Sunday, March 29, 2009

lama tak post

bismillahirrahmanirrahim...

hari ni dah 1 april 2009... dah masuk bulan baru dah.. umur saya pun dah baru.. alhamdulillah... semoga umur saya diberkati.

panjangnya umur seseorang tidak menjamin keberkatan umurnya. seperti kisah seorang sahabat (saya lupa nama dia), beliau memeluk Islam ketika berumur 30 tahun dan meninggal pada umur 37 tahun. Beliau hidup dalam Islam selama 7 tahun sahaja. Namun, ketika beliau meninggal, Rasulullah beritahu bahawa telah bergegar 'arasy Allah dengan kematian beliau. dan ketika diangkat jenazahnya, masya Allah... sangat ringan. Rasulullah memberitahu bahawa para malaikat telah mengusung jenazahnya. Sungguh tinggi martabatnya di sisi Allah walaupun hanya berada dalam Islam selama 7 tahun.

Bagaimana dengan diri kita? Berapa belas atau berapa puluh tahun dah kita hidup di dunia ni... tapi..... setandingkah kita dengan sahabat Rasulullah tersebut yang hanya 7 tahun berada dalam Islam. Sama-sama kita renungkan.

hmmm.. sekarang saya tgh dalam proses baca buku Muhammad As If You Can See Him. huhu... tak habis2 lagi.. saya cuma nak kongsi sikit antara isi yang saya dapat dari dalam buku ni. Sifat pemurah Rasulullah s.a.w. Boleh kata... dekat dunia ni, tak ada orang yang lebih pemurah daripada Rasulullah.

Antara buktinya... Rasulullah tak pernah cakap perkataan 'tak' atau yang seumpama dengannya bila ada orang mintak benda daripada Rasulullah. Bila Rasulullah bagi sesuatu pada seseorang tak pernah baginda mengharapkan apa-apa balasan. walaupun ucapan terima kasih.. Rasulullah tak harapkan. berbeza dengan kita.. at least mesti ada sikit yang kita harapkan dari orang yg kita beri dia sesuatu. at least kita harapkan dia cakap terima kasih kat kita. tapi Rasulullah tak. nothing. memang bila Rasulullah bagi... dia tak harapkan apa-apa pun daripada orang tu.

sifat pemurah Rasulullah ni... ibaratnya macam ni. contohnya ada orang mintak sesuatu pada Rasulullah.. walau sikit mana pun benda yang baginda ada.. baginda tetap akan bagi. dengan rela hati Rasulullah bagi... sampaikan kalau kita tengok.. macam Rasulullah yang menerima.. orang tu yang memberi. macam mana ikhlasnya Rasulullah memberi.

contoh petikan dalam buku ni.. ada seorang poet tulis:

'You see him, when you go to him, with a cheerful expression on his face,

making it seem that you are the one giving him that which you ask for.'

Ada satu hadith Rasulullah s.a.w:

Charity never causes one's level of wealth to decrease.

(Related by Muslim, on the authority of Abu Hurairah)

saya tak tahu nak endingkan cane.. Allahu a'lam

* post ni duduk lama sangat dalam draft.. huu..~

No comments: