Saturday, March 21, 2009

gibnah bil beidh

bismillahirrahmanirrahim..

semalam saya ada sc. alhamdulillah.. lama dah tak de sc. semenjak masuk fatrah imtihan hari tu. ni sc pertama lepas exam. tapi.. saya bukan nak cerita pasal sc. saya nak cerita pasal on the way nak pergi sc semalam.

macam ni ceritanya... semalam saya dah agak lambat keluar dari rumah (cerita ni tak ada kena-mengena dengan keluar lambat). then masa nak pergi stesen trem... saya nampak satu trem dah berjalan. hmm.. nasib la.. tertinggal satu trem. sape suruh keluar lambat!

bila dah sampai... saya duduk dekat kerusi yang sedia ada. kejap lepas tu.. ada 2 orang gadis perempuan (gadis perempuan la kn?) datang, duduk sebelah saya. diaorg bg salam. saya jawab salam. then diamm........ lepas tu tibe2... sorg yg duduk sebelah saya ni.. dia hulurkan roti eisy. tak tahu lah kamu tahu ke tak roti eisy tu... dia bulat.. kaler coklat... macam berpasir-pasir... kalau time panas.. dia lembut.. kalau dah lama.. keras gler la...

ok.. pempuan ni dia hulur kat saya roti ni.. sebahagian je la.. pastu.. saya tolak mula2.. sebab saya tak makan sangat eisy ni... tapi dia suruh amik jugak.. so saya pun amik la... elok je saya sentuh roti tu dia cakap.. dalam tu ada gibnah ngan beidh (keju dan telur). saya rasa macam.. adoooiii.... sebab saya ni bukan jenis yg makan keju. mmg tak makan keju la. nak makan keju pun mesti ada cara dia. keju arab yang putih ni... lagi la saya tak makan. huuu....~

tapi saya amik jugak la. sikit... sikit saya makan. pastu syimah datang. kiteorang dua2 nak pi sc. saya offer syimah. syimah pun tak makan keju.. huhu..

bila trem sampai... kiteorg pun naik la trem. trem tu pun bergerak. masa dalam trem tu.. saya makan lagi roti tu. saya membelakangkan orang yang bagi saya roti tu. tak nak dia nampak muka saya yang perit nak habiskan roti yang tak banyak tu.

lepas tu tiba2 saya fikir... bila sampai nanti.. saya nak buang la roti tu.. nak bagi kat fatin.. da la sikit je.. entah2 fatin pun tak makan keju. huhu... jahatkan saya?

tapi lepas tu... alhamdulillah.. Allah ingatkan saya kisah Rasulullah s.a.w yang habiskan limau yang masam yang diberi oleh seorang perempuan kafir. in fact, limau tu sangat masam. tapi, Rasulullah s.a.w tak buat muka sikit pun. malah, habiskan time tu jugak.

subhanallah.. indahnya akhlak Rasulullah. berbeza sangat dengan saya. dah la makan dengan muka yang saya rasa macam apa je (saya tak la berkerut.. tapi... ada la yg tak kena saya rasa).. pastu pk nak buang lagi. Astaghfirullah al-azim... last2 skali.. saya pk.. habiskan je la.. makan cepat2.. tak rasa sangat.. laaaaaast skali.. habis gak roti tu...

and benda ni buat saya rasa sangat kagum dengan Rasulullah. baginda boleh makan limau yang sangat masam tu dengan muka yang biasa je. in fact, sampai para sahabat terliur tgk rasulullah makan. peringatn buat saya dan semua yang membaca: ingatlah bahawa contoh teladan kita adalah Rasulullah. Qudwah hasanah. Akhlak baginda adalah akhlak Al-Quran. sama-samalh kita mencontohi akhlak Rasulullah yang sangat mulia. semoga kita termasuk dalam golongan umat Rasulullah yang mendapat syafaat baginda di akhirat nanti.. Allahu a'lam

3 comments:

faha mieza said...

Salam...
Hajar.. pe yg hajar fikir btl..
sy tak mkn keju...
tp bgs la igtn kisah Rasulullah s.a.w cepat samp ke fkrn Hajar....
I'Allah de hikmah di sblk kesedaran ni....

. said...

salam..
*kagom
=)

bintuNasRah said...

alhamdulillah...