Showing posts with label rAmadHaN. Show all posts
Showing posts with label rAmadHaN. Show all posts

Monday, August 24, 2009

bonus, anyone?

alhamdulillah.. ramadhan dtg lg
alhamdulillah.. kita bertemu lagi dgn ramadhan tahun ini.
bulan yang Allah janjikan kebaikan padanya bagi mereka yang
inginkan kebaikan tersebut.
pahala ibadah dilipat gandakan.
syaitan dibelenggu.
dua kegembiraan bagi mereka yang berpuasa; ketika berbuka & ketika bertemu dgn Allah
darjat ketaqwaan bagi hamba yang soleh. yang berpuasa dgn sebenar2 puasa. yang menghidupkan ramadhan dgn amal ibadah dan melawan nafsu.
bagi sesiapa yang menginginkan kelebihan2 yg ada padanya,
maka berlumba-lumbalah mereka dlm beramal.
semoga dgn latihan dlm madrasah ramadhan ini,
apabila berlalunya ia,
kita tetap istiqamah dlm amalan kita.
tetap istiqamah dlm melawan nafsu kita.
Allahu a'lam


ps bonus plg popular: lailatul qadr! semoga kita termasuk dlm golongan yang terpilih utk bertemu dgnnya... ameen..~

Saturday, September 20, 2008

coklat?


coklat!
apa ada dengan coklat??
saya suka coklat. tapi apa yang buat coklat jadi sedaaaappp sangat..??
lagi2 coklat yang cair di tangan... hihihi..

ok.. sebenarnya saya bukan nak tulis pasal coklat pun sebab saya bukan tau sangat pasal coklat. yang saya tau.. coklat tu sedap dan beberapa nama coklat yang saya suka makan. lain pasal coklat.. saya tak tau. jadi, saya tak boleh tulis pasal coklat. walaupun saya dah tulis pasal coklat. tapi cerita pasal coklat habis di sini. END.

hari ni 21 september 2008. adik saya rasanya dah sampai mesir dah. insyaAllah dah sampai.. ni dah nak pukul 6pg.. so saya rasa dia dah sampai.

saya ulang balik sebab saya dah lari tajuk. hari ni 21 september 2008. hari ni juga 21 ramadhan. dah masuk fasa ketiga ramadhan. waaaaaaa... tinggal lagi 1/3 sahaja ramadhan yang tinggal. apa yang saya dah buat dalam ramadhan ni? hmm...

di penghujung ramadhan ni.. rasanya semua orang pun tahu.. Allah menjanjikan satu malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. lailatul qadr. jadi.. saya mengajak semua yang membaca blog ni.. [walaupun saya tak tahu sebenarnya banyak mana je orang yang baca blog ni] marilah kita sama-sama berusaha mencari lailatul qadr. sangat2 beruntung org yang dapat menghidupkan lailatul qadr. bukan senang tau! caiyok!

ermm.. tu je kot saya nak tulis.. dah tak tau nak tulis apa.. kita muhasabahlah balik eh apa yang kita dah buat dalam ramadhan kali ni.. adakah ramdhan kita tahun ni lebih baik dari yang sebelumnya... kalau rasa2 kurang baik tu.. masih ada masa lagi untuk kita tingkatkan amalan kita. dan saya harap amalan2 kita yg insyaAllah bertambah dalam bulan ramadhan ini menjadi tarbiah kepada kita untuk kita teruskan dalam 11 bulan yang akan datang. semoga kita bertemu lagi dengan ramadhan tahun depan. insyaAllah... peace.. =)

ps jom kita sama2 menghidupkan baki ramadhan yang tinggal sebagaimana kita menikmati coklat yang sedap! [pesanan ni hanya boleh diterima oleh orang yang suka coklat sahaja]. ngee..~

Wednesday, September 17, 2008

5x2 dan 2x5

satu tazkirah yg saya dengar. da lama gak sebenarnya dengar tazkirah ni.. tapi baru nak tulis.. huhu

sebelum tu.. sekarang kita da hampir berada di penghujung fasa kedua ramadhan di mana Allah menjanjikan maghfirah [pengampunan] kepada hamba-hambaNya.. muhasabah kembali apa yang kita dah buat.. ok?

ok, back to the topic. pak imam tu cakap.. klo besenye yang kita dengar la kan.. 5x2 dengan 2x5 ni sama je.. jawapan dia sepuluh.. tapi kalo benda ni kita aplikasikan dalam bentuk amalan.. dia jadi tak sama..

ibarat dia camni.. nombor yang depan tu amalan.. nombor belakang tu tempoh kita buat.. boleh agak kot saya nak tulis pe benonye ni..

kalau macam kite wat banyak kebaikan tapi dalam masa yang sekejap nak dibanding dengan kebaikan yang kita buat tapi kite berterusan... keputusan dia berbeza. yang sikit tapi berterusan.. itu lebih bernilai di sisi Allah. sebab kita istiqamah. Allah lebih suka kita buat benda baik tu sikit2 tapi berterusan. tapi kalau boleh tu.. janganlah benda tu kita biar sejemput macam tu.. hari ni kita buat satu benda baik then kita teruskan buat benda tu untuk satu jangka masa smpai agak2 kita da boleh istiqamah. then kite tambah lagi benda baru. then kite istiqamahkan dua2 benda yang kita buat tu...
saya tak ingat hadith ke.. kata2 sahabat ke.. tapi dia lebih kurang mcm ni la..
beruntunglah org yg hari ni lebih baik dari semalam. rugilah orang yang hari ini sama seperti semalam dan celakalah orang yang hari ini lebih buruk dari semalam.
wallahu a'lam.

Wednesday, September 10, 2008

awwalur rahmah

1st of all.. selamat menyambut dan menghayati ramadhan.. lambat sikit sebab sebelum ni tak ada mood nak menaip... banyak gak isi sebenarnya nak letak dalam blog ni.. tapi masa tengah ada semangat nak menulis tu.. laptop plak tak ada.. huhu..

ni pun sebenarnya tak ada semangat gak. nak balik mesir da. hmm....
"Jika Allah menolong kamu, maka tidak ada yang dapat mengalahkanmu, tetapi jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapa yang dapat menolongmu setelah itu? Kerana itu, hendaklah kepada Allah saja orang-orang mukmin bertawakkal."

(Ali Imran, 160)
maksud ayat tu saya jumpa masa tengah baca quran satu hari tu. tak tau pun nak ulas apa sebenarnya cuma nak kongsi dan hayatilah maksud dia. ada dua benda yang menarik perhatian saya sebenarnya. pertama: pasal pertolongan Allah dan yang kedua: hanya kepada Allah orang-orang mukmin bertawakkal.
renung-renungkan...