saya masih lagi dalam tempoh exam. 4 more papers and insyaAllah the last paper will be community medicine on feb, 21st. but tomorrow as fakhriah said will be the last paper for the -ology subjects; tomorrow's paper: parasitology.
rite, tajuk di atas bertulis 'buat yang bergelar muslimah'. hmm.. camni cerita dia..
saya baru la jugak dalam dunia fb ni.. ada la dalam... 1 bulan ke? lebih kurang la. mula-mula dulu macam malas nak buat. ye la, friendster satu pun dah malas. tappi sebab ramai kawan2 yang ada dekat situ.. dari yang sek rendah punya kawan, saya pun sign up la.
hmm.. lepas tu.. add la sape-sape yang kawan saya. yang tak kenal, minta maaf- anda tidak akan dilayan.. :D
tengok gambar-gambar. dari gambar boleh la dapat sikit-sikit update pasal kawan kita tu. ramai study luar negara rupanya, huhu.. alhamdulillah.
tapi... ada yang sedih. nak tulis cane ni..
...............
.............
..............
.............
dalam gambar dengan lelaki. peluk, pegang2. aurat?
hmm.. iman saya lemah. nak pergi tegur.. takut. tulis dekat blog, sape yang baca?
tapi buat sahabat yang baca.. [lagi2 yang muslimah]---
jagalah diri kita ni baik-baik.
aurat kita, jaga elok-elok. bukan setakat pakai tudung. tapi tutup aurat.
satu penegasan di sini: pakai tudung TAK SAMA dengan tutup aurat.
pakai tudung, boleh jadi tutup aurat. boleh jadi jugak tak.
tudung: no jarang2.. labuhkanlah ia melepasi dada
dan biasanya tudung bawal = tudung jarang.
sebab? nampak batang leher. kalau tak pakai sekup, nampak rambut
saya cakap biasanya. saya tak tahu sangat bab2 tudung bawal ni.
kalau warna gelap, maybe boleh kot. asalkan syaratnya: tidak jarang
baju: senang je sebenarnya; tidak menampakkan bentuk tubuh. tidak jarang. tidak menarik perhatian [read: cth, warna yang terlampau terang]. dan menutup la.
bukan: pakai tudung, lengan pendek.
bukan juga: baju macam nak balut apa. nampak habis semua.
perempuan yang nampak pun malu.
apa lagi fesyen skrg yang tak bertepatan dengan syariat? hmm..
saya hanya beritahu sekali lagi sahaja. saya rasa, ramai je orang yang dah beritahu pasal benda-benda ni. dekat sekolah pun dah belajar, kan? cuma, in case kalau ada yang dah terlupa. saya ingatkan. bila dah tutup aurat, peliharalah diri ini sebaiknya. akhlaq, jagalah ia. di rumah, di luar. dengan keluarga, sahabat, masayarakat sekeliling kita.
kalau yang bf-gf thingy ni... hmm.. saya hanya nak tulis: kalau hendak bercinta, biarlah BERCINTA HINGGA KE SYURGA. saya suka ayat tu. saya rasa makna dia sangat dalam. bukan sampai akhir hayat sahaja, tapi sampai ke syurga. tak ke hebat?
tapi... kalau nak ke syurga, kenalah buat amalan ahli-ahli syurga :)
buat muslimah, [saya pun muslimah juga ^^]
peliharalah diri kita sebaiknya. Islam telah mengangkat darjat wanita. jangan kita jatuhkannya. jangan kita menjatuhkan martabat kita dan saudara kita yang lain.
kena ingat! fitnah yang terbesar pada akhir zaman ini adalah wanita. so,
kene berjaga-jagalah dalam setiap perlakuan kita :) berdoalah selalu
supaya ditetapkan iman kita dan digolongkan dalam kalangan hamba-hamba Allah yang soleh, amiiinn..

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
ps in case klo ada lelaki yang baca.. well, boleh jugak kot ditujukan untuk lelaki.
andai ada terkasar bahasa, saya minta maaf. minta maaf disebabkan bahasa yang kasar jika ada.

3 comments:
nice hajar..!=D
yeah!cube utk menjadikan Islam itu sempurna.lebih sempurna!..
rabbuna ma'akum~
suke post hajar yg ni!-bkn lah x suke yg len;p
sy pun suke ayat "bercinta sampai ke syurga" tu..nk bce buku tu..huhu!
my quote : biar kite ni x indah pd pndgn ahli dunia,asal kite indah di pndgn ahli syurga..smga kite jd ahli syurga jugak=)..n jd Ainul Mardhiah..(mode RADHA lagi;D)
bila Islam tidak dijulang
bila Islam bukan lagi gaya hidup
bila Islam dibelakangkan..
-apabila alQuran dan sunnah itu dibiarkan halwa telinga semata.
-undang-undang Allah diperlekehkan
maka jadilah umat itu umat yang sesat..
kalau kita yang tahu buat2 taktahu. kita juga termasuk dlm golongan tersebut. nauzubilah.
mabruk atas nasihat.
p/s: lama saya tggu awak menulis kembali tau! ;p
Post a Comment