Wednesday, May 25, 2011

what can describe this?

bismillahirrahmanirrahim

raut wajah tidak semestinya menggambarkan rasa hati. betul kan?
senyum di kala susah itu payah.
namun, ia adalah salah satu lambang sabar.

sabar.
sabar itu sangat besar.
dan sangat susah.
walau hati sedang menangis, bibir tetap perlu mengukir senyum.

apabila yang diminta ada di depan mata
jalan yang perlu diambil terbentang luas
tempuhlah ia dengan seikhlas hati
dengan penuh sabar
dengan doa yang penuh keyakinan
dengan usaha

jalan itu tidak dijanjikan mudah
malah telah ternyata daripada sejarah
jalan menuju Allah itu payah
berliku, berduri
luka itu pasti
namun di akhirnya...
insyaAllah
akan ada yang lebih indah daripada segala-galanya.

buat yang berduka,
janji Allah itu pasti.
walau kata-kata tidak dapat menggambarkan apa yang di dalam hati
berdoalah. dan yakinlah.
luahkanlah pada yang maha mendengar.
sabarlah.
insyaAllah akan kau rasa nikmatnya...


Dan Tuhanmu berfirman, "Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong tidak mahu menyembah-Ku akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina." [Ghafir: 60]

mengapa kita diuji?
supaya kita menjadi kuat.
supaya kita menjadi hamba yang bersyukur

Allahu a'lam

2 comments:

nur hasyimah mat zin said...

hajar ade prob ke? sdih je rsa bila baca post ni=(

bintuNasRah said...

xde la mslh pn..
i wont call it a problem
hanya sedikit tarbiyah..

n post ni bkn la utk diri sndr je..
utk org2 lain jugak..
n they know themselves
thnx syimah :)