Showing posts with label sharing. Show all posts
Showing posts with label sharing. Show all posts

Friday, June 11, 2010

after nearly 3 months?

bismillahirrahmanirrahim

lama sangat da tak update blog.
2 months?
huhu...

ada je tulis. then dia terbengkalai sbb sedang2 menulis.. nanti dia jadi..
em, nak tulis pe sebenarnya ni..? huhu
faham je kot.. kan? tak faham tak pe la..

sekarang dah masuk musim exam.
practical examS.
ok, the S is in the capital word.
although yang tinggal hanya 3 subjek..
tapi rasanya the word 'hanya' sangat tak sesuai digunakan.

and ini pun tak tau nak tulis apa sebenarnya.
tapi boleh kot nak share something

"dan Kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian." (17:82)

musim2 exam ni jangan tinggal baca quran. sehari baca semuka pun tak apa. setengah muka pun tak pe jugak. asalkan hari-hari baca al-Quran.

although kita ada banyak buku nak kene baca.. tapi ambillah sedikit masa untuk baca quran.. tak rugi insyaAllah. Al-Quran boleh dibawa mati.. buku histo tak boleh (knp histo jugak yang keluar?) tapi ilmu dari buku histo tu insyaAllah blh kalau bermanfaat ^^

ok, sama2 muhasabah diri balik. actually kalau bukak muka surat ayat 80 tu.. banyak lagi pengajaran boleh dapat.. selamat mentadabbur!

** credits to ogy for sharing.. *hugs and kisses*

Allahu a'lam..

Monday, February 15, 2010

buat yang bergelar muslimah

in the name of Allah.

saya masih lagi dalam tempoh exam. 4 more papers and insyaAllah the last paper will be community medicine on feb, 21st. but tomorrow as fakhriah said will be the last paper for the -ology subjects; tomorrow's paper: parasitology.

rite, tajuk di atas bertulis 'buat yang bergelar muslimah'. hmm.. camni cerita dia..

saya baru la jugak dalam dunia fb ni.. ada la dalam... 1 bulan ke? lebih kurang la. mula-mula dulu macam malas nak buat. ye la, friendster satu pun dah malas. tappi sebab ramai kawan2 yang ada dekat situ.. dari yang sek rendah punya kawan, saya pun sign up la.

hmm.. lepas tu.. add la sape-sape yang kawan saya. yang tak kenal, minta maaf- anda tidak akan dilayan.. :D

tengok gambar-gambar. dari gambar boleh la dapat sikit-sikit update pasal kawan kita tu. ramai study luar negara rupanya, huhu.. alhamdulillah.

tapi... ada yang sedih. nak tulis cane ni..

...............

.............

..............

.............

dalam gambar dengan lelaki. peluk, pegang2. aurat?
hmm.. iman saya lemah. nak pergi tegur.. takut. tulis dekat blog, sape yang baca?

tapi buat sahabat yang baca.. [lagi2 yang muslimah]---

jagalah diri kita ni baik-baik.

aurat kita, jaga elok-elok. bukan setakat pakai tudung. tapi tutup aurat.

satu penegasan di sini: pakai tudung TAK SAMA dengan tutup aurat.

pakai tudung, boleh jadi tutup aurat. boleh jadi jugak tak.

tudung: no jarang2.. labuhkanlah ia melepasi dada
dan biasanya tudung bawal = tudung jarang.
sebab? nampak batang leher. kalau tak pakai sekup, nampak rambut
saya cakap biasanya. saya tak tahu sangat bab2 tudung bawal ni.
kalau warna gelap, maybe boleh kot. asalkan syaratnya: tidak jarang

baju: senang je sebenarnya; tidak menampakkan bentuk tubuh. tidak jarang. tidak menarik perhatian [read: cth, warna yang terlampau terang]. dan menutup la.

bukan: pakai tudung, lengan pendek.
bukan juga: baju macam nak balut apa. nampak habis semua.
perempuan yang nampak pun malu.
apa lagi fesyen skrg yang tak bertepatan dengan syariat? hmm..

saya hanya beritahu sekali lagi sahaja. saya rasa, ramai je orang yang dah beritahu pasal benda-benda ni. dekat sekolah pun dah belajar, kan? cuma, in case kalau ada yang dah terlupa. saya ingatkan. bila dah tutup aurat, peliharalah diri ini sebaiknya. akhlaq, jagalah ia. di rumah, di luar. dengan keluarga, sahabat, masayarakat sekeliling kita.

kalau yang bf-gf thingy ni... hmm.. saya hanya nak tulis: kalau hendak bercinta, biarlah BERCINTA HINGGA KE SYURGA. saya suka ayat tu. saya rasa makna dia sangat dalam. bukan sampai akhir hayat sahaja, tapi sampai ke syurga. tak ke hebat?
tapi... kalau nak ke syurga, kenalah buat amalan ahli-ahli syurga :)

buat muslimah, [saya pun muslimah juga ^^]

peliharalah diri kita sebaiknya. Islam telah mengangkat darjat wanita. jangan kita jatuhkannya. jangan kita menjatuhkan martabat kita dan saudara kita yang lain.

kena ingat! fitnah yang terbesar pada akhir zaman ini adalah wanita. so,
kene berjaga-jagalah dalam setiap perlakuan kita :) berdoalah selalu
supaya ditetapkan iman kita dan digolongkan dalam kalangan hamba-hamba Allah yang soleh, amiiinn..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


ps in case klo ada lelaki yang baca.. well, boleh jugak kot ditujukan untuk lelaki.
andai ada terkasar bahasa, saya minta maaf. minta maaf disebabkan bahasa yang kasar jika ada.

Tuesday, December 01, 2009

janji yang benar

bismillahirrahmanirrahim..

alhamdulillah, setelah sekian lama saya x dpt nk update blog, akhirnya hari ni saya diberi kelapangan dan keRAJINan utk update blog ni. skrg tg cuti!! ramai gak shbt2 yg pergi jln2... p turki, syria, jordan, france, n blk mesia pun ada.. ^^ sy mula2 plan nk p turki, tp disebabkn beberapa perkara... sy batalkn niat sy.. iAllah lain kali ada rezeki..

btw, cuti kali ni.. even 10 hari pun.. n hari ni dah masuk hari yg ke-6, saya tak rasa mcm cuti 10 hari pun sbnrnye.. siyes.. ke-bz-an yg amat..mcm2 prog ada.. ini pun tak habis lg program.. em.. terlupa lak, sy nk ucap salam eidul adha.. ^_^ buat korban x?? sy nk buat tp sbb mse tu pening2 cne nk wat.. last2 x wat.. iAllah thn dpn klo dde rezeki..

rite, mcm yg saya tulis sblm ni.. saya nak tulis pasal satu tajuk yg sy dpt.. janji yang benar. ni sbnrnye ada buku die tp dlm b.arab. ada kakak senior cter kat sy la kan bila dia baca buku tu. ulasan kakak tu cm pjg.. tp kat cni sy nk tulis skiiit jek..

Maka ketika keputusan Kami datang, Kami selamatkan Syu'aib dan org2 yang beriman bersamanya dgn rahmat Kami. Sedang orang yang zalim dibinasakan oleh suara yang mengguntur, sehingga mereka mati bergelimpangan di rumahnya, seolah-olah mereka belum pernah tinggal di tempat itu. Ingatlah, binasalah penduduk Madyan sebagaimana kaum Samud (juga) telah binasa. (11:94-95)

dkt atas tu tafsir surah Hud. Ayat tu diturunkan masa pemulauan kaum musrikin makkah ke atas org Islam & Allah turunkan ayat ni utk menenangkan hati umat Islam bahawa macam mana pun, umat Islam akan menang.

Byk je lg cerita dlm al-Quran tentang para nabi yang terdahulu untuk kita ambil pengajaran dan iktibar. ending setiap kisah adalah dengan kemenangan para nabi dan rasul Allah. Allah dah janjikan yang tu. tapi, untuk dpt kemenangan yang Allah janjikan tu, bukanlah dgn cara kita menggoyang kaki.

Dan semua kisah rasul-rasul, Kami ceritakan kepadamu (Muhammad), agar dengan kisah itu Kami teguhkan hatimu; dan di dalamnya telah diberikan kepadamu (segala) kebenaran, nasihat dan peringatan bagi org2 yg beriman. Dan katakanlah (Muhammad) kpd org2 yg tidak beriman, "Berbuatlah menurut kedudukanmu, Kami pun benar2 akan berbuat. dan tunggulah, sesungguhnya kami pun termasuk yg menunggu." Dan milik Allah meliputi rahsia langit dan bumi dan kpdnya segala urusan dikembalikan. Maka sembahlah Dia dan bertawakkallah kpd-Nya. Dan Tuhanmu tidak akan lengah terhadap apa yang kamu kerjakan. (11:120-123)

allah dah terangkan kat atas yg kita kena menyembah Allah dan bertawakkal kpd Allah. Menyembah Allah bukanlah setakat solat, puasa, etc. Menyembah Allah adlh dhn cara kita melakukan perkara yg Allah suruh dan menjauhkn diri drpd melakukn pekara yg Allah larang..

klo kita tgk.. byk je lg kisah. Kisah nabi Yusuf, Nabi Musa... mcm mana dahulunya mereka teraniaya. Kisah Nabi Yusuf, mula2 dibuang ke dlm perigi oleh abg2 dia, akhirnya dia dihormati oleh abg2 dia sndr.

Kita tgk plak kisah ibu Nabi Musa yang terpaksa menghanyutkn baginda di sg. nil. Ibu Nabi Musa yang masa tu nak selamtkn anak dia bertawakkal kpd Allah akhirnya dipertemukan kembali dgn anaknya.

Allahu a'lam. percayalah sesungguhnya janji yang bena itu hanyalah janji Allah. Jika Dia menjanjikan kemenangan, maka pasti kita akan berolehnya. Tapi, ofcoz la kene lihat dulu sejauh mana ketaatan & ketaqwaan kita pd Allah. Allah takkan bg kemenangan dkt kita kalau kita ingkar perintah-Nya dan melakukan kezaliman di bumi Allah.

Kalau Allah janjikan syurga kpd sekian-sekian hamba-Nya, pasti Dia akan memberi ganjaran syurga itu. Tapi kena ingat! Allah juga menjanjikan neraka bagi hamba-hambaNya yang ingkar. so, yang tu pun mesti akan dapat klo kita ingkar. fair and square. keadilan Allah tiada tara dan tandingan. Allah itu Maha Adil, Maha bijaksana..

Allahu a'lam..

Wednesday, October 14, 2009

from my point of view

bismillahirrahmaanirrahim..
br lps solat subuh, alhamdulillah... kuliah pn dah mula sabtu lps (ahad actually, sabtu pbl). setakat ni ok lg... blm start bz lg. tp yg 4th yr... mmg nmpk la ke-bz-an mereka. kls dr kol 8 smpai 4. round je dah 4 jam. 12-4. klo teserempak ngn dorg pun, dorg cm nk cepat... huhuu...~~ menakutkn btol...
just rse terpanggil uk menulis ttg satu perkara. sbb mse cuti dlu, mmg byk ckp psl bnda ni dgn adik sy. boikot. hmm.... sy tau psl bnda ni lme da... sejak drjh 5. sbb abah xnk bwk kiteorg p kfc, pizza, etc. abah kata kena boikot. mungkin disebabkn mse tu msh knk2 riang gumbira lg, jd saya dan adik2 ikut je la. smpai la kiteorg form bpe, x boikot da. bila tny umi sy knp abah dah x boikot, umi kata abah kata blh mkn. well, kiteorg ofcoz la ske. selama ni klo org bg je dpt mkn, kali ni mmg dpt permission dr abah blh mkn... hehehe... nk tny abah knp blh mkn plak tetiba... smpai skrg x tertny2...
then, boikot ni tetibe sy perasan mnjd fenomena. sana sini org ckp psl boikot. n isu ni mmg jd isu hangat bila israel serang ghazzah. semua org dok ckp psl boikot. betul. sy stuju. kita kene boikot. tp, ada satu bnda yg sy x setuju. ni dr pndngn sy, pendapat sy.
sy perhatikn, bab boikot ni kn... mcm sume bnda nk boikot. dgr org ni ckp bnda tu kne boikot, boikot. org tu cp kne boikot, boikot. sdgkn xde bukti pun yg satu2 bnda tu menyumbang pd israel. ubat gigi ni boikot, mknn ni boikot, syampu ni boikot. bila tny, sbb sumbang pd israel. bukti? org ckp atau tgk kt mne2 yg hanya beritahu bnda ni kne boikot tanpa bukti.
bnda ni ofcoz berbeza mengikut pndangn org. mungkin ada org fikir, xpe la. boikot je. klo die x sumbang kt israel, kite x mati pun. klo dia menyumbang, haaa.... kan da free2 je bg duit kat dorg. tp bg sy, klo dia x menyumbang kt israel, bkn ke kita memudaratkn peniaga tu..??
lg satu, sy perhatikn, semua brg amerika, denmark, dll sume nk boikot. hmm... sy tau je knp... tp bg sy bnda tu x sepatutnya berlaku. bila nk boikot. check. cr sumber yg blh dipercayai. kita kene rjn berfikir. cr bukti. jgn ikut shj.
www.inminds.co.uk. ni satu website yg saya jmpa. dkt situ ada list brg yg seelok-eloknya diboikot dan sbb knp kne boikot. klik dkt gmbr dia, iAllah keluar. klo sy, sy tgk kt list ni la. sbb bg sy, dia ada bukti knp. bkn just ckp ni kne boikot, tu kne boikot.
skali lg, sy mnx maaf klo ada yg terasa hati dgn penulisan sy. ini hanya pndngn sy. pndangn anda, hak anda. Allahu a'lam...

Tuesday, September 22, 2009

this eid

bismillahirrahmanirrahiim..

skrg ni dah 4 syawal. pergi mana2 blog, rata2nya dah ucap slmt hari raya. huhu...rasanya blm lewat sgt lg kot nak ucap slmt hari raya.. dan minta maaf jika ada salah silap saya dgn kamu. bkn tak nak ucap sblm ni... tp rasa mcm tak rajin nak tulis and tak tau gak nak tulis apa dlm post selain dari slmt hari raya.. so ni dah 4 syawal, ada la cerita sikit..^^

after 2 thn tak raya kat m'sia and tak jumpa sedara2... raya thn ni mmg alhamdulillah, saya rasa seronok! byk benda
yang saya dapat, alhamdulillah. jumpa makcik2, borak sama2, dgr mereka bercerita, pengalaman mereka, mmg tak kering gusi and byk gak pengajaran yg sy dpt. tp, tak dapat la sy cerita dkt cni.

tp, yg mmg makcik2 saya pesan dkt saya: "Hajar, jgn kahwin awal2. Pergi tour dulu baru kahwin." rasa nak gelak pun ada. sume pesan kat sy cmtu. tak de pun saya ckp nk kahwin tp maybe sbb dah 2 thn tak jmpa, so tu la yg dorg dok ckp kt saya.

mcm2 dorg cerita. ssh bila dah kahwin. nak jd isteri solehah ni bkn sng. yg makcik2 saya cerita la kn... lelaki ni mmg la yang kita kenal sblm dan slps kahwin berbeza. and then, ego mereka sgt la tinggi dan besar. bak kata mak usu saya, lg besar dr kepala. huhu... mcm2 lg la kn cerita. so, makcik saya ckp, kalau rasa dah boleh bersabar, nak dgr ckp lelaki yang kita baru knl tu [even apa2 pun yg dia suruh] baru la kahwin. except kalau jodoh smpai awal jugak.. x pe la, nak wat cane. kahwin je la.


and then hari ni saya ada pergi tengok atuk sedara saya. kiteorg panggil dia tok long mail. kalau dulu pergi rumah dia, mesti dia akan pesan suruh bljr rajin2. bljr rjn2. n bljr rajin2. itu bnda yg dia tak kan miss pesan bila pergi rumah dia.

tapi tadi pergi rumah dia, dia sakit. hari tu wat operation sbb ada cancer usus. and then skrg ni dia dah jd kurus sgt. baring je. tak boleh mkn. lemah sgt. sedih tgk. umi and abah saya ckp, maybe ni kali terakhir tgk dia. sbb biasanya org sakit cancer kalau dah sampai mcm tu, maknanya mungkin umur dia tak lama dah. macam arwah atuk saya dulu. bkn nak kata kita tahu ajal dia, tapi ni cuma andaian berdasarkn yg biasa berlaku. bila salam atuk td pun, dia baring masa tu. nak berckp pun lemah je. rasa dia genggam tgn saya. sedih masa nak kene tarik tgn saya. rasa mcm saya tak mampu buat apa-apa. even atuk ni cuma atuk saudara sy, tp saya pun tak tau kenapa terasa sgt. muungkin sbb dia sll bg nasihat, or atas sbb apa2 pun, sy tak pasti. yg sy boleh buat just doakn dia. Allahu a'lam.

neway, tu antara cerita saya. bg saya, hari raya kali ni buat sy byk berfikir. hidup ni bkn mudah. tapi dia akan berakhir juga. so... gne masa yg kita ada utk perkara2 yg baik. ok, once again, selamat hari raya eidul fitri. kullu sanah wa entum toyyibiin, insyaAllah. maaf zahir batin.

Sunday, August 16, 2009

Do more..

Do more than exist. Live.

Do more than hear. Listen.

Do more than agree. Coorperate.

Do more than talk. Communicate.

Do more than grow. Bloom.

Do more than spend. Invest.

Do more than think. Create.

Do more than work. Excel.

Do more than share. Give.

Do more than decide. Discern.

Do more than consider. Commit.

Do more than forgive. Forget.

Do more than help. Serve.

Do more than coexist. Reconcile.

Do more than sing. Worship.

Do more than think. Plan.

Do more than dream. Do.

Do more than see. Perceive.

Do more than read. Apply.

Do more than receive. Reciprocate.

Do more than choose. Focus.

Do more than wish. Believe.

Do more than advise. Help.

Do more than speak. Impart.

Do more than encourage. Inspire.

Do more than add. Multiply.

Do more than change. Improve.

Do more than reach. Stretch.

Do more than ponder. Pray.

Do more than just live. Live for Allah.

Adapted and edited from 'An Enemy Called Average'
by John L. Mason

Tuesday, August 11, 2009

jual diri

bismillahirrahmaanirrahiim..

jual diri anda? anda mahu...??

mungkin anda kata tidak

tapi, jika saya kata anda jual diri anda tanpa anda sedari..

bagaimana??

pada siapa anda jual diri anda?

hanya anda yang tahu jawapan dia..

mungkin pada pakaian, shopping, nafsu makan anda..

saya ulang, hanya anda yang tahu..

tapi adakah anda untung dengan menjual diri anda pada semua ini..??

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil, dan Al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu dan itulah kemenangan yang besar." (At-Taubah: 111)

Saya menulis di atas maksud satu ayat al-Quran.

Bagaimana? jika anda melakukan jual beli dengan Allah... keuntungan itu pasti.

Kesenangan itu pasti.

Syurga. Allah menjanjikan syurga.

Siapa yang tidak mahu?

Bagaimanakah jual beli dengan Allah ini?

Dengan menyerahkan seluruh kehidupan kita pada Allah.

Diri kita, harta kita, dan segala yang ada pada kita kepada Allah.

Untuk menegakkan agama Allah di muka bumi yang Allah hamparkan ini.

Untuk mendapatkan keredhaan Allah. Rahmat Allah. Siapa kita tanpa rahmat-Nya?

"Dan di antara manusia ada orang yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredhaan Allah dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hambaNya." (Al-Baqarah: 207)

Ingin saya kongsi satu kisah pendek yang berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w.

Shuhaib ar-Rumi r.a ketika berhijrah telah meninggalkan segala harta dan rumahnya utk org musyrikin di Makkah sbg tebusan untuk berhijrah. Pada hakikatnya, dia bukan meninggalkan hartanya, tetapi dia telah menjual nafsunya kepada Allah. Dia telah menjual nafsunya yang cintakan harta dan rumahnya kepada Allah. Lalu dia berhijrah tanpa segala kemewahan tersebut.

Apabila Rasulullah s.a.w mengetahui hal ini, baginda telah bersabda:

"Shuhaib telah beruntung, Shuhaib telah beruntung."

Walaupun dia telah meninggalkan segala kemewahannya, dia telah mendapat keuntungan yang besar kesan dari itu.

Keuntungan di akhirat. yang mana, tidak dapat dibandingkan dengan segala apa yang ada di bumi ini.

Di bumi yang fana' ini.

Allahu a'lam

Monday, June 15, 2009

exam...

bismillahirrahmaanirrahiim..

br blk kelas histo. penat. penat mata. revision td. 25 slides. fuuhh..

minggu dpn ada 4 practical exams. parasit [55 specimens termasuk telur die, jantan betina, siput2, etc]. lps tu histo [ade 25 slides... alhamdulillah xde gmbr. masuk iAllah 15 slides]. biochem [lom revision lg. bsk. 4-6 ptg]. anat [pun lom revision jugak. ari rabu pg nti]. bersiap sedia ye hajar. oh, hari rabu ada last presentation- patho.

skrg dah nak exam. lectures tak habis lg. study leave 5 hari. great! prctcal exam patho masa study leave. yeay!

byk org komen. saya juga.

tapi.. komen2 pun.. jgn komen shj. yg pnting, bljr.

ya. bljr. bljr. dan bljr.

jgn lupa untuk berdoa. berdoa banyak2.

dan jgn lupa juga untuk percaya pada Allah.

percaya apa jua yang berlaku ada hikmahnya.

percaya yang Allah sentiasa memberikan yang terbaik kepada kita.
kepada kamu. kepada saya.

yakin juga Allah melihat segala usaha kita.

saya terlupa. betulkan niat kita. bljr kerana apa.

tentulah kerana Allah. keredhaan Allah.
jika bukan itu, maka betulkan.

tambahkan hadaf kita bljr [tujuan].

utk bantu umat? jd seorg pakar? buka hosp sndr? atau pun untuk dpt A.

apa-apa shj. asalkan baik. hadaf kita, kita tentukan.
dan kita lah yang bekerja ke arahnya.

semoga semua usaha kita diberkati Allah.
semoga urusan kita dipermudahkan Allah.

Ameen..

Allahu a'lam

Friday, May 15, 2009

kenapa pergi kuliah?

bismillahirrahmaanirrahiim..

sekadar ingin berkongsi pendapat, kerana saya melihat kedatangan ke kuliah tidak menentu. ada hari, mmg penuh kelas. ada hari... tiba-tiba sikit sangat orang dalam kelas. saya sendiri tidak tahu apa yang menyebabkan orang tak datang kelas atau pun tak mahu ke kelas. ada saya dengar, sebab lecturer ajar tak faham. buang masa datang kelas. baik duduk rumah belajar sendiri. ada jugak ke yang tak datang sebab malas? atau pun mungkin mereka ada masalah-masalah yang tertentu.

saya tak nafikan ada sesetengah lecturer yang mengajar.. tak dapat nak faham. atau pun cara penyampaian yang menyebabkan kami yang berada di kerusi ni nak tido je.. tapi, bagi saya pergi ke kuliah bukan hanya sebab nak dengar lecturers lecture kat depan. ada banyak sebab.........

1. Niat

ini sebab pertama kot. kena check balik niat masing-masing. kenapa datang mesir ni. kenapa ambil medic. kalau pun amik medic ni atas suruhan ibu bapa, etc kene ikhlaskan hati jugak. niat la benda yang kita buat ni lillahi ta'ala. kalau pun tak ada sebab lain untuk pergi kelas... ingatlah jalan ke syurga akan dimudahkan bagi orang yang menuntut ilmu. semua makhluk memohon keampunan bagi orang yang menuntut ilmu. naik trem pergi kuliah, insyaAllah dapat pahala. jalan nak pergi kelas, insyaAllah ada ganjarannya. even tdo dalam kelas pun... ada ganjaran yg dijanjikan Allah.

2. Tanggungjawab dan amanah

jadi tanggungjawab kita sendiri la untuk pergi kuliah. nama pun pelajar, kena la pergi kelas. kita ni lagi la.. datang sini bukan dengan duit sendiri. jangan pandang remeh benda ni. ni amanah. akan dipersoalkan dekat akhirat nanti. apa kita nak jawab depan Allah tentang kita KHIANATI amanah? orang yang mengkhianati amanah pun dikira termasuk dalam golongan orang-orang munafiq.

amanah dari mak ayah lagi. family lagi. ada yang datang sini, satu kampung letakkan harapan dekat dia. mak ayah expect kita rajin belajar dekat sini. pergi kelas, ulangkaji, dan buat la apa yang sepatutnya sebagai seorang student kn. kalau mak ayah kita tau kita tak pergi kelas, selalu ponteng, apa perasaan diaorg? saya tak tahu lah kalau ada ibu bapa yang tak kisah... kalau mak ayah sendiri tak kisah... at least fikir la tanggungjawab masing2..

3. belajar mesti kena ada guru

itu rule dia. belajar mesti ada guru. kita tak boleh belajar sendiri. walaupun kita ni pandai macam mana pun. sebab, kalau kita belajar sendiri, guru kita adalah syaitan. saya tak pasti fakta ni daripada hadith atau pun hanya kata-kata sape2... tapi tu yang saya pernah dengar.

mungkin ada yang boleh kata..

"kawan yang pergi kuliah tu boleh ajar. cikgu jugak la tu."

atau pun dialog cane2 pun je la kan... tapi kawan tu nak belajar jugak. lectures yang 3-4 jam tu... mana la dia nak ajar sume yang prof ajar.

4. keberkatan ilmu

saya tak tau la perkara ni ada orang boleh anggap tak penting. berkatnya ilmu sangat bergantung pada kita pergi kelas, cara kita menghormati guru, etc. saya tahu ramai je yang tak pergi kelas, tapi result ok je. hebat2. lagi hebat dari orang yang pergi kelas pun ada. tapi... tu la. ilmu ni kita bukan nak guna sampai exam je. ilmu ni kita nak guna untuk rawat orang nanti. kalau pun kita tak guna, kalau ilmu yang kita dapat tu tak berkat... boleh jadi apa-apa je bila kita kerja nanti.

tak tau la nak cakap akibat ilmu yang kurang berkat bila kita akan dapat kesan dia. sapa tau, masa final 6th year nanti ke, or masa kerja ke. masa buat master, phD ke.. mungkin nanti kerja da bagus sume... tapi hati tak tenang. sbb kita kerja dengan ilmu yang kurang keberkatan. atau pun kalau ada yang jadi lecturer ke... Allah balas balik kat kita students suka ponteng kelas kita. itu urusan Allah la kan nak bagi balasan cane. yang penting, kita la yang kena pergi kelas.

5. sayang diri sendiri

ini point last kot. kalau sayang diri sendiri, datang la kelas. tak rugi pun. kalau tak datang kelas yang rugi. banyak benda yang kita akan kekurangan kalau tak datang kelas. nanti masa exam la baru nak check apa yang prof ajar. masa tu la baru nak keep up.


tak faham pun tak pe la klo datang kelas. boring ke.. tahan la. belajar bukan senang. bila menuntut ilmu ni mmg banyak la benda yang kita kene endure. banyak benda kene korban. korban masa tido, korban tenaga, duit. banyak-banyakkan mujahadah. lawan syaitan yang selalu hasut supaya tak pergi kelas tu.

plus, bukan kita je yang berkorban. mak ayah kita berkorban. dari dulu lagi dia berkorban untuk jadikan kita diri kita yang sekarang ni. fikir-fikir la... kalau ikutkan hati.. banyak je yang malas nak pergi kelas. tapi, kenapa diorg boleh pergi?? sebab dorg skema ke?? entah la.. skema ke tak.. saya rasa bukan persoalan yang penting n saya x nmpk pun apa masalahnya kalau jadi skema.

habis da.... apa-apa kekurangan, saya minta maaf. ini hanya pendapat peribadi saya yang saya tulis di blog saya. kalau ada yang terasa hati pun, saya minta maaf juga. takut-takut penulisan saya mengguris hati sesiapa. semoga Allah permudahkan segala urusan. Allahu a'lam...

Wednesday, May 13, 2009

back to basic

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

ada satu petang ni... saya duduk dengan beberapa orang sahabat... pastu ada la sorang sahabat ni dia cerita pasal satu benda yang dia baca dari blog orang. tajuk yang dia baca tu... kalau sakit, letakkan madu. lebih kurg la tajuk dia cmtu. saya tak pasti.

apa yang saya dapat dari apa yang dia cakap tu... tentang cara kita bila menghadapi ujian daripada Allah. katakanlah kalau kita ditimpa satu2 masalah.. kat sini saya lebih nak fokuskan pada bahagian qalbun (hati) kita.

ermm.. kalau kita ada satu2 masalah.. dan benda tu pulak mengganggu diri kita. kita asyik fikir je katakan.. tak tenang.. apa yang kita nak buat?

biasanya yang saya selalu dengar [n saya buat jugak] adalah dgn cara kite menyibukkan diri kita. meaning, kita berharap bahawa kita takkan ingat benda tu dan harap dia berlalu macam tu shj. mungkin berkesan. ada org kata.. time heals everything. tp... ye ke?

kalau kita sakit.. kita biar cmtu je dgn harapan dia akan sembuh... blh ke? kalau sakit tak teruk.. boleh la kot. tp klo sakit teruk.. kite biar je..?? tak pasal2 nanti ada superadded infection yang menyebabkan suppuration. nanti tak pasal2 sampai tahap gangrene.. lg teruk. klo tak gangrene pun, tibe2 ada pus... pun payah jugak. nanah ni.. klo nk baik.. kite kene keluarkan dia dulu... nak keluarkan, sakit. pastu kene amik antibiotic lg... pastu amik masa lagi nak sembuh... terseksa da.. baru sembuh. klo tbe2 ada complications cane?? huuu...~

hmm.. yang saya nak ckp sbnrnya.. kalau kita sakit.. kena letak ubat. ubat mmg la pahit. atau pun kalau ubat sapu tu.. blh jd pedih gak bila kita sapu.. tapi tu skjp je. nk banding dgn analogi kat atas tu.. lg teruk. kalau Allah izinkan, insyaAllah akan baik la sakit kita tu.

kiranya.. kalau kita ada apa2 masalah yang mengganggu diri kita, kita back to basic. asal2 kita. kita kembali pada Allah. kita mengadu pada Allah. kita sandarkan seluruh harapan kita pada Allah. kita yakin pada Allah.

pernah tak kite terfikir... kita kalau ada masalah, siapa yang pertama sekali yang kita fikir kita nak cerita masalah kita? kawan, mak, adik, abang, kekasih hati... sape2 je la kan. pernah tak kita terfikir nak mengadu pada Allah?

bukan saya kata tak boleh mengadu pada manusia.. boleh. cuma nak muhasabah diri kita balik. macam mana Rasulullah.. pergantungan dia hanya pada Allah. kalau kita fikir... kita cerita kat kawan kita contohnya, kita harap dia faham. tapi.. dia betul2 faham ke? sedangkan Allah memahami diri kita lebih dari kita sendiri faham diri kita. benda yang kita sendiri konpius kita rasa apa.. Allah tahu dengan jelas apa sebenarnya apa yang kita rasa.

jadi.. peringatan buat hajar terutamanya.. apa-apa masalah... 1st sekali, pergi dekat Allah. insyaAllah, hati akan tenang. insyaAllah, Allah akan tunjukkan jalan. mungkin jalan yang Allah tunjuk melalui sahabat kita. tak kisah la apa-apa cara pun. Allah lebih tahu.

cuma saya nak ulang lagi.. bkn mksudnya kita tak boleh cerita kat kwn.. of course la blh.. kita pun tak hidup sorg2 kan.. cuma kena ingat.. kawan kita tu mungkin dihantar oleh Allah untuk membantu kita. apa-apa pun datang dari Allah. pergantungan yang pertama... pada Allah. bila ada masalah.. bukan lari.. bukan buat tak tau. Allah bagi ujian.. ada sebabnya. hadapi ujian tu.. mohon petunjuk dan kekuatan dari Allah. semoga sentiasa kuat dalam mentaati suruhan Allah. back to basic, back to Allah. Allahu a'lam


ps ada kena mengena ke apa saya tulis dgn tajuk? ke dah lari?

lg satu.. kita kena ingat Allah setiap masa.. bkn masa susah shj.. mcm mana nak jadi hamba yang bersyukur kalau kita lupa pada pemberi nikmat kt kita??

buat sahabat saya yang dikasihi.. jzkk atas perkongsian.. inni uhibbuki fillah..

Sunday, March 29, 2009

lama tak post

bismillahirrahmanirrahim...

hari ni dah 1 april 2009... dah masuk bulan baru dah.. umur saya pun dah baru.. alhamdulillah... semoga umur saya diberkati.

panjangnya umur seseorang tidak menjamin keberkatan umurnya. seperti kisah seorang sahabat (saya lupa nama dia), beliau memeluk Islam ketika berumur 30 tahun dan meninggal pada umur 37 tahun. Beliau hidup dalam Islam selama 7 tahun sahaja. Namun, ketika beliau meninggal, Rasulullah beritahu bahawa telah bergegar 'arasy Allah dengan kematian beliau. dan ketika diangkat jenazahnya, masya Allah... sangat ringan. Rasulullah memberitahu bahawa para malaikat telah mengusung jenazahnya. Sungguh tinggi martabatnya di sisi Allah walaupun hanya berada dalam Islam selama 7 tahun.

Bagaimana dengan diri kita? Berapa belas atau berapa puluh tahun dah kita hidup di dunia ni... tapi..... setandingkah kita dengan sahabat Rasulullah tersebut yang hanya 7 tahun berada dalam Islam. Sama-sama kita renungkan.

hmmm.. sekarang saya tgh dalam proses baca buku Muhammad As If You Can See Him. huhu... tak habis2 lagi.. saya cuma nak kongsi sikit antara isi yang saya dapat dari dalam buku ni. Sifat pemurah Rasulullah s.a.w. Boleh kata... dekat dunia ni, tak ada orang yang lebih pemurah daripada Rasulullah.

Antara buktinya... Rasulullah tak pernah cakap perkataan 'tak' atau yang seumpama dengannya bila ada orang mintak benda daripada Rasulullah. Bila Rasulullah bagi sesuatu pada seseorang tak pernah baginda mengharapkan apa-apa balasan. walaupun ucapan terima kasih.. Rasulullah tak harapkan. berbeza dengan kita.. at least mesti ada sikit yang kita harapkan dari orang yg kita beri dia sesuatu. at least kita harapkan dia cakap terima kasih kat kita. tapi Rasulullah tak. nothing. memang bila Rasulullah bagi... dia tak harapkan apa-apa pun daripada orang tu.

sifat pemurah Rasulullah ni... ibaratnya macam ni. contohnya ada orang mintak sesuatu pada Rasulullah.. walau sikit mana pun benda yang baginda ada.. baginda tetap akan bagi. dengan rela hati Rasulullah bagi... sampaikan kalau kita tengok.. macam Rasulullah yang menerima.. orang tu yang memberi. macam mana ikhlasnya Rasulullah memberi.

contoh petikan dalam buku ni.. ada seorang poet tulis:

'You see him, when you go to him, with a cheerful expression on his face,

making it seem that you are the one giving him that which you ask for.'

Ada satu hadith Rasulullah s.a.w:

Charity never causes one's level of wealth to decrease.

(Related by Muslim, on the authority of Abu Hurairah)

saya tak tahu nak endingkan cane.. Allahu a'lam

* post ni duduk lama sangat dalam draft.. huu..~

Saturday, March 21, 2009

gibnah bil beidh

bismillahirrahmanirrahim..

semalam saya ada sc. alhamdulillah.. lama dah tak de sc. semenjak masuk fatrah imtihan hari tu. ni sc pertama lepas exam. tapi.. saya bukan nak cerita pasal sc. saya nak cerita pasal on the way nak pergi sc semalam.

macam ni ceritanya... semalam saya dah agak lambat keluar dari rumah (cerita ni tak ada kena-mengena dengan keluar lambat). then masa nak pergi stesen trem... saya nampak satu trem dah berjalan. hmm.. nasib la.. tertinggal satu trem. sape suruh keluar lambat!

bila dah sampai... saya duduk dekat kerusi yang sedia ada. kejap lepas tu.. ada 2 orang gadis perempuan (gadis perempuan la kn?) datang, duduk sebelah saya. diaorg bg salam. saya jawab salam. then diamm........ lepas tu tibe2... sorg yg duduk sebelah saya ni.. dia hulurkan roti eisy. tak tahu lah kamu tahu ke tak roti eisy tu... dia bulat.. kaler coklat... macam berpasir-pasir... kalau time panas.. dia lembut.. kalau dah lama.. keras gler la...

ok.. pempuan ni dia hulur kat saya roti ni.. sebahagian je la.. pastu.. saya tolak mula2.. sebab saya tak makan sangat eisy ni... tapi dia suruh amik jugak.. so saya pun amik la... elok je saya sentuh roti tu dia cakap.. dalam tu ada gibnah ngan beidh (keju dan telur). saya rasa macam.. adoooiii.... sebab saya ni bukan jenis yg makan keju. mmg tak makan keju la. nak makan keju pun mesti ada cara dia. keju arab yang putih ni... lagi la saya tak makan. huuu....~

tapi saya amik jugak la. sikit... sikit saya makan. pastu syimah datang. kiteorang dua2 nak pi sc. saya offer syimah. syimah pun tak makan keju.. huhu..

bila trem sampai... kiteorg pun naik la trem. trem tu pun bergerak. masa dalam trem tu.. saya makan lagi roti tu. saya membelakangkan orang yang bagi saya roti tu. tak nak dia nampak muka saya yang perit nak habiskan roti yang tak banyak tu.

lepas tu tiba2 saya fikir... bila sampai nanti.. saya nak buang la roti tu.. nak bagi kat fatin.. da la sikit je.. entah2 fatin pun tak makan keju. huhu... jahatkan saya?

tapi lepas tu... alhamdulillah.. Allah ingatkan saya kisah Rasulullah s.a.w yang habiskan limau yang masam yang diberi oleh seorang perempuan kafir. in fact, limau tu sangat masam. tapi, Rasulullah s.a.w tak buat muka sikit pun. malah, habiskan time tu jugak.

subhanallah.. indahnya akhlak Rasulullah. berbeza sangat dengan saya. dah la makan dengan muka yang saya rasa macam apa je (saya tak la berkerut.. tapi... ada la yg tak kena saya rasa).. pastu pk nak buang lagi. Astaghfirullah al-azim... last2 skali.. saya pk.. habiskan je la.. makan cepat2.. tak rasa sangat.. laaaaaast skali.. habis gak roti tu...

and benda ni buat saya rasa sangat kagum dengan Rasulullah. baginda boleh makan limau yang sangat masam tu dengan muka yang biasa je. in fact, sampai para sahabat terliur tgk rasulullah makan. peringatn buat saya dan semua yang membaca: ingatlah bahawa contoh teladan kita adalah Rasulullah. Qudwah hasanah. Akhlak baginda adalah akhlak Al-Quran. sama-samalh kita mencontohi akhlak Rasulullah yang sangat mulia. semoga kita termasuk dalam golongan umat Rasulullah yang mendapat syafaat baginda di akhirat nanti.. Allahu a'lam

Monday, March 02, 2009

ukhuwah fillah

bismillahirrahmaanirrahiim...
hari ni lps lg 1 paper.. alhamdulillah. td exam pbl n skill. lps ni insyaAllah exam community medicine. hari rabu nanti.

ok, exam tiada kene mengena sama sekali dengan tajuk di atas. saya nak cerita je... tadi saya pergi rumah kak atie. dekat sana saya jumpa syazana. saya pun borak-borak la dengan syazana. kemudian tiba-tiba saya timbulkan persoalan pasal ukhuwah fillah..


hajar: syazana, kita nak tanya satu soalan.

syazana: apa dia? (setelah dia membetulkan duduk)

hajar: ukhuwah fillah tu sebenarnya macam mana?

syazana: hmmm... kita pun tak tau sangat sebenarnya. awak rasa?

hajar: entah la.. kita pun tak tahu. cuma kita terfikir... ukhuwah fillah tu sebenarnya macam mana.. orang selalu cakap ukhuwah fillah.. ukhuwah fillah.. tapi sebenarnya macam mana ukhuwah fillah tu..? sebab kita rasa.. ukhuwah fillah tu... satu benda yang tinggi...

syazana: hmm kita ada terbaca la.. ukhuwah fillah tu bila 2 org berukhuwah kerana Allah. bila kita kawan dengan seseorang tu... kita berkawan atas satu benda yang benar. kita tak ada asyik nak puji2 kawan kita. kalau dia buat benda salah, kita tegur. walaupun benda tu dia marah ke.. dia tak suka ke.. tapi kita tegur. and then, kita berlapang dada dengan dia. ada orang yang berkawan.. katakanlah.. diaorang ni memang rapat.. pergi mana-mana sama-sama.. buat apa-apa sama-sama.. tapi contohlah yang berkawan ni A dengan B.. then B ni dia macam nak rapat dengan C pulak.. then A jeles... tu kita tak boleh kata ukhuwah fillah. dalam islam ada ke ajar jeles2 macam ni? tak ada kan..

sebenarnya kita pun tengah cari ukhuwah fillah ni.... so macam tu la.. awk ada apa-apa pengalaman ke..??

hajar: tak ada la.. cuma bila kita tengok orang kita terfikir.. kita rasa orang yang ukhuwah fillah ni.. dia sayang sangat kawan dia.. sayang sangat la.. entah la.. kita pun tak tau sangat sebenarnya.

syazana: haah.. kita pun rasa macam tu.. tapi awak ingat tak.. yang rasulullah penah kata, kalau dia boleh mencari kekasih selain Allah.. rasulullah akan pilih Abu Bakar. tapi rasulullah kata.. tak boleh. Baginda dengan Abu Bakar hanyalah sebagai saudara. so.. macam tu la.. sebab tu la bila fikir.. 2 orang yang bertemu dan berpisah kerana Allah ni.. Allah janjikan syurga.. sebab memang susah untuk berukhuwah kerana Allah..

itu la antara perbualan kitaorg.. tak de la sama betul2 apa yang kitaorang cakap.. tapi lebih kurang macam tu la. kami sama-sama sedang mencari ukhuwah fillah. kami akan jumpa ke? insyaAllah.. semoga Allah memberi kami nikmat merasai manisnya apabila berukhuwah kerana Allah.

btw, cakap pasal ukhuwah ni jugak kan.. saya dapat 2 hadiah dalam masa lebih kurang 2 minggu ni. bukan sebab hari jadi saya, bukan jugak sebab.... apa-apa la. satu dari fakhriah.. saya dapat bear, ag 1 dari kak atie.. saya dapat buku.

fakhriah tu.. dia kata bear tu sebenarnya untuk hadiah hari jadi saya. tapi dia kata sebab ainul n shira dah tengok.. jadi dia bagi terus sekarang. walaupun saya tak nampak apa kaitannya ainul and shira dah tengok dengan kene bagi dekat saya sekarang.. tapi saya still terima dengan senyuman dan ucapan terima kasih.. hehe..




and kak atie plak hari tu dia tanya saya.. saya da ada tak satu buku ni.. pasal sirah rasulullah.. saya memnag tengah cari buku tu.. tapi dah habis.. lepas tu tadi kat rumah kak atie.. sebelum balik kak atie bagi saya buku tu. saya sebenarnya malu nak amik.. sebab kak atie selalu bagi saya ni la.. tu la.. kad la.. macam-macam la.. tapi saya tak balas-balas lagi.. n ni dapat lagi. tapi saya amik je la.. dah kak atie bagi.. hehe..








syukran. terima kasih banyak-banyak fakhriah dan kak atie. bear memang dah lama saya nak... sebab tak pernah ada bear.. n buku tu pun.. memang dah lama saya mencari.. syukran jaziilan. ni yang makin sayang ni! hehehe... ^^

ok.. nak rehat sekejap then nak start study community medicine. habis exam commed nanti... habis exam!!!!!!!! then malam 4hb tu pergi cairo.. tumpang rumah kawan kat sana sebab besok pagi dalam pukul 9 insyaAllah nak p london. doakan perjalanan saya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan. i really, really need that. tapi.... insyaAllah semuanya kheir.. Allahu a'lam.

Friday, February 20, 2009

one more step closer to Allah (iAllah)

A woman modestly dressed is a pearl in its shell..


You look at me and call me oppressed
Simply because of the way i'm dressed

You know me not for what is inside
You judge the clothing I wear with pride

My body is not for your eyes to hold
You must speak to my mind, not my feminine mould

I'm an individual. I'm no man's slave
It's Allah's pleasure that I only crave

I have a voice so I will be heard
For in my heart I carry His word

"O ye women, wrap close your cloak
so you won't be bothers by ignorant folk."

Man doesn't tell me to dress this way
It's law from God that I obey

Oppressed is something I'm truly not
For liberation is what I've got

It was given to me many years ago
With the right to prosper, the right to grow

I can climb mountains or cross the seas
Expand my mind in all degrees

For God Himself gave us liberty
When He sent Islam, to you and me!

bismillahirrahmanirrahiim...

menutup aurat adalah salah satu benda yang wajib dibuat bagi seorang yang bergelar muslim. tidak kira sama ada dia lelaki atau perempuan, menteri atau rakyat biasa, pelakon, doktor... apa-apa je la.. tapi asalkan dia mengaku dia seorang yang menganut agama Islam, maka WAJIB ke atasnya untuk menutup aurat.

selalu orang perkatakan tentang aurat perempuan. jarang rasanya orang berkata tentang aurat lelaki. mungkin kerana aurat perempuan ini lebih complex dari lelaki atau atas sebab apa saya tidak tahu. mungkin juga sebenarnya orang selalu je berbincang pasal aurat lelaki cuma saya yang tidak tahu. Allahu a'lam.

".... Dia mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui sesuatu apa pun tentang ilmu-Nya melainkan apa yang Dia kehendaki..." (2: 255)

ada 2 sebab saya letak sebahagian dari maksud ayat kursi tu dekat atas. pertama, sebab hanya Allah yang lebih tahu apa yang dibincangkan manusia (kan saya de tulis kat atas tu saya x tau org bincang selalu tak pasal aurat laki ni) dan yang kedua sebab nak mengingatkan kita semua bahawa Allah Maha Mengetahui. Dia yang menciptakan kita. Maka Dia lah yang paling memahami diri kita. Malah, Dia lebih mengetahui tentang diri kita berbanding diri kita sendiri.

kalau kita faham benda ni... layakkah kita untuk mempersoalkan hukum Allah ke atas kita? Siapalah kita untuk melanggar hukum Allah? Tidak ada rasa takut ke dalam diri kita akan azab Allah? tak ada rasa nikmat ke kita pada syurga yang dijanjikan Allah kepada hamba-hamba-Nya yang soleh? kalau kita tak ada rasa tu... check diri kita balik... adakah diri aku ni seorang muslim yang sebenar? atau hanya seorang muslim yang hanya mengikut agama ibu dan ayah? kalau kita hanya mengikut agama mak dan ayah tanpa kita mendalami islam itu sendiri.... maka samalah kita dengan masyarakat jahiliah dahulu yang mereka menyembah berhala kerana mengikut agama nenek moyang mereka. na'uzubillahi min zalik.

berbalik pada aurat. yang pertama kita kene tanya. kenapa kena tutp aurat? kalau ditanya pada orang.. jawapan yang mungkin akan diperoleh:

1. menjaga kehormatan diri

2. menjaga diri daripada gangguan orang-orang jahat

3. melindungi kecantikan diri hanya untuk mahram. (tapi rasanya banyak je orang yang bila tutp aurat pun kita rasa waaaaaaaaaaaaa.... cantiknya dia...)

4. sebab perintah Allah.

5. melambangkan imej seorang muslim

6. ada cadangan lagi? i'm out of ideas.

ok... tu mungkin la antara sebab2 yang mungkin orang akan jawab jika ditanya. tapi... katakanlah kalau kita tak tahu pun apa kebaikan tutup aurat ni. kita tak boleh nampak apa kebaikan menutup aurat ni. kita rasa sama je tutup aurat ke tak. tak ada apa yang lebih pun kita rasa dengan menutup aurat. maka, kita kene ingat bahawa sepatutnya cukuplah menjadi sebab bahawa benda itu adalah perintah Allah untuk kita menutup aurat. (ayat berbelit ke? ke boleh faham?) Apabila kita tahu bahawa benda tu adalah perintah Allah... kalau betul la kita ni mencintai Allah lebih daripada segala apa yang ada di langit dan bumi ni.. maka kita tidak akan persoalkan kenapa Allah suruh tutp aurat macam ni.. macam tu...

ok, mungkin susah kot nak kata bahawa kita ni mencintai Allah lebih dari segala-galanya.. saya pun tak tahu adakah saya ni termasuk dalam golongan manusia-manusia seperti Rabiatul Adawiyah... tapi kalau kita tak termasuk.. takkan nak biar camtu je? 1 thing for sure... kita kene usaha. kalau kita nak mencintai Allah.. kita kene usaha. macam mana nak usaha?? Tak kenal maka tak cinta. jadi.... yang pertama sekali kita kene buat.. adalah dengan cara mengenali Allah. itu adalah langkah pertama.

"Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmu lah yang Maha Mulia. Yang mengajar (manusia) dengan pena. Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya." (96: 1-5)

Kalau kita teliti maksud surah kat atas tu.. biasanya kalau orang cakap.. dia akan cakap pasal perkataan pertama tu je. Bacalah! yang baki-baki tu... tak ada. kat atas tu.. Allah menyebut antara sifat-sifat Allah. Allah suruh kita membaca dengan menyebut nama Allah yang menciptakan. Allah mengajar kita dekat atas tu... supaya kita belajar untuk mengenal Allah. nak diringkaskan cerita.. kalau kita tak kenal Allah... Aqidah kita tak kuat.. macam mana kita nak laksanakan perintah Allah dengan hati yang ikhlas? sebab tu la.. apa-apa pun bermula dari dalan diri kita.. kita kuatkan aqidah kita.. kita tanamkan dalam diri kita cintakan Allah... insyaAllah tak berat untuk kita laksanakan perintah Allah. btw, saya dah lari tajuk ke ni?

ok.. sambung balik pasal aurat tadi. sikit je lagi nak sambung. rasanya semua orang pun tahu macam mana aurat perempuan dan laki ni dari mana ke mana. cuma saya nak mengingatkan lagi ciri-ciri menutup aurat bagi lelaki dan perempuan. mcm mne sebenarnya yang dikatakan menutup aurat.

pakaian tidak ketat. tidak jarang. tidak berhias berlebih-lebihan bagi wanita. melabuhkan hijab sehingga menutupi dada. tidak menampakkan bentuk tubuh. ada lagi ke yang saya tak sebut? kalau ada... tolong tambah ye...

ok.. saya dah btau apa yang saya tahu. sama-samalah kita membaiki diri kita. insyaAllah setiap usaha kita untuk menjadi seorang muslim yang soleh akan diterima Allah. Allahu a'lam. ^^

ps poem kat atas tu... saya cilok! bukan saya buat! kui3 plus saya pun kalo tgk kat atas tu.. cam lbh menekankan aurat perempuan. adakah kerana saya juga perempuan..?? (blink, blink)