Showing posts with label bicara hati. Show all posts
Showing posts with label bicara hati. Show all posts

Monday, February 15, 2010

buat yang bergelar muslimah

in the name of Allah.

saya masih lagi dalam tempoh exam. 4 more papers and insyaAllah the last paper will be community medicine on feb, 21st. but tomorrow as fakhriah said will be the last paper for the -ology subjects; tomorrow's paper: parasitology.

rite, tajuk di atas bertulis 'buat yang bergelar muslimah'. hmm.. camni cerita dia..

saya baru la jugak dalam dunia fb ni.. ada la dalam... 1 bulan ke? lebih kurang la. mula-mula dulu macam malas nak buat. ye la, friendster satu pun dah malas. tappi sebab ramai kawan2 yang ada dekat situ.. dari yang sek rendah punya kawan, saya pun sign up la.

hmm.. lepas tu.. add la sape-sape yang kawan saya. yang tak kenal, minta maaf- anda tidak akan dilayan.. :D

tengok gambar-gambar. dari gambar boleh la dapat sikit-sikit update pasal kawan kita tu. ramai study luar negara rupanya, huhu.. alhamdulillah.

tapi... ada yang sedih. nak tulis cane ni..

...............

.............

..............

.............

dalam gambar dengan lelaki. peluk, pegang2. aurat?
hmm.. iman saya lemah. nak pergi tegur.. takut. tulis dekat blog, sape yang baca?

tapi buat sahabat yang baca.. [lagi2 yang muslimah]---

jagalah diri kita ni baik-baik.

aurat kita, jaga elok-elok. bukan setakat pakai tudung. tapi tutup aurat.

satu penegasan di sini: pakai tudung TAK SAMA dengan tutup aurat.

pakai tudung, boleh jadi tutup aurat. boleh jadi jugak tak.

tudung: no jarang2.. labuhkanlah ia melepasi dada
dan biasanya tudung bawal = tudung jarang.
sebab? nampak batang leher. kalau tak pakai sekup, nampak rambut
saya cakap biasanya. saya tak tahu sangat bab2 tudung bawal ni.
kalau warna gelap, maybe boleh kot. asalkan syaratnya: tidak jarang

baju: senang je sebenarnya; tidak menampakkan bentuk tubuh. tidak jarang. tidak menarik perhatian [read: cth, warna yang terlampau terang]. dan menutup la.

bukan: pakai tudung, lengan pendek.
bukan juga: baju macam nak balut apa. nampak habis semua.
perempuan yang nampak pun malu.
apa lagi fesyen skrg yang tak bertepatan dengan syariat? hmm..

saya hanya beritahu sekali lagi sahaja. saya rasa, ramai je orang yang dah beritahu pasal benda-benda ni. dekat sekolah pun dah belajar, kan? cuma, in case kalau ada yang dah terlupa. saya ingatkan. bila dah tutup aurat, peliharalah diri ini sebaiknya. akhlaq, jagalah ia. di rumah, di luar. dengan keluarga, sahabat, masayarakat sekeliling kita.

kalau yang bf-gf thingy ni... hmm.. saya hanya nak tulis: kalau hendak bercinta, biarlah BERCINTA HINGGA KE SYURGA. saya suka ayat tu. saya rasa makna dia sangat dalam. bukan sampai akhir hayat sahaja, tapi sampai ke syurga. tak ke hebat?
tapi... kalau nak ke syurga, kenalah buat amalan ahli-ahli syurga :)

buat muslimah, [saya pun muslimah juga ^^]

peliharalah diri kita sebaiknya. Islam telah mengangkat darjat wanita. jangan kita jatuhkannya. jangan kita menjatuhkan martabat kita dan saudara kita yang lain.

kena ingat! fitnah yang terbesar pada akhir zaman ini adalah wanita. so,
kene berjaga-jagalah dalam setiap perlakuan kita :) berdoalah selalu
supaya ditetapkan iman kita dan digolongkan dalam kalangan hamba-hamba Allah yang soleh, amiiinn..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


ps in case klo ada lelaki yang baca.. well, boleh jugak kot ditujukan untuk lelaki.
andai ada terkasar bahasa, saya minta maaf. minta maaf disebabkan bahasa yang kasar jika ada.

Friday, May 15, 2009

kenapa pergi kuliah?

bismillahirrahmaanirrahiim..

sekadar ingin berkongsi pendapat, kerana saya melihat kedatangan ke kuliah tidak menentu. ada hari, mmg penuh kelas. ada hari... tiba-tiba sikit sangat orang dalam kelas. saya sendiri tidak tahu apa yang menyebabkan orang tak datang kelas atau pun tak mahu ke kelas. ada saya dengar, sebab lecturer ajar tak faham. buang masa datang kelas. baik duduk rumah belajar sendiri. ada jugak ke yang tak datang sebab malas? atau pun mungkin mereka ada masalah-masalah yang tertentu.

saya tak nafikan ada sesetengah lecturer yang mengajar.. tak dapat nak faham. atau pun cara penyampaian yang menyebabkan kami yang berada di kerusi ni nak tido je.. tapi, bagi saya pergi ke kuliah bukan hanya sebab nak dengar lecturers lecture kat depan. ada banyak sebab.........

1. Niat

ini sebab pertama kot. kena check balik niat masing-masing. kenapa datang mesir ni. kenapa ambil medic. kalau pun amik medic ni atas suruhan ibu bapa, etc kene ikhlaskan hati jugak. niat la benda yang kita buat ni lillahi ta'ala. kalau pun tak ada sebab lain untuk pergi kelas... ingatlah jalan ke syurga akan dimudahkan bagi orang yang menuntut ilmu. semua makhluk memohon keampunan bagi orang yang menuntut ilmu. naik trem pergi kuliah, insyaAllah dapat pahala. jalan nak pergi kelas, insyaAllah ada ganjarannya. even tdo dalam kelas pun... ada ganjaran yg dijanjikan Allah.

2. Tanggungjawab dan amanah

jadi tanggungjawab kita sendiri la untuk pergi kuliah. nama pun pelajar, kena la pergi kelas. kita ni lagi la.. datang sini bukan dengan duit sendiri. jangan pandang remeh benda ni. ni amanah. akan dipersoalkan dekat akhirat nanti. apa kita nak jawab depan Allah tentang kita KHIANATI amanah? orang yang mengkhianati amanah pun dikira termasuk dalam golongan orang-orang munafiq.

amanah dari mak ayah lagi. family lagi. ada yang datang sini, satu kampung letakkan harapan dekat dia. mak ayah expect kita rajin belajar dekat sini. pergi kelas, ulangkaji, dan buat la apa yang sepatutnya sebagai seorang student kn. kalau mak ayah kita tau kita tak pergi kelas, selalu ponteng, apa perasaan diaorg? saya tak tahu lah kalau ada ibu bapa yang tak kisah... kalau mak ayah sendiri tak kisah... at least fikir la tanggungjawab masing2..

3. belajar mesti kena ada guru

itu rule dia. belajar mesti ada guru. kita tak boleh belajar sendiri. walaupun kita ni pandai macam mana pun. sebab, kalau kita belajar sendiri, guru kita adalah syaitan. saya tak pasti fakta ni daripada hadith atau pun hanya kata-kata sape2... tapi tu yang saya pernah dengar.

mungkin ada yang boleh kata..

"kawan yang pergi kuliah tu boleh ajar. cikgu jugak la tu."

atau pun dialog cane2 pun je la kan... tapi kawan tu nak belajar jugak. lectures yang 3-4 jam tu... mana la dia nak ajar sume yang prof ajar.

4. keberkatan ilmu

saya tak tau la perkara ni ada orang boleh anggap tak penting. berkatnya ilmu sangat bergantung pada kita pergi kelas, cara kita menghormati guru, etc. saya tahu ramai je yang tak pergi kelas, tapi result ok je. hebat2. lagi hebat dari orang yang pergi kelas pun ada. tapi... tu la. ilmu ni kita bukan nak guna sampai exam je. ilmu ni kita nak guna untuk rawat orang nanti. kalau pun kita tak guna, kalau ilmu yang kita dapat tu tak berkat... boleh jadi apa-apa je bila kita kerja nanti.

tak tau la nak cakap akibat ilmu yang kurang berkat bila kita akan dapat kesan dia. sapa tau, masa final 6th year nanti ke, or masa kerja ke. masa buat master, phD ke.. mungkin nanti kerja da bagus sume... tapi hati tak tenang. sbb kita kerja dengan ilmu yang kurang keberkatan. atau pun kalau ada yang jadi lecturer ke... Allah balas balik kat kita students suka ponteng kelas kita. itu urusan Allah la kan nak bagi balasan cane. yang penting, kita la yang kena pergi kelas.

5. sayang diri sendiri

ini point last kot. kalau sayang diri sendiri, datang la kelas. tak rugi pun. kalau tak datang kelas yang rugi. banyak benda yang kita akan kekurangan kalau tak datang kelas. nanti masa exam la baru nak check apa yang prof ajar. masa tu la baru nak keep up.


tak faham pun tak pe la klo datang kelas. boring ke.. tahan la. belajar bukan senang. bila menuntut ilmu ni mmg banyak la benda yang kita kene endure. banyak benda kene korban. korban masa tido, korban tenaga, duit. banyak-banyakkan mujahadah. lawan syaitan yang selalu hasut supaya tak pergi kelas tu.

plus, bukan kita je yang berkorban. mak ayah kita berkorban. dari dulu lagi dia berkorban untuk jadikan kita diri kita yang sekarang ni. fikir-fikir la... kalau ikutkan hati.. banyak je yang malas nak pergi kelas. tapi, kenapa diorg boleh pergi?? sebab dorg skema ke?? entah la.. skema ke tak.. saya rasa bukan persoalan yang penting n saya x nmpk pun apa masalahnya kalau jadi skema.

habis da.... apa-apa kekurangan, saya minta maaf. ini hanya pendapat peribadi saya yang saya tulis di blog saya. kalau ada yang terasa hati pun, saya minta maaf juga. takut-takut penulisan saya mengguris hati sesiapa. semoga Allah permudahkan segala urusan. Allahu a'lam...

Wednesday, May 06, 2009

coretan

bismillahirrahmanirrahiim...

sekarang ni tgh tunggu maghrib. sambil dgr bunyi dr dapur shira memasak. lama gak tak update blog ni. bkn tak mahu update tp ketandusan idea ape yg hendak saya bicarakan di sini.

apa khabar iman kita hari ni? bertambah, berkurang, atau sama seperti semalam? ambillah masa sejenak utk kita muhasabah diri yg sering leka dan lupa ni.

semenjak, dua menjak ni.... agak byk benda2 yg di luar jangkaan berlaku. rutin harian seperti biasa... masih berjalan. cuma kadang2 saya terfikir... apa yang saya buat ni... adakah dikira ibadah? atau telah menjadi satu adat dlm hidup daya.

seorang ukhti baru2 ini mengingatkan, apa2 yang kita buat... bergantung pada niat. niat membezakan adat dan ibadah. solat. memang suatu ibadah. tapi... bila kita tiada zuq kesan dr solat... periksalah kembali solat kita. kerana apa kita solat? adakah kerana ia telah menjadi satu rutin harian kita atau kerana ia sbg satu ibadah?

dalam hidup ni jugak... kita jgn rasa diri kita ni baik sgt dan anggap org lain kurang baik dr kita. kita tak tahu amal kita diterima atau tak. kita tak tahu pengakhiran hidup kita bagaimana. di mahsyar nnti... apa yang akan kita dpt... syurga atau neraka.

mungkin skrg kita rasa amal kita dah byk berbanding org lain... tp klo Allah berkehendak... na'uzubillahi min zalik... aqidah pun blh terpesong...

so.. selalu lah mnta pd Allah agar tetapkan iman kita. Agar kita hidup dan mati dlm islam. Agar ibadah kita hanya untuk Allah. Mujahadah itu penting dalam mencapai kemanisan iman. Tapi... ia pahit. Mungkin sblm ni pun saya pernah tulis. Menangis, disisihkan, terluka hati, itu antara perkara yang kita akan dapat bila mujahadah. namun, perlu diingat... syurga itu manis. jalan mujahadah panjang dan berliku namun kemanisan syurga... kekal abadi. kemanisan iman... hanya yang tertentu sahaja blh merasainya... Allahu a'lam...




Saturday, March 14, 2009

a new beginning

bismillahirrahmanirrahiim...

setelah lebih kurang seminggu cuti, hari ni saya start balik sem baru. bermula kembali tugas saya sebagai seorang penuntut ilmu. tapi hari ni tak start lg kuliah. pagi tadi dapat case baru je and bincang skit. diagnosis dia: pneumonia due to bacterial infection. 2 weeks from today, we have to present our topic. n tomorrow i'll start my 1st lecture for the 4th semester, insyaAllah.

hmm.. dalam masa lebih kurang 9 hari cuti.. 7 hari saya di uk, dari 5-11hb, 12hb sampai alex dan 13hb saya ada program sukan dengan akhawat. fuuhhh.. penuh. buku yang saya beli dekat ma'radh hari tu pun tak sempat nak habiskan baca. sekarang ni pun baru start buku 'Muhammad, As If You Can See Him' and buku 'The Memory Keeper's Daughter' pun saya tak habis baca lagi. plus mulai besok start balik baca buku sekolah. waaaaaa... banyak nye buku saya nak baca.

hmm.. saya tak nak cerita sangat pasal saya pi jalan-jalan tu sebab nanti insyaAllah kalau berkelapangan saya akan post kot pasal cerita kat sana. tadi masa saya sampai kelas (bajet dah lambat tapi rupa-rupanya prof tak datang lagi) bercerita la sikit dengan kawan-kawan saya apa yang kami buat masa cuti. ada yang pi Matrouh. 1 tempat dekat iskandariah ni.. yang pantai dia sangat la cantik.. subhanallah. orang kata laut kat situ ada 7 warna tapi hari tu kawan saya pergi... diaorg tak dapat kira cukup sampai tujuh. bukan rezeki dorg kot. then ada la diaorg tunjuk gambar dorg kt sane kat saya.

saya pulak yang pergi uk ni.. sebelum pergi.. saya asyik fikir je.. apa yang saya nak cari dekat sana?? takkan sekadar nak jalan-jalan tengok-tengok and amik gambar banyak2 je??? mesti kene ada hadaf (tujuan) saya pergi sana. mesti kene ada something yang saya mesti cari masa pergi sana. mula-mula tu... saya macam down jugak.. sebab tak tahu apa yang saya nak cari dekat sana. kalau masa raya haji dulu.. ramai sahabat pergi turki.. dekat sana banyak sejarah islam.. jadi diorg dpt tahu lebih banyak pasal sejarah islam. saya fikir.. dekat london la contohnya.. saya nak cari apa? sejarah islam..?? ada ke dekat sana? mungkin ada.. tapi tak de rasanya dijadikan tempat untuk melancong. jadi mula-mula tu saya tak tahu apa yang saya nak cari. last-last sekali... saya fikir macam ni je.. saya pergi je sana.. lihat alam ciptaan Allah.. lihat manusia yang berlainan bangsa dengan kita.. ambil pengajaran dari setiap yang saya lihat. bukan sekadar melihat dan waaaaa... cantiknya. bukankah Allah menciptakan manusia dari pelbagai bangsa supaya kita dapat mengenal antara satu sama lain dan saling mengambil pengajaran?

dan alhamdulillah... walaupun mungkin tak banyak.. malah mungkin juga saya banyak lupa dan leka.. tapi saya rasa saya dapat gak something. kalau tak banyak.. insyaAllah sikit. dari masa nak pergi.. sampai la dekat sana... saya mintak dekat Allah supaya saya mendapat manfaat dari musafir saya ni. supaya dengan musafir ni.. bukannya saya makin leka.. sebaliknya saya sangat berharap dapat menambah iman saya. bak kata seorang ukhti bila dia jumpa saya lepas saya balik hari tu.. dia tanya.. "macam mana? bertambah tak iman?" saya hanya senyum dan jawab insyaAllah... pape pun... Allahu a'lam. insyaAllah lepas2 ni ada KOT post saya pasal musafir saya masa cuti yang lepas. dari benua afrika saya pergi ke eropah. london-leeds-edinburgh. berjalan melihat mentafsir. ^^
*semoga sem ni better dari sem lepas.. insyaAllah

Saturday, February 28, 2009

muhasabah diri

bismillahirrahmanirrahim..

yang pertama dan insyaAllah selama-lamanya... saya ingin mengucapkan alhamdulillah. diharapkan ucapan ini bukan sekadar di bibir (atau di blog sahaja) tetapi lahir dari hati tanda syukur yang tidak terhingga kepada rabbul 'alamin. saya masih diberi nafas, masih diberi kekuatan, masih dihidupkan sebagai seorang muslim, masih dibuka hati saya untuk mengucapkan alhamdulillah.. dan atas segala nikmat yang dikurniakan Allah kepada saya. tak mungkin saya dapat menulis semuanya. semoga segala amalan yang serba kekurangan dan cacat celanya ini dipandang dan diterima Allah. Ameen..

sebenarnya saya tak ada apa yang nak ditulis. tengah baca patho. pening pale banyak sangat. bukak la blog sahabat-sahabat saya. tiba-tiba saya rasa.... jauhnya saya dengan mereka. banyaknya kekurangan pada diri saya. jahilnya saya. tidak tahu mengapa. bukan untuk mengeluh, jauh lagi merungut. tapi... bila saya bandingkan diri saya dan mereka.... terasa kerdilnya saya. banyak lagi kekurangan pada diri saya yang perlu saya perhatikan dan baiki. semoga Allah membantu saya dalam menempuh jalan yang panjang dan berliku ini.

"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh, (sebagai) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang agung." (9: 111)

Saya rasa selalu sahaja antara kita ni yang nak buat benda baik. termasuklah diri saya. kita nak buat benda baik. masa tu kita buat. tapi tak berterusan. tidak istiqamah. saya sangat kagum dengan mereka yang berjaya istiqamah. bila tengok mutaba'ah amal saya... saya malu sendiri. ada hari yang penuh.. ada hari yang hampir kosong amal saya. mungkin mujahadah saya kurang. mungkin juga saya tidak kuat melawan nafsu. nafsu tido, makan, tgk katun, etc.

Dalam ayat yang saya masukkan di atas, ada ditulis bahawa Allah membeli dari orang-orang mukmin diri mereka dan harta mereka. sehingga sama ada mereka membunuh (orang yang hanya layak dibunuh dalam islam) atau pun mereka terbunuh dalam perjuangan mereka menjadi seorang hamba Allah yang diredhai. Abu Bakar As-Siddiq membelanjakan semua hartanya untuk islam. Umar memberikan hampir kesemua hartanya untuk islam. saya??? Allahu a'lam. nak sedekah dekat mak cik tepi jalan pun... fikir berkali-kali.. Astaghfirullah al-azim..

kesimpulannya... saya mesti kene tingkatkan mujahadah dalam diri.. memang tak mudah. jalan yang saya pilih menuntut pengorbanan yang banyak. dari harta.. sampai ke jiwa. mungkin akan bercucuran air mata, mungkin akan terluka parah hati, dipandang serong masyarakat dan sebagainya... tapi.. peringatan buat diri saya terutamanya... semua tu adalah jalan yang perlu dilalui untuk merasa manisnya iman dan islam. manisnya apabila pergantungan kita hanya pada Allah. Semoga suatu hari nanti, kita berjaya untuk menjadikan Allah sebagai satu-satunya tempat sandaran kita. Dengan yakin kita dapat berkata "cukuplah Allah bagiku."



"Maka jika mereka berpaling (dari keimanan), maka katakanlah (Muhammad), "Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada Nya aku bertawakkal, dan Dia adalah Tuhan yang memiliki 'Arsy yang agung." (9:129)
* kalau ada kesilapan saya di atas.. harap dapat memberi teguran.. syukran

Wednesday, January 07, 2009

saudara...

bismillahirrahmanirrahim..
hari ni 7.1.2009. dah seminggu masuk thn baru masihi dan 10 hari dah berlalu dari tahun baru hjri. minta maaf sebab lama tak update blog. tak berkesempatan. internet sekarang ni cam problem dekat mesir ni plus kerja yang sangat banyak. memang dah lama tak on9. betul lah... hargai masa lapang sebelum masa sempit. ni sebenarnya pun baru lepas buat assignment biochem. pening pale buat. rehat jap. huhu...
sebenarnya banyak dah isi saya kumpul untuk tulis dalam blog. tapi banyak jugak yang saya dah tak ingat. nak tulis boleh je.. tapi kena ada catatan saya. tapi sekarang tak ada. semalam exam biochem... saya malas nak cter pasal exam. tawakkal la sekarang. insyaAllah khair..
hari tu masa p kls tafaqquh mcm biasa ada slot sirah. yg hari tu punya adalah slot terakhir kami mengikuti jejak hidup Rasulullah s.a.w. masa hari tu... kitaorg menyusuri hari2 terakhir Rasulullah s.a.w. di muka bumi ni. banyak pesan Rasulullah sebenarnya. betapa risau dan sayangnya Rasulullah pada kita... sehingga hari2 terakhir baginda mmg Rasulullah sampaikan pada kita banyak pesanan dan peringatan.
salah satunya ialah.. dalam khutbah terakhir Rasulullah... baginda ulang banyak kali ayat ni.. "Innamal mukminuna ikhwah" [sesungguhnya org2 mukmin itu bersaudara]. rasulullah s.a.w. ulang byk kali ayat ni. ulang dan ulang sampai para sahabat rasa gerun. sebab... perkara yang Rasulullah ulang menunjukkan bahawa perkara tu sgt penting. muhim awi. semakin byk kali rasulullah ulang, semakin penting perkara tersebut dan jika kita melanggarnya... semakin tinggi padah dia.
tapi... rasanya semua org pun tahu bahawa setiap mukmin itu bersaudara. semua org tahu org islam itu bersaudara. selalu je kita dgr org ckp saudara seislam. tapi berapa byk dlm kalangan kita yang sebenarnya menghayati dan mendalami bahawa SETIAP MUKMIN ITU ADALAH BERSAUDARA?!
berapa banyak orang islam yang menganiaya sahabat dia sendiri. please keep in mind that now i'm writing about muslims only. tak payah cakap aniaya... mengumpat dan mengutuk je la... berapa ramai yang buat? atau pun kita tanya.. berapa ramai antara kita yang tak mengata kawan dia? sama2 la kita muhasabah diri....
setiap mukmin itu bersaudara.. malah bukan itu sahaja.. Rasulullah berpesan.. tidak sempurna iman seseorang itu sehingga dia mengasihi saudaranya seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri. dekat sini kita tgk la jelas2... ambil iktibar dari hadith Rasulullah tu... bahawa betapa pentingnya persaudaraan dalam islam. kalau orang islam sendiri tak ada rasa bersaudara.. kalau orang islam sendiri yang menganiaya orang islam... jgnlah nak ckp pasal kekejaman di palestin...
kenapa org kafir dgn senang hati buat kekejaman terhadap org islam???? sebab orang islam tak ada dah atau pun maybe cruel sgt kot ckp tak ada... tapi kurang la dalam hati mukmin2 perasaan sayang dan kasih pada saudara dia. masing2 buat hal masing2. org ni sakit wat tak tau. bkn buat xtau.. mmg x tau pun. kwn ni ssh... dok pk yang bkn2.... asyik nk buruk sangka...
sbnrnya saya tak tau nk endingkan macam mana. main tulis je td. apa2 pun.. sama2 kita ambil iktbar. saya lebih2 agi yang sbg penulis. sama2 kita tanam dalam hati... semai, benih, jaga elok2... perasaan dan sifar bersaudara antara mukmin. sebenarnya saya tak tau nak ckp sama ada dia sifat atau perasaan.. jd saya tulis je dua2. atau pun maybe bkn dua2.
hmmm.. saya sebenarnya nak cuba dapatkan khutbah penuh Rasulullah. klo saya dapat insyAllah saya akan cuba taip kt blog saya bila kelapangan. dan bila lapang juga insyaAllah saya akan cuba publish (huk3... cam nak publish buku je...) hari2 terakhir Rasulullah sebelum baginda wafat. sesungguhnya banyak pengajaran dan iktibar yang blh kita ambil. dan yang plg penting skali... bila kita ikuti sirah Rasulullah ni.. baru la kita tau betapa cintanya Rasulullah dekat kita. betapa banyak pengorbanan baginda s.a.w. pada kita... dan drpd situ lah baru kita boleh tanamkan perasaan cinta kita pada baginda.
Ya Allah... aku mohon kepada-Mu, Engkau jauhkanlah aku daripada perasaan cintakan dunia. dan aku mohon pada-Mu.. tanamkanlah dalam hatiku, dalam diriku, perasaan cintaku pada-Mu dan rasul-Mu melebihi cintaku pada diriku sendiri.... Ameen...

Friday, August 29, 2008

untitled

anatomy.

abah lecturer anatomy. lecturer yg students dia sangat suka dekat dia. lecturer yang kalo ikut apa students abah cakap... mmg sangat pro tentang anatomy.

saya, siti hajar bt. nasaruddin. seorang pelajar medicine yang baru mendapat result final exam 2nd sem.. FAIL anatomy. tak tahu nak cakap macam mana. how should i describe it? did i just disappoint umi and abah? again?

buku anatomy tu.. saya bawak pegi mana2 pun.. n of course la bkn sekadar bawak tapi tak baca.. entah la.. saya tak putus asa.. tapi... sedih. sebab saya tak berjaya dapatkan result yang elok untuk beritahu kat umi n abah. fail. anatomy.

Sunday, August 24, 2008

it's 5.14 am

pernah saya rasa marah kat diri saya sendiri sebab terlampau sayang kat seseorang..
rasa marah sebab kenapa kita sayang kat dia sedangkan dia macam tak amik pusing pun pasal kita.. although i think that statement is not quite true.. but somehow sometimes it feels that way.. and masa tu sampai saya bergaduh dengan dia.. huhu..

dan sekarang pun sama jugak. rasa macam nak menyampah je dekat dia. but i totally cant. memang kita patut sayang dan benci seadanya.. tapi nak buat macam mana kalau kita memang sayang kat seseorang.. sayang dekat dia sampai saya sendiri persoalkan.. kenapa saya sayang kat dia..? saya pun tak tau.. tak de la smpai nak benci kat dia.. tapi entah.. just terfikir.. boleh ke saya nak menyampah kat dia.. ? the answer is.. tak boleh. except kalau dia ada buat benda yang memang sangat menyakitkan hati. tapi tak ada. kadang2 ada la.. tapi benda kecik2... takkan asyik nak berkira jugak.. entah..

apa yang ada pada sayang? betul ke bila kita sayang seseorang.. kita akan mudah terluka sebab dia..? but somehow i think that's true.. tapi sayang tu.. tetap tak boleh bertukar kepada benci or anything else... what a complicated life...