Monday, April 25, 2011

kenapa?

bismillahirrahmanirrahim

hari ni hari terakhir cuti. besok kelas insyaAllah akan bermula kembali setelah 4 hari cuti :))

tiba-tiba rasa terpanggil untuk menulis sesuatu di blog.
apabila mulut tidak dapat berbicara,
jari-jemari yang menggantikan kata-kata.
oh, lemahnya iman..

saya menulis hanya untuk peringatan.
diri saya dan kamu.
bukanlah saya yang paling baik dan sempurna.
malah, untuk katakan saya lebih baik pun tidak.
tetapi, ukhuwah dan mukmin itu atas dasar saling mengingati.
maka, saya garapkan juga tulisan ini.
dengan harapan, akan sampai kepada kamu.
jika tidak hari ini, mungkin suatu hari nanti
dan semoga dapat membantumu.
mencari sesuatu yang hakiki

____________________________________________________________

satu post yang ringkas sahaja, insyaAllah

kenapa tidak boleh 'date' bagi pasangan yang belum berkahwin?

ini hanya antara sebab-sebabnya...

1. tidak menjaga pandangan mata
2. tidak menjaga lunak suara sedangkan setiap kata-kata akan dicatat oleh malaikat kanan dan kiri.
3. keluar dengan berhias diri (tabarruj) bukan untuk suami


4. berwangi-wangian yang berlebih-lebihan
5. menyentuh yang haram (eg: berpegangan tangan, or maybe hanya tersentuh)
6. keluar berdua-duaan (or maybe 3, 4 atau lebih. tapi percayalah, Allah mengetahui isi hati kamu)
7. keluar bukan dengan niat beribadah kepada Allah. ingatlah bahawa setiap langkah yang diambil akan dikira.
8. tidak menjaga batas pergaulan antara lelaki dan perempuan
9. tidak menjaga maruah
10. mencemarkan hati
11. ia adalah salah satu langkah daripada langkah-langkah ke arah zina sedangkan dalam Al-Quran kalamullah telah menyebut; janganlah kamu mendekati zina.

Ini hanyalah daripada gapaian akal pemikiran saya.
mungkin ada lagi.
tetapi, yang lebih mudah...
kerana ia dilarang dalam islam dan juga boleh mendatangkan dosa.

ayat tu la mudah. tapi, untuk mematuhinya, kita sendiri lebih tahu.
mujahadah yang tinggi mungkin diperlukan.
mungkin usaha sekali, gagal. kali kedua, ketiga, keempat... masih gagal.
mungkin juga mengambil masa yang lama untuk berjaya.
tetapi, insyaAllah akan berjaya suatu hari nanti.
berdoalah dan mohonlah supaya dimudahkan urusan kita dalam mentaati-Nya.
ditunjukkan jalan.
diteguhkan hati.
dikurniakan kesabaran.

ingin disebut sekali lagi,
ini hanyalah peringatan.
buat saya dan kamu.

Allahu a'lam


* buat siti sarah azman, be safe on your trip.. semoga mendapat ibrah daripada perjalananmu, semoga diberkati musafir mu...
and last but not least, happy belated birthday, dear~ xoxo

No comments: