semalam ada bincang dgn kwn saya. rukun islam ada 5... mcm yang kita tahu.. mengucap dua kalimah syahadah, solat lima waktu, berpuasa pd bulan ramadhan, membayar zakat dan mengerjakan haji di baitullah al-haram jika mampu... dalam hadith yang ke-2 dlm hadith 40 pun ada menyatakan ttg perkara ni. dalam hadith tu menyatakan ttg islam, iman, ihsan, dan hari akhirat.
masa bincang tu... kawan saya ckp la apa yang dia dapat dlm satu kls tafaqquh.. ustaz dlm kelas tu ckp.. dalam masyarakat sekarang... banyak orang menganggap bahawa islam HANYALAH rukun islam yang 5 tu... mereka tak memasukkan islam dlm kehidupan seharian.
sedangkan islam itu sebenarnya adalah satu ajaran yang memandu manusia untuk menjalani dan menyelesaikan masalah dlm kehidupan seharian. kiranya adalah satu konsep yang salah kalau orang anggap islam tu hanya mengucap, solat, puasa, zakat dan haji. sedangkan islam itu adalah satu agama yang syumul, yang kite perlu bawa islam dalam setiap pekerjaan dan tingkah laku kita.
islam itu mempunyai 60-70 cabang... jadi dekat sini menunjukkan bahawa banyak benda la yang dirangkumkan dalam islam. jadi... kita kene la berusaha untuk menjadi seorang muslim yang mukmin. ingat! sape2 pun boleh jadi seorang muslim tapi tak semua orang boleh menjadi seorang mukmin.
sebenarnya byk nak tulis.. tapi buku tertinggal kt umah kwn.. so.. ada benda yang tak dapat ingat.. insyaAllah yg akan datang saya akan cuba tulis pasal hamba Allah yang taat dan dikasihi. benda ni dah lama dah cakap dgn sahabat saya... tapi baru sekarang terfikir nak tulis. skrg ni bz... masa lapang kurang.. hargailah masa lapang sebelum sempit.... tapi bersyukur jugak walaupun bz dan penat... masa saya lebih terisi dan kuranglah perkara2 lagha yang saya lakukan.. insyaAllah...
sebab tu la kita perlu bersangka baik dgn Allah.. Allah mengatur kehidupan kita sebaiknya... jangan mudah melatah..
ok.. nak p bungkus nasi ayam! hehe... semoga mendapat pengajaran.. buat diri saya dan semua yang membaca.. salamun alaikum..
ps post kali ni jd draft dlu... dah bape ari abis sekaneka br dpt publish.. kt bwh ni gmbr saya ngan sarah... sje amik masa tgh sukaneka! ^^


No comments:
Post a Comment