bismillahirrahmaanirrahim..
entry kali ni insyaAllah saya nak tulis pasal seorang tokoh. tokoh ni merupakan seorang wanita yang hidup masa zaman Rasulullah s.a.w. namanya RUFAIDAH. rasa2nya pernah dgr nama ni?? saya br tau pasal rufaidah ni masa pergi summer camp beberapa hari lps. kumpulan saya nama dia rufaidah & dr situ br sy knl siapa rufaidah dlm kalangan muslimin di zmn Rasulullah s.a.w.
cter dia lbh kurang cmni.. rufaidah nama penuh dia ialah Rufaidah binti Sa'ad. dia dr keturunan bani aslam suku kaum khazraj. kiranya dia ni termasuk dlm golongan org2 ansar. dia lahir sblm hijrah nabi ke madinah dan dia termasuk antara org2 terawal yang memeluk islam dlm kalangan penduduk madinah dan juga menyambut nabi ketika nabi s.a.w tiba di madinah semasa baginda hijrah.
apa yg istimewa pada rufaidah? beliau merupakan jururawat pertama dlm islam. ayah dia merupakan seorang doktor pd zaman rasulullah dan dr situ lah rufaidah bljr mengenai ilmu perubatan.
masa zaman rasulullah dulu, rufaidah merawat org sakit di madinah. beliau membuat khemah di luar masjid nabi dan merawat org2 yg sakit. ketika perang, rufaidah memimpin wanita2 yang volunteer utk jd jururawat ketika perang & mengajar dorg. rufaidah akan minta izin dr rasulullah utk mengikut pergi peperangan dan merawat muslimin yang cedera. dan beliau menjadi jururawat dlm peperangan bermula dari perang pertama dlm islam, perang badar.
rufaidah dan wanita2 lain yg jd jururawat masa tu... disebabkan mereka buat kerja mereka dgn baik, rasulullah akan bg sebahagian drpd harta rampasan perang kpd mereka. dan bhgn mereka sama dgn mujahidin muslimin yang bereperang.
selain dr menjadi jururawat, rufaidah juga terlibat dlm social working. beliau membantu org miskin, anak yatim dan juga org cacat. membantu mereka dan mengajar mereka.
______________________________________________________________________
right. tu cter pasal rufaidah. mnx maaf klo cara sy menyampaikannya x menarik. bg saya, jarang kita dgr nama rufaidah. xtau lah org lain, tp sy mmg sblm ni x knl siapa rufaidah.
cuma kat sini sy nak timbulkan persoalan...
yg pertama, byk mana tokoh islam yg kita knl? sila jwb sndr. kalau ditny.. siapakah shbt yang menjadi penulis wahyu? kira berapa ramai yg blh jwb. kalau tny pulak sape yg tulis buku harry potter.. kira jugak bpe ramai yg blh jwb..
kalau dlm klngn kita... lg rmai yg blh jwb siapa penulis wahyu... alhamdulillah.. klo sebaliknya.. muhasabahlah diri kita kembali.
kedua, apa sumbangan kita dlm islam? masa zaman rasulullah.. sejak kecik mereka dah pk apa sumbanagan yg hndak mereka beri kpd islam. kita? sy xnk tny masa kecik kita pk ke x.. yg sy nk tny.. kita pernah fikir x apa yang kita nk beri kpd islam?? jwb sndr. msg2 tahu diri msg2 insyaAllah.
muhasabahlah diri kita kembali. lihat balik pada nama kita. kalau yg nama nur tu... adakah diri kita ini secerah nur? apa ciri2 nur?? bercahaya. bila ada cahaya, yg gelap jd terang. adakah empunya nur itu begitu? adakah kita membantu org lain yg dlm kegelapan kpd chy? yg ssh kpd sng?
kalau yg nama muhammad.. lg la. yg terpuji. akhlak anda, ibadah anda, kehidupan anda.. adakah terpuji..?
dan utk sy sndr... nama saya hajar. semoga saya dpt mencontohi hajar isteri nabi ibrahim. kesabarannya unggul. kesetiannya pada suami tak boleh dipersoalkn. walaupun ditinggalkan di padang pasir yang tandus bersama seorg bayi kecil.
insyaAllah. sama2 kita muhasabah diri. apa sumbangan kita utk islam. kalau xdpt sumbangam besar pun xpe. kalau kita tunjukkan akhlak yg baik je pun xpe. moga2 ada yg tertarik pd islam dr akhlak kita. siapa tahu?
ok... habis. slmt bermujahadah.. =)
Allahu a'lam

No comments:
Post a Comment