Monday, October 27, 2008

cHanGe

sebelum start kuliah hari tu saya ada download satu cerita yang direkomen oleh kawan saya. Tajuk dia change. Pasal seorang cikgu sekolah rendah yang tiba-tiba kene jadi ahli politik untuk gantikan ayah dia yang meninggal dunia. By the way, cerita ni cerita jepun. Ngeee..~
everybody changes. Semua orang berubah. Masa kecik macam ni.. bila da besar macam lain pulak. Masa kecik suka tengok teletubbies, bila dah besar suka tengok cerita jepun pulak. Huuuu.. macam kenal je sape tu.. kui3..

Ada sesetengah perubahan berlaku atas faktor umur. Ada pulak berlaku atas faktor persekitaran, ada yang berubah sebab sendiri yang sedar sebelum ni dia salah. Macam-macam faktor boleh wujud untuk seseorang berubah. Orang, kucing, macam-macam la.
Ada sesetengah perubahan yang kita buat... tak senang. Contohnya orang yang tak pakai tudung tiba2 dia nak pakai tudung... bagi saya untuk dia buat benda tu bukan senang. Walaupun benda tu da trang tang tang wajib dan betul tapi untuk buat benda tu bukan senang. Orang yang mula-mula tak pakai tudung bila dia mula-mula pakai mesti dia akan fikir apa yang orang lain cakap, pandangan orang lain dekat dia, kata-kata orang dekat dia, cakap belakang orang dekat dia. Mana la tau kan kalau ada orang yang salah anggap dia pakai tudung atas kepentingan2 tertentu. Nanti ada yang umpat2.

Walaupun akan ada orang yang support dengan bersungguh-sungguh. Tapi still.... sebab tu la.. mula-mula sekali niat untuk kita berubah tu apa? Betulkan niat kita. LILLAHI TA'ALA. Sebab bila niat kita kerana Allah, semata-mata kerana DIA yang kita paling cinta tu.. insyaAllah.. orang buat apa pun kita boleh indure dan istiqamah.
Tapi, persoalan sekarang... adakah niat kita betul kerana Allah dan adakah Allah yang paling kita cinta? Tepuk dada tanya iman. Peringatan buat diri saya juga.

Ada satu hadith yang maksud yang hendak disampaikan macam ni. Masa mula-mula islam datang, ia satu benda yang sangat asing. Orang pandang pelik je semua. Dan akan datang satu masa di mana ia akan menjadi dagang semula. Sekarang la kan masa tu. Jadi, bila kita buat satu benda yang memang konpem2 da benda tu betul dan baik tapi orang still pandang pelik jugak, TERUSKAN apa yang kita buat. Sebab zaman ni memang macam tu. Benda yang tak betul banyak sangat sampai orang dah biasa, benda yang baik ni yang orang pandang pelik. Seperti di blog kak adah, biasakan yang betul, betulkan yang biasa.

Last sekali.... sesungguhnya solatku, hidupku, dan matiku hanya kerana Allah. Jadikan Allah sebagai sebab utama dalam hidup kita. Allahu a'lam.

18.10.2008
0818

No comments: