Wednesday, August 06, 2008

the lord of the rings

bismillahirrahmanirrahim..

waaaa... setelah sekian lama tak menulis dalam blog ni.. akhirnya diriku menaip kembali.. huhu..
ni dah ada dekat rumah da.. cuma bila dah balik rumah ni, jadi malas nak menulis blog... tak tahulah syndrome apa yang datang ni.. selalu je bukak blog sendiri dengan niat nak update.. tapi tak update2 pun.. tapi.. alhamdulillah... da start balik da! hehe.. gara-gara sarah yang tetiba btau dia tengah baca blog saya..

right.. sekarang ni saya ada cuti yang saaaaaaaaaaaangat panjang. tapi buat masa ni, tak buat apa2 benda sangat pun. duduk rumah, jaga rumah, kemas rumah. tu la boleh dikatakan hari-hari punya kerja. tapi insyaAllah pertengahan bulan 8 ni pegi sunathon kat kelantan.

disebabkan masa yang sangat banyak... saya da habiskan tengok cerita lord of the rings... sume yg tiga2 siri tu.. dr fellowship of the ring sampai la the return of the king. secara ringkasnya cerita tu pasal satu cincin yang dibuat oleh orang jahat yang bernama sauron. cincin tu mesti dimusnahkan. kalo tak musnahkan, nanti kekejaman akan melanda bumi ni... tapi cincin tu boleh dimusnahkan dekat tempat dia dibuat je.. in the fire of mount doom at mordor. so ada la misi untuk memusnahkan cincin tu. the ring bearer, frodo pergi la mordor dengan tukang kebun dia, sam. sementara tu, ada kawan2 dia yang lain berusaha untuk melawan orang2 jahat yang sangat banyak dan mcm kotor gler klo tgk dlm cter tu.. kirenya ada perang la ni kan..

mula-mula sekali perang kat helms deep. masa tu tentera tak cukup awal-awal tu. yang nak berperang pun majoritinya orang yang tak berpengalaman. masa ni.. bila saya tengok dalam cerita tu.. ibu-ibu menangis nak lepaskan anak-anak dia pergi berperang. yang nak berperang ni pun nampak macam tak rela je.. pastu jelas dari raut wajah dan dari pancaran mata mereka.. bahawa mereka ketakutan.

masa ni la yang tiba-tiba neuron dalam cephalo ku.. [betul ke cephalo-otak?] tiba-tiba aktif.. membandingkan suasana yang saya lihat dalam cerita tu dengan sejarah masa zaman rasulullah s.a.w yang saya tahu.. walaupun ilmu yang ada tu tak banyak mana..
tapi setahu saya.. dari sirah yang saya belajar.. para sahabat dulu.. apabila sampai seruan jihad.. terus menyahut seruan jihad. tak kira masa tu tengah buat apa pun. contohnya hanzalah. lepas tu, ibu-ibu pula [Allahu a'lam] mmg menyuruh anak-anak mereka pergi berperang.. isteri-isteri pun sama. in fact, diaorg berbangga dgn ahli keluarga mereka yang keluar pergi berjihad. tiada air mata sedih sebaliknya gembira. maybe ada jugak kot yang sedih tapi insyaAllah rasa bangga tu melebihi dari rasa sedih. walaupun semua dari anak lelaki dan suami syahid.. tetap gembira. sebab.. apa lagi yang lebih indah selain syahid dalam menegakkan agama Allah..

tu la perbezaan-perbezaan yang saya dapat kesan dengan jelasnya. saya just dapat simpulkan.. sebagai orang islam.. kita tahu dan mesti sedar bahawa tiada kudrat dan iradah melainkan dengan kehendak Allah. bagi yang berjihad, mereka tahu bahawa mati ketika berjihad adalah syahid. jadi tiada yang hendak digentarkan. berbeza dari mereka yang tidak berpegang pada tali Allah. yang mensyirikkan Allah. na'uzubillahi min zalik.

cerita lord of the rings tu.. ending dia.. sauron pun musnah..mati. yang pasti, tiada yang kekal abadi melainkan Allah s.w.t.

ok.. habis. END

1 comment:

테하 ♕ said...

uih mane aci nak tgk citer lord of the ring gak..tp x dpt..huhuhu