Wednesday, January 07, 2009

saudara...

bismillahirrahmanirrahim..
hari ni 7.1.2009. dah seminggu masuk thn baru masihi dan 10 hari dah berlalu dari tahun baru hjri. minta maaf sebab lama tak update blog. tak berkesempatan. internet sekarang ni cam problem dekat mesir ni plus kerja yang sangat banyak. memang dah lama tak on9. betul lah... hargai masa lapang sebelum masa sempit. ni sebenarnya pun baru lepas buat assignment biochem. pening pale buat. rehat jap. huhu...
sebenarnya banyak dah isi saya kumpul untuk tulis dalam blog. tapi banyak jugak yang saya dah tak ingat. nak tulis boleh je.. tapi kena ada catatan saya. tapi sekarang tak ada. semalam exam biochem... saya malas nak cter pasal exam. tawakkal la sekarang. insyaAllah khair..
hari tu masa p kls tafaqquh mcm biasa ada slot sirah. yg hari tu punya adalah slot terakhir kami mengikuti jejak hidup Rasulullah s.a.w. masa hari tu... kitaorg menyusuri hari2 terakhir Rasulullah s.a.w. di muka bumi ni. banyak pesan Rasulullah sebenarnya. betapa risau dan sayangnya Rasulullah pada kita... sehingga hari2 terakhir baginda mmg Rasulullah sampaikan pada kita banyak pesanan dan peringatan.
salah satunya ialah.. dalam khutbah terakhir Rasulullah... baginda ulang banyak kali ayat ni.. "Innamal mukminuna ikhwah" [sesungguhnya org2 mukmin itu bersaudara]. rasulullah s.a.w. ulang byk kali ayat ni. ulang dan ulang sampai para sahabat rasa gerun. sebab... perkara yang Rasulullah ulang menunjukkan bahawa perkara tu sgt penting. muhim awi. semakin byk kali rasulullah ulang, semakin penting perkara tersebut dan jika kita melanggarnya... semakin tinggi padah dia.
tapi... rasanya semua org pun tahu bahawa setiap mukmin itu bersaudara. semua org tahu org islam itu bersaudara. selalu je kita dgr org ckp saudara seislam. tapi berapa byk dlm kalangan kita yang sebenarnya menghayati dan mendalami bahawa SETIAP MUKMIN ITU ADALAH BERSAUDARA?!
berapa banyak orang islam yang menganiaya sahabat dia sendiri. please keep in mind that now i'm writing about muslims only. tak payah cakap aniaya... mengumpat dan mengutuk je la... berapa ramai yang buat? atau pun kita tanya.. berapa ramai antara kita yang tak mengata kawan dia? sama2 la kita muhasabah diri....
setiap mukmin itu bersaudara.. malah bukan itu sahaja.. Rasulullah berpesan.. tidak sempurna iman seseorang itu sehingga dia mengasihi saudaranya seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri. dekat sini kita tgk la jelas2... ambil iktibar dari hadith Rasulullah tu... bahawa betapa pentingnya persaudaraan dalam islam. kalau orang islam sendiri tak ada rasa bersaudara.. kalau orang islam sendiri yang menganiaya orang islam... jgnlah nak ckp pasal kekejaman di palestin...
kenapa org kafir dgn senang hati buat kekejaman terhadap org islam???? sebab orang islam tak ada dah atau pun maybe cruel sgt kot ckp tak ada... tapi kurang la dalam hati mukmin2 perasaan sayang dan kasih pada saudara dia. masing2 buat hal masing2. org ni sakit wat tak tau. bkn buat xtau.. mmg x tau pun. kwn ni ssh... dok pk yang bkn2.... asyik nk buruk sangka...
sbnrnya saya tak tau nk endingkan macam mana. main tulis je td. apa2 pun.. sama2 kita ambil iktbar. saya lebih2 agi yang sbg penulis. sama2 kita tanam dalam hati... semai, benih, jaga elok2... perasaan dan sifar bersaudara antara mukmin. sebenarnya saya tak tau nak ckp sama ada dia sifat atau perasaan.. jd saya tulis je dua2. atau pun maybe bkn dua2.
hmmm.. saya sebenarnya nak cuba dapatkan khutbah penuh Rasulullah. klo saya dapat insyAllah saya akan cuba taip kt blog saya bila kelapangan. dan bila lapang juga insyaAllah saya akan cuba publish (huk3... cam nak publish buku je...) hari2 terakhir Rasulullah sebelum baginda wafat. sesungguhnya banyak pengajaran dan iktibar yang blh kita ambil. dan yang plg penting skali... bila kita ikuti sirah Rasulullah ni.. baru la kita tau betapa cintanya Rasulullah dekat kita. betapa banyak pengorbanan baginda s.a.w. pada kita... dan drpd situ lah baru kita boleh tanamkan perasaan cinta kita pada baginda.
Ya Allah... aku mohon kepada-Mu, Engkau jauhkanlah aku daripada perasaan cintakan dunia. dan aku mohon pada-Mu.. tanamkanlah dalam hatiku, dalam diriku, perasaan cintaku pada-Mu dan rasul-Mu melebihi cintaku pada diriku sendiri.... Ameen...

No comments: