Monday, July 04, 2011

yesterday has gone, today has started

bismillahirrahmanirrahim

alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah.
segala puji-pujian itu hanya layak bagi Allah.

alhamdulillah kerana masih bernyawa.
masih sihat.
masih diberi nikmat islam.
masih diberi peluang untuk menghambakan diri pada-Nya.
alhamdulillah 3ala kulli hal.

langit masih gelap.
suasana masih sunyi.
yang kedengaran hanya bunyi kereta dan ombak pantai.
manusia yang mungkin telah mula keluar mencari rezeki di bumi Allah ini.
atau mungkin juga baru ingin pulang.


"Dialah yang menjadikan bumi untuk kamu yang mudah dijelajahi, maka jelajahilah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian daripada rezeki-Nya. Dan hanya kepada-Nyalah kamu (kembali setelah) dibangkitkan."
(67: 15)

ombak yang tidak pernah berhenti dari memukul pantai.
tidak pernah sesaat pun ia leka dari perintah Allah.
sehingga ia disuruh berhenti,
maka ketika itu ia akan berhenti.


teringat umi dan abah.
sekarang tahun 2011.
6 bulan lagi 2012.
umur umi dan abah hampir mencecah 50
tua dah rupanya.
mungkin tak berapa nak sedar kerana raut wajah itu tidak menggambarkan umur mereka.
masih susah payah bekerja untuk menyara kami.
masih seperti dulu.

dulu, selalu suruh umi lukiskan gambar orang dengan baju cantik-cantik.
sebab umi pandai lukis.
bila nak mula tahun baru sekolah,
umi susah payah jahit baju sekolah.
balutkan buku sekolah.
sampai pagi umi jahit.
abah selalu balik malam.
hari jumaat ngan sabtu tak tidur kat rumah.
kene pergi klinik.
tapi abah selalu ingatkan
kene solat jemaah
kene mengaji sama-sama.

bila fikir-fikir...
adakah aku berbakti pada ibu bapa?
macam tak cukup
berapa banyak kali aku sakitkan hati mereka?
bila boleh senangkan umi dengan abah?


ya Allah, jadikan aku anak yang soleh

another day has started. may today will be better than yesterday

ps counting the days. my prayer will always be with you, insyaAllah
pps today is holiday. but have a lot of things to do. may Allah help me.

4 comments:

kucIngbUnge said...

hajar.hajar.hajar.

saje nak menempel kat sini.heheh

-implantattion-

bintuNasRah said...

ok. after implantation?? :P

Chocolate Fair & SMEs Halal Hub 2011 said...

:')

nusaibah said...

:')

btw. komen from choc fair tu, dri sebah. lupa nak sign out email convest. hee