tu, pemegang panji masih Zaid B. Harithah.
Jadi bila masa perang mula esok harinya, tentera kafir yang lbh kurg 3000 tentera semua memanah dekat satu arah: pemegang panji. Masing2 nak pi serang pemegang panji. Dan masa tu, Zaid tak berganjak pun dari tempat dia. Dia syahid, dalam keadaan badan dia penuh dengan panah. Sangat penuh dgn panah. Mmg nampak panah je. Tapi, panji Islam masa tu masih berdiri dalam tangan dia. Subhanallah.
Lepas tu, Ja'far Bin Abi Talib plak yang amik panji tu. Sekali lagi, semua orang serang dia. Dia yang masa tu berada atas kuda, turun ke tanah untuk berperang. Mula-mula tangan dia yg pegang panji tu kene potong. Bila tangan dia kene potong, tangan dia yang lagi satu terus sambut panji tu. Mata dia hanya memandang pada panji. Tak pandang langsung dekat tangan dia yang dah terpotong, tak mengadu sakit langsung. Dan bila tangan dia yang tgh pegang panji tu kene potong jugak, baki lengan dia yang
ada terus digunakan untuk mengapit panji tu. Dan lepas tu dia kene tikam di perut. Syahid. Masa tu, dikatakan bahawa di bahagian depan dadanya, ada 70 atau 700 bekas tikaman (Allahu a'lam, saya terlupa) sedangkan belakang dia ok je.. menunjukkan betapa banyaknya orang yang serang dia masa tu.
Lepas Ja'far syahid, Abdullah Bin Rauhah yang melihat, dia rasa ragu-ragu sikit untuk pergi jadi pemegang panji. Sebab dia tengok, 2 sahabat dia yang jadi pemegang panji syahid. Tapi lepas tu dia jadi juga pemegang panji apabila teringatkan janji Allah terhadap orang yang syahid. Dan dia berperang sehingga syahid. Selepas dia syahid, pemegang panji seterusnya adalah Khalid Al-Walid.

ok. tapi nak cerita pasal 3 orang sahabat tadi. Masa perang ni berlaku, Rasulullah menceritakan pasal perang ni kat madinah. Sebab bumi dekat tempat perang tu berlaku telah diangkat sikit oleh Allah kepada Rasaulullah. Supaya Rasulullah boleh nampak apa yang sedang berlaku. Dan masa tu Rasulullah cerita kat penduduk madinah yang ada dekat situ apa yang dah jadi termasuk apa yang berlaku dekat 3 orang sahabat tu selepas syahid.
Rasulullah cerita tiga-tiga orang sahabat tu berada dalam syurga. Ja'far dia ada sepasang kepak yang dibuat dari apa tah... saya tak ingat.. and mereka masa tu berada di atas keatil yg dibuat daripada emas. Cuma, katil Abdullah Bin Rauhah rendah sikit daripada katil Zaid Bin Harithah dengan Ja'far Bin Abi Talib. Sebab katil dia rendah sikit adalah sebab dia ada rasa ragu2 sikit sebelum ambil panji tu.
Kat sini kita tengok, Abdullah tu dia ragu-ragu sekejap je. Mungkin seminit, mungkin 2 minit. Entah2 tak sampai seminit pun. Tapi martabat dia lebih rendah dari 2 orang sahabat dia. Kalau kita muhasabah balik... selama kita hidup ni.. ada yang belas2 tahun.. ada yang dah puluh-puluh dah... berapa banyak kali dah kita rasa ragu-ragu untuk sampaikan kebenaran? Berapa kali dah kita rasa takut nak bagi nasihat, nak tegur orang? Allahu a'lam. Kalau Abdullah yang sekejap je pun... martabat dia dah jatuh... kita yang berpuluh-puluh tahun ni...??? Apakah martabat kita di sisi Allah?
Kat sini gak kita tengok betapa para sahabat... untuk Islam... dah berkorban terlalu banyak. Betapa mahalnya nilai risalah yang Rasulullah sampaikan tu untuk sampai dekat kita. Kalau Rasulullah dengan para sahabat dulu tak berkorban... akan adakah Islam sekarang ni?
Cuma nak sampaikan dekat sini... mereka yang terdahulu dah berkorban supaya Islam ni tersebar luas, supaya Islam ni diterima... jadi apa fungsi kita??? Adakah kita nak biarkan Islam yang ada sekarang ni macam ni je..?? Orang Islam sendiri ada yang menentang ajaran Islam. Islam ditindas. Sama-sama kita renungkan. Apakah sumbangan kita untuk din yang kita cintai. Peringatan buat diri sendiri yang juga sering alpa dan leka. Sama-sama kita ambil pengajaran. Allahu a'lam....

No comments:
Post a Comment