Wednesday, May 13, 2009

back to basic

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

ada satu petang ni... saya duduk dengan beberapa orang sahabat... pastu ada la sorang sahabat ni dia cerita pasal satu benda yang dia baca dari blog orang. tajuk yang dia baca tu... kalau sakit, letakkan madu. lebih kurg la tajuk dia cmtu. saya tak pasti.

apa yang saya dapat dari apa yang dia cakap tu... tentang cara kita bila menghadapi ujian daripada Allah. katakanlah kalau kita ditimpa satu2 masalah.. kat sini saya lebih nak fokuskan pada bahagian qalbun (hati) kita.

ermm.. kalau kita ada satu2 masalah.. dan benda tu pulak mengganggu diri kita. kita asyik fikir je katakan.. tak tenang.. apa yang kita nak buat?

biasanya yang saya selalu dengar [n saya buat jugak] adalah dgn cara kite menyibukkan diri kita. meaning, kita berharap bahawa kita takkan ingat benda tu dan harap dia berlalu macam tu shj. mungkin berkesan. ada org kata.. time heals everything. tp... ye ke?

kalau kita sakit.. kita biar cmtu je dgn harapan dia akan sembuh... blh ke? kalau sakit tak teruk.. boleh la kot. tp klo sakit teruk.. kite biar je..?? tak pasal2 nanti ada superadded infection yang menyebabkan suppuration. nanti tak pasal2 sampai tahap gangrene.. lg teruk. klo tak gangrene pun, tibe2 ada pus... pun payah jugak. nanah ni.. klo nk baik.. kite kene keluarkan dia dulu... nak keluarkan, sakit. pastu kene amik antibiotic lg... pastu amik masa lagi nak sembuh... terseksa da.. baru sembuh. klo tbe2 ada complications cane?? huuu...~

hmm.. yang saya nak ckp sbnrnya.. kalau kita sakit.. kena letak ubat. ubat mmg la pahit. atau pun kalau ubat sapu tu.. blh jd pedih gak bila kita sapu.. tapi tu skjp je. nk banding dgn analogi kat atas tu.. lg teruk. kalau Allah izinkan, insyaAllah akan baik la sakit kita tu.

kiranya.. kalau kita ada apa2 masalah yang mengganggu diri kita, kita back to basic. asal2 kita. kita kembali pada Allah. kita mengadu pada Allah. kita sandarkan seluruh harapan kita pada Allah. kita yakin pada Allah.

pernah tak kite terfikir... kita kalau ada masalah, siapa yang pertama sekali yang kita fikir kita nak cerita masalah kita? kawan, mak, adik, abang, kekasih hati... sape2 je la kan. pernah tak kita terfikir nak mengadu pada Allah?

bukan saya kata tak boleh mengadu pada manusia.. boleh. cuma nak muhasabah diri kita balik. macam mana Rasulullah.. pergantungan dia hanya pada Allah. kalau kita fikir... kita cerita kat kawan kita contohnya, kita harap dia faham. tapi.. dia betul2 faham ke? sedangkan Allah memahami diri kita lebih dari kita sendiri faham diri kita. benda yang kita sendiri konpius kita rasa apa.. Allah tahu dengan jelas apa sebenarnya apa yang kita rasa.

jadi.. peringatan buat hajar terutamanya.. apa-apa masalah... 1st sekali, pergi dekat Allah. insyaAllah, hati akan tenang. insyaAllah, Allah akan tunjukkan jalan. mungkin jalan yang Allah tunjuk melalui sahabat kita. tak kisah la apa-apa cara pun. Allah lebih tahu.

cuma saya nak ulang lagi.. bkn mksudnya kita tak boleh cerita kat kwn.. of course la blh.. kita pun tak hidup sorg2 kan.. cuma kena ingat.. kawan kita tu mungkin dihantar oleh Allah untuk membantu kita. apa-apa pun datang dari Allah. pergantungan yang pertama... pada Allah. bila ada masalah.. bukan lari.. bukan buat tak tau. Allah bagi ujian.. ada sebabnya. hadapi ujian tu.. mohon petunjuk dan kekuatan dari Allah. semoga sentiasa kuat dalam mentaati suruhan Allah. back to basic, back to Allah. Allahu a'lam


ps ada kena mengena ke apa saya tulis dgn tajuk? ke dah lari?

lg satu.. kita kena ingat Allah setiap masa.. bkn masa susah shj.. mcm mana nak jadi hamba yang bersyukur kalau kita lupa pada pemberi nikmat kt kita??

buat sahabat saya yang dikasihi.. jzkk atas perkongsian.. inni uhibbuki fillah..

No comments: