Monday, October 27, 2008

Uhud

Ni dah minggu ke-2 start kuliah... no komen apa2 pun pasal subjek.... belajar je la... next week ada exam mid term untuk 1st sem.. huhu.. banyak giler yang masuk. Microb, patho, histo, biochem. Commed tak tau la masuk dlm mid term ke tak. InsyaAllah dipermudahkan oleh Allah... Amiin...
Sebenarnya post kali ni saya tulis awal dari tarikh yang saya letak kat blog. Rasanya dalam post lepas saya ada tulis kot pasal saya ada pi kelas tafaqquh. Masa tu ada diceritakan pasal perang uhud. Dalam perang uhud ni kan, yang kita tahu ada banyak syuhada. Saya nak ceritakan cerita pasal salah seorang dari banyak-banyak syuhada tu.
Mula-mula skali... nama dia Abdullah B. Haram. Kalau tak silap saya dia ada sorg anak lelaki dan 9 org anak perempuan. Masa ada panggilan untuk perang uhud tu, dia ngan anak laki dia 2-2 nak p. tapi, diaorg tak boleh 2-2 p... sebab kalau 2-2 skali p.. sapa nak jaga 9 org pempuan tu..?? so.. diaorg pun undi la. Undi, undi... Abdullah ni yg dapat pi.. anak dia merayu-rayu nak p.. tapi dia cakap.. dia boleh bagi apa-apa je... tapi dia kata kat anak dia.. sekarang ni diorg tgh bercakap pasal syurga..
lps tu dia ni pun p la kan perang uhud tu... dalam perang tu, dia dapat syahid. Bila masa anak dia jumpa mayat dia, anak dia sedih la.. pastu rasulullah s.a.w nak tenangkan hati budak ni.. rasulullah pun tanya la kat dia sama ada dia nak tau tak satu berita gembira. Pastu budak ni pun dia tanya la rasulullah apa berita gembira tu. Rasulullah s.a.w pun cter..
Bila da syahid tu kan... Abdullah Bin Haram ni dapat berjumpa dengan Allah. Subhanallah. Allah tanya kat dia, apa yang kamu nak? Dia jawab dia nak dihidupkan kembali kat bumi dan berperang lagi di jalan Allah dan syahid kembali. Tapi benda tu Allah tak bagi sebab memang dah menjadi sunnatullah orang hanya boleh hidup kat bumi ni sekali je. Jadi Allah pun tanya la lagi kat Abdullah ni dia nak benda pe. Jadi Abdullah ni cakap... dia nak supaya Allah kirimkan salam dia kepada penduduk bumi dan beritahu kat orang yang masih hidup ni bahawa dia dapat hidup dengan nikmatnya dalam syurga Allah. Maka, disebabkan permintaan dia tu, turunlah ayat 169-170 Surah Ali Imran. Maksud ayat tu:
“Dan jangan sekali-kali kamu mengira bahawa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati; sebenarnya mereka itu hidup, di sisi Tuhannya mendapat rezeki. Mereka bergembira dengan kurnia yang diberikan Allah kepadanya, dan bergirang hati terhadap orang yang masih tinggal di belakang yang belum menyusul mereka, bahawa tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati.”
Kalau secara zahirnya yang kita tahu dalam perang uhud ni orang Islam kalah. Tapi dalam kekalahan tu.. sebenarnya kita boleh dapat banyak pengajaran. Pasukan pemanah yang rasulullah tempatkan di bukit rummaah seramai 50 orang. Dari 50 orang tu, 40 orang telah pergi tinggalkan bukit tu untuk ambil harta rampasan. Manakala, baki yang 10 lagi telah syahid. Yang 40 orang tu lepas tu diberi balasan oleh Allah. Mereka hidup selepas perang tu, dan Allah isikan dalam hati mereka rasa bersalah yang amat. Em, lagi satu, kalau belajar betul-betul pasal perang uhud ni, sebenarnya tak ada sapa yang menang atau kalah pun. Dia macam seri je sebenarnya. Sebab2 dia.. saya malas nak tulis.. hehe..
ok.. ada nak buat benda lain. Semoga dapat diambil iktibar dan pengajaran... Allahu a'lam.
27.10.2008
0254

No comments: