Monday, April 07, 2014

kabur

supposedly, dah dekat sangat nak habis 1st posting ni..
tapi sekarang.. semua blur
nothing that i can see clearly

i'm dreading to go back there...
rasa mcm tak nak blk sana...
nak duduk rumah je..
nak berhenti kerja..

i try no to feel anxious and depress at home..
tapi... selalu je dia datang ganggu
dgn kemungkinan2 yang ada...
blm blk sana dah rindu rumah.
macam mana ni?

umi kata...
yakin pada Allah.
Allah dah rancang yg paling baik.
kalau kene extend ke... tak apa..
hajar jgn stress.. buat je kerja hajar.
yang pnting hajar dgn patient.
jangan kisah orang lain.
memang kita tak nak kena extend
tapi kalau Allah dah tetapkan itu untuk kita...
kita kena yakin.
jangan tension. tak apa.

*cry a river* T_T
*nangis je bila umi ckp*

Ya Allah...... permudahkanlah..

Hamba

Bukan sengaja duka menggenggam tangis
Bukan juga kerana terpaksa
Ternyata,
Kedukaan adalah hamba
yang sujudnya mengair mata.

*silabertabahdankuat!*
*rinduabahumimayamsebahmamadaiesyahasmakareemah*

1 comment:

faha mieza said...

dah lama kita tak singgah blog hajar.
hajar, kita rasa apa yang awak rasa.
kita pun dah hampir sangat nak habis, tapi dengan sekelip mata, keputusan yang diambil, kita kena extend. dengan alasan yang tak berapa jelas. tapi sebab nak juga extend, logbook diambil sebagai alasan.
pada mulanya kita rasa macam teruk sangat. apa2 mesti kena aim. tapi lama kelamaan, Alhamdulillah, kita bertahan. semua yang ada di sekeliling, dengan izin Allah, hadir berikan kekuatan dan semangat.
apa yang jadi kat saya, nak katanya, hanyalah mangsa keadaan yang sesuai untuk dijadikan mangsa.
kuat hajar. betul apa ummi hajar cakap, pedulikan apa orang lain cakap. yang penting niat hajar bekerja, dan berkhidmat untuk pesakit. InsyaAllah, Allah bersama hajar. Stay strong dear.