Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts

Friday, February 20, 2009

one more step closer to Allah (iAllah)

A woman modestly dressed is a pearl in its shell..


You look at me and call me oppressed
Simply because of the way i'm dressed

You know me not for what is inside
You judge the clothing I wear with pride

My body is not for your eyes to hold
You must speak to my mind, not my feminine mould

I'm an individual. I'm no man's slave
It's Allah's pleasure that I only crave

I have a voice so I will be heard
For in my heart I carry His word

"O ye women, wrap close your cloak
so you won't be bothers by ignorant folk."

Man doesn't tell me to dress this way
It's law from God that I obey

Oppressed is something I'm truly not
For liberation is what I've got

It was given to me many years ago
With the right to prosper, the right to grow

I can climb mountains or cross the seas
Expand my mind in all degrees

For God Himself gave us liberty
When He sent Islam, to you and me!

bismillahirrahmanirrahiim...

menutup aurat adalah salah satu benda yang wajib dibuat bagi seorang yang bergelar muslim. tidak kira sama ada dia lelaki atau perempuan, menteri atau rakyat biasa, pelakon, doktor... apa-apa je la.. tapi asalkan dia mengaku dia seorang yang menganut agama Islam, maka WAJIB ke atasnya untuk menutup aurat.

selalu orang perkatakan tentang aurat perempuan. jarang rasanya orang berkata tentang aurat lelaki. mungkin kerana aurat perempuan ini lebih complex dari lelaki atau atas sebab apa saya tidak tahu. mungkin juga sebenarnya orang selalu je berbincang pasal aurat lelaki cuma saya yang tidak tahu. Allahu a'lam.

".... Dia mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui sesuatu apa pun tentang ilmu-Nya melainkan apa yang Dia kehendaki..." (2: 255)

ada 2 sebab saya letak sebahagian dari maksud ayat kursi tu dekat atas. pertama, sebab hanya Allah yang lebih tahu apa yang dibincangkan manusia (kan saya de tulis kat atas tu saya x tau org bincang selalu tak pasal aurat laki ni) dan yang kedua sebab nak mengingatkan kita semua bahawa Allah Maha Mengetahui. Dia yang menciptakan kita. Maka Dia lah yang paling memahami diri kita. Malah, Dia lebih mengetahui tentang diri kita berbanding diri kita sendiri.

kalau kita faham benda ni... layakkah kita untuk mempersoalkan hukum Allah ke atas kita? Siapalah kita untuk melanggar hukum Allah? Tidak ada rasa takut ke dalam diri kita akan azab Allah? tak ada rasa nikmat ke kita pada syurga yang dijanjikan Allah kepada hamba-hamba-Nya yang soleh? kalau kita tak ada rasa tu... check diri kita balik... adakah diri aku ni seorang muslim yang sebenar? atau hanya seorang muslim yang hanya mengikut agama ibu dan ayah? kalau kita hanya mengikut agama mak dan ayah tanpa kita mendalami islam itu sendiri.... maka samalah kita dengan masyarakat jahiliah dahulu yang mereka menyembah berhala kerana mengikut agama nenek moyang mereka. na'uzubillahi min zalik.

berbalik pada aurat. yang pertama kita kene tanya. kenapa kena tutp aurat? kalau ditanya pada orang.. jawapan yang mungkin akan diperoleh:

1. menjaga kehormatan diri

2. menjaga diri daripada gangguan orang-orang jahat

3. melindungi kecantikan diri hanya untuk mahram. (tapi rasanya banyak je orang yang bila tutp aurat pun kita rasa waaaaaaaaaaaaa.... cantiknya dia...)

4. sebab perintah Allah.

5. melambangkan imej seorang muslim

6. ada cadangan lagi? i'm out of ideas.

ok... tu mungkin la antara sebab2 yang mungkin orang akan jawab jika ditanya. tapi... katakanlah kalau kita tak tahu pun apa kebaikan tutup aurat ni. kita tak boleh nampak apa kebaikan menutup aurat ni. kita rasa sama je tutup aurat ke tak. tak ada apa yang lebih pun kita rasa dengan menutup aurat. maka, kita kene ingat bahawa sepatutnya cukuplah menjadi sebab bahawa benda itu adalah perintah Allah untuk kita menutup aurat. (ayat berbelit ke? ke boleh faham?) Apabila kita tahu bahawa benda tu adalah perintah Allah... kalau betul la kita ni mencintai Allah lebih daripada segala apa yang ada di langit dan bumi ni.. maka kita tidak akan persoalkan kenapa Allah suruh tutp aurat macam ni.. macam tu...

ok, mungkin susah kot nak kata bahawa kita ni mencintai Allah lebih dari segala-galanya.. saya pun tak tahu adakah saya ni termasuk dalam golongan manusia-manusia seperti Rabiatul Adawiyah... tapi kalau kita tak termasuk.. takkan nak biar camtu je? 1 thing for sure... kita kene usaha. kalau kita nak mencintai Allah.. kita kene usaha. macam mana nak usaha?? Tak kenal maka tak cinta. jadi.... yang pertama sekali kita kene buat.. adalah dengan cara mengenali Allah. itu adalah langkah pertama.

"Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmu lah yang Maha Mulia. Yang mengajar (manusia) dengan pena. Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya." (96: 1-5)

Kalau kita teliti maksud surah kat atas tu.. biasanya kalau orang cakap.. dia akan cakap pasal perkataan pertama tu je. Bacalah! yang baki-baki tu... tak ada. kat atas tu.. Allah menyebut antara sifat-sifat Allah. Allah suruh kita membaca dengan menyebut nama Allah yang menciptakan. Allah mengajar kita dekat atas tu... supaya kita belajar untuk mengenal Allah. nak diringkaskan cerita.. kalau kita tak kenal Allah... Aqidah kita tak kuat.. macam mana kita nak laksanakan perintah Allah dengan hati yang ikhlas? sebab tu la.. apa-apa pun bermula dari dalan diri kita.. kita kuatkan aqidah kita.. kita tanamkan dalam diri kita cintakan Allah... insyaAllah tak berat untuk kita laksanakan perintah Allah. btw, saya dah lari tajuk ke ni?

ok.. sambung balik pasal aurat tadi. sikit je lagi nak sambung. rasanya semua orang pun tahu macam mana aurat perempuan dan laki ni dari mana ke mana. cuma saya nak mengingatkan lagi ciri-ciri menutup aurat bagi lelaki dan perempuan. mcm mne sebenarnya yang dikatakan menutup aurat.

pakaian tidak ketat. tidak jarang. tidak berhias berlebih-lebihan bagi wanita. melabuhkan hijab sehingga menutupi dada. tidak menampakkan bentuk tubuh. ada lagi ke yang saya tak sebut? kalau ada... tolong tambah ye...

ok.. saya dah btau apa yang saya tahu. sama-samalah kita membaiki diri kita. insyaAllah setiap usaha kita untuk menjadi seorang muslim yang soleh akan diterima Allah. Allahu a'lam. ^^

ps poem kat atas tu... saya cilok! bukan saya buat! kui3 plus saya pun kalo tgk kat atas tu.. cam lbh menekankan aurat perempuan. adakah kerana saya juga perempuan..?? (blink, blink)

Friday, January 30, 2009

study leave

Ataukah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) seperti (yang dialami) orang-orang terdahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan dan digoncang (dengan pelbagai cubaan), sehingga rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya berkata, "Bilakah datang pertolongan Allah?" Ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat. (2:214)



Bismillahirrahmanirrahim...

alhamdulillah.. fasa practical exam saya dah lepas.. insyaAllah kheir.. semalam last practical exam and presentation (yang gantikan oral exam). insyaAllah ok kot.. xpe la.. sekarang ni start fasa baru plak.. study leave.. huhu.. caiyok2!!

semalam.. bersempena dengan habis practical exam.. group sc saya (*sc= smart circle. ala2 usrah jugak la..) pun amik keputusan nak buat sc. sebenarnya kakak sc kiteorang (kak syu) hari tu dah buat sc yang last utk sem ni sebab kiteorg dah masuk fatrah exam. tp disebabkan dia kata hari tu.. klo nak ada sc btau je dia.. so kiteorg pun nak la ada sc.. rindu woooo klo xde sc.. huk3...

so.. semalam pun ada la sc. alhamdulillah, sc start lps isyak (or sarah ckp: "lps ise) dekat rumah sarah and syimah. (rumah fatehah n norni gak!). pastu semalam saya kene jadi pengerusi... huuu... mula2 kiteorg buat tilawah macam biasa.. and keluarkan mana2 ayat quran yang kita rasa terkesan di hati.. antaranya ayat quran yang dikeluarkan semalam ialah maksud ayat 214, surah al-baqarah.

banyak benda yang dibincangkan semalam. tapi saya nak keluarkan satu je. Ujian Allah dekat atas kita. biasanya orang bagi contoh exam lagi-lagi bila nak exam. jadi... saya pun nak bagi contoh yang sama. contoh yang paling senang... bila dapat result.. result teruk. result tak memuaskan hati kita. bila jadi macam tu... selalunya la... (termasuk saya) kita akan sedih. ada yang menangis. ada yang murung berhari-hari. bukan kita tak tahu tu ujian dari Allah. tapi sebenarnya kita tgh tak redha dengan perkara yang Allah tentukan. ye la... kita fikir.. kita dah penat belajar.. habis pulun dah ni.. tapi keluar result.. tgk2.. cmtu.... huuu...~ kecewanya la...

kak syu cakap camni.. sebenarnya Allah uji kita dengan apa yang kita tak kuat. Allah tahu.. kalau kita diberi kejayaan insyaAllah kita akan jadi orang yang bersyukur.. insyaAllah kita tak akan lupa dan leka... dan Allah tahu juga yang kita ni tak kuat untuk menghadapi kegagalan. jadi, untuk menjadikan kita ni seorang yang kuat, tabah dan redha... Allah timpakan atas kita kegagalan. pada masa yang sama.. Allah tahu juga yang sebenarnya kita ni mampu untuk menghadapi ujian ni.

kalau kita fikir... memang satu benda yang terkesan di hati saya.. betapa bila ujian ni datang.. memang menunjukkan Allah sayang dekat kita. Allah tak nak tengok hamba dia ni lemah. Allah nak tengok hamba dia ni kuat. Allah nak hamba dia ni ingat dekat Dia dan ingat bahawa Allah yang tentukan segala-galanya. Allah nak hamba Dia ni usaha banyak-banyak lagi kerana Dia melihat usaha yang dibuat. Dia memberi ganjaran atas usaha yang dilakukan. Bukan atas kejayaan hamba-Nya.

lepas tu.. bila cakap pasal redha... kalau dalam exam.. nak cakap redhanya kita pada Allah apabila kita tengok result, terdetik terus dalam hati kita alhamdulillah. tak ada rasa kecewa, sedih, etc. result kita bagus.. tak ada rasa bangga. result kurang bagus... tak ada rasa kecewa. bila macam tu.. menunjukkan yang pergantungan kita pada Allah adalah sepenuh-penuhnya. tawakkal kita pada Allah bukan sekadar kita cakap... "saya tawakkal."

dan bila sentuh pasal redha jugak... dalam hidup ni.. sangat luas sebenarnya skop redha. pergi bank mesin ATM rosak, assignments yang dah buat tetiba sume hilang dalam komputer, masak-masak tak jadi, tengah masak gelas pecah, jalan-jalan tetibe terjatuh, sidai baju pastu pi kuliah.. tetiba hujan, baju kesayangan hilang dek kne tiup angin, dan banyak lagi la kan... semua tu kita kene redha. semua tu kita kene ingat bahawa Allah yang takdirkan benda tu berlaku atas kita. dari sekecil-kecil benda smpai la yang sebesar-besar alam punya. semuanya dalam aturan Allah.

Dan kunci-kunci semua yang ghaib ada pada-Nya; tidak ada yang mengetahui selain Dia. Dia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut. Tidak ada sehelai daun pun yang gugur yang tidak diketahui-Nya. Tidak ada sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak pula sesuatu yang basah atau kering, yang tidak tertulis dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfuz). (6:59)

jadi, sebenarnya... ujian Allah atas kita sentiasa ada. nak tengok sama ada kita ni termasuk dalam golongan hamba-hamba yang bersyukur atau tak. tu je. tak kisah sama ada ujian dalam bentuk kesenangan atau kesusahan. semuanya untuk menjadikan kita hamba yang bersyukur dan dalam masa yang sama untuk membentuk diri kita. insyaAllah dengan tarbiyyah dari Allah dan dari usaha kita sendiri.. kita akan dapat menjadi insan yang soleh. hamba Allah yang bertaqwa. sama-sama kita berusaha. ganbate kudasai!

terlupa plak.. saya ada satu cerita.. benda ni diceritakan oleh salah seorang doktor yang pergi under mercy untuk palestin. bagi kes-kes yang berat.. pesakit akan dihantar ke hospital di mesir. masa tu doktor ni jumpa seorang kanak-kanak perempuan yang umurnya 5 tahun. kaki dia kene potong sebelah disebabkan kejadian di palestin. dia ni kan budak.. doktor ni mungkin kesian tengok dia ke ape.. dia tanya la budak ni.. "kaki mana??" lalu, budak ni jawab: "rijli fi jannah" (kakiku di syurga). masyaAllah.. betapa kita lihat.. budak yang 5 tahun tu.. dia dah faham malah ada dalam diri dia.. redha akan segala ketentuan Allah. bila dibandingkan dia dengan kita.. terasa tak.. betapa jauhnya dia ke hadapan dari kita?

Semoga kita sama-sama dapat ambil iktibar. kita kene ingat..apa sebenarnya tujuan kita dihidupkan di muka bumi Allah yang dibentang luas ni.

sesungguhnya ijazah itu hanyalah alat, risalah itu adalah matlamat! Allahu a'lam...


Saturday, January 17, 2009

waaa... baiknya dia ^^


bismillahirrahmanirrahim...

ok.. semoga Allah memudahkan segala urusan kita.. dan semoga setiap perkara yang dibuat dicatat sebagai amal soleh.. ameen...

masa tengah membebel2 tak tentu hala tadi... saya sempat la belek2 buku yang saya ada... n tetiba saya nampak tajuk akhlak. tajuk besar dia sebenarnya adalah hubungan akhlak dengan iman. tapi maaf.. saya tak dapat la nak tulis sume yang ada dalam buku tu.. tapi mana yang takat boleh.... insyaAllah saya cuba masukkan dalam blog ni.

Sabda nabi s.a.w:

"Akhlak mulia mencairkan kesalahan sebagaimana air mencairkan air batu. Akhlak buruk merosakkan amalan sebagaimana cuka merosakkan madu." (Riwayat Al-Baihaqi)

dekat sini dapat ditafsirkan bahawa walaupun kita ni banyak amalan.... rajin solat sunat.. puasa.. sedekah ke apa... tapi kalau akhlak kita buruk... rosaklah segala amalan kita. ada satu hadith nabi s.a.w yang bermaksud:

Seorang lelaki bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w.: "Wahai Rasulullah, sesungguhnya seorang wanita terkenal dengan banyak bersembahyang (sunat), berpuasa dan bersedekah, namun kata-katanya menyakiti jirannya." Sabda nabi s.a.w.: " Dia dimasukkan ke dalam neraka." Kemudian beliau bertanya lagi: Wahai Rasulullah, seorang perempuan terkenal dengan kurang bersembahyang (sunat) dan berpuasa. Dia hanya bersedekah sepotong kecil keju, namun dia tidak menyakiti jirannya." Jawab Nabi s.a.w.: "Dia akan ditempatkan di dalam syurga." (riwayat Ahmad)

kat sini kita dapat lihat insyaAllah kepentingan akhlak mulia. bukanlah nak cakap ibadah sunat tu tak penting... dia memang penting sebab itu kita jaga hubungan kita dgn Allah... tapi.. cuba la kalau kita bayangkan... orang ni memang la kita tau dia ni rajin solat tapi dia ni hok suka sangat la cakap kasar2 kat orang... kita suka ke orang cmtu..?? nak respek ke..???

koman2 pun orang cakap.. "huduh la perangai dia tu... harap je byk solat..."

tak pun... abih la mak mertua reject nak wat jadi menantu.. walaupun maybe la depan bakal mak mertua tak tunjuk perangai tak elok.. tapi kot2 la org bawak cerita... mulut orang kita tak boleh tahan... abih da mak mertua tak kenan.. huhu.. saya da start repek da... back to the REAL topic..

cakap pasal akhlak ni jugak kan.. klo la time kita baca quran kan... kita baca skali maksud dia.. atau pun klo ade orang yang memang paham (alhamdulillah)... kalau kita tadabbur betul2 ayat quran.. mana yang cakap pasal akhlak... mesti dia ada skali pasal iman dan ibadah. akhlak, iman dan ibadah takkan berpisah. kita kene jaga la tiga2 benda ni. tak boleh la nak jaga akhlak je.. iman ngan ibadah tergendala.. etc.

contoh ayat yang boleh kita tadabbur ialah ayat 1-11, surah Al-mukminun. maaf... pjg sgt... jadi nanti check kat quran ye... tapi insyaAllah saya boleh tulis ayat lain yang berkaitan dengan perkara ni gak. maksudnya:

"Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhai-Nya), adalah mereka yang berjalan di bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang bodoh menyapa mereka (dengan kata-kata yang menghina), mereka mengucapkan "salam". dan orang-orang yang menghabiskan waktu malam untuk beribadah kepada Tuhan mereka dengan bersujud dan berdiri. " (Surah Al-Furqan, 63 & 64)

Sabda Nabi s.a.w.:

"Tiada perkara yang paling berat dalam neraca seorang mukmin pada hari kiamat selain akhlak mulia. Sesungguhnya Allah benci kepada oarng yang berperangai keji dan celupar. Sesungguhnya pemilik akhlak mulia dengan sebab akhlaknya akan sampai ke martabat orang yang berpuasa dan bersembahyang." (Riwayat Ahmad)

saya rasa... cukup banyak dah kot hadith2 yang menunjukkan pentingnya kita berakhlak mulia. akhlak mulia ni sebenarnya sangat rapat kaitannya dengan iman. tak dapat nak jelas panjang2 kat sini... sama2 kita fikirkan. tapi.. mungkin boleh bagi sesuatu yang boleh buat kita berfikir... orang yang mantap imannya kepada Allah.. adakah dia akan menunjukkan akhlak yang tak baik??? iman seseorang kita tak boleh ukur.. hanya Allah yang tahu.. tapi... just fikir la... tapi saya rasa.. orang yang iman dia mantap... kalau dia nak tunjuk perangai tak baik pun.. dia akan fikir apa kesan perbuatan dia ke atas islam, atas rasulullah s.a.w., etc.

ok... nak pi solat maghrib... semoga kita sama-sama mendapat pengajaran.. tak banyak pun sikit.. Allahu a'lam... ^^





Saturday, January 10, 2009

KhuTbaH


bismillahirrahmanirrahim..
alhamdulillah... segala puji bagi Allah... akhirnya saya dapat juga khutbah terakhir Rasulullah s.a.w. melalui kak atie. syukran! to kak Atie, even kak Atie dah letak khutbah Rasulullah kt blog akak... kita nak letak gak tau! hihi...
hmm... khutbah Rasulullah ni disampaikan pada haji wida', tahun 10-hijrah... semoga kita semua dapat mengambil pengajaran daripada pesanan Rasulullah. saya sangat berharap... bila kita baca khutbah Rasulullah ni... ingatlah sentiasa bahawa ini adalah pesanan Rasulullah buat kita... insyaAllah... hayatilah!

Ya, saudara-saudaraku, perhatikan apa yang akan aku sampaikan, aku tidak tahu apakah tahun depan aku masih berada di antara kalian. Dengan itu dengarkan baik-baik apa yang kukatakan dan sampaikan ini kepada mereka yang tidak dapat hadir pada waktu ini.

Ya, saudara-saudaraku, seperti kita ketahui, bulan ini, hari ini dan kota ini adalah suci, oleh itu pandanglah kehidupan dan milik setiap orang Muslim sebagai kepercayaan yang suci. Kembalikan barang-barang yang diamanah kepadamu kepada pemilik yang sebenarnya.
Jangan kau lukai orang lain sebagaimana orang lain tidak melukaimu. Ingatlah bahwa kamu akan bertemu dengan Allah SWT dan Dia akan memperhitungkan amalanmu dengan sebenar-benarnya.

Allah SWT telah melarangmu memungut riba, oleh itu mula dari sekarang ini dan untuk seterusnya kewajiban membayar riba dihapuskan.

Waspadalah terhadap syaitan, demi keselamatan Agamamu. Dia telah kehilangan semua harapannya untuk membawa kalian pada kesesatan yang nyata, tapi waspadalah agar tidak terjebak pada tipuan halusnya.

Ya, saudara-saudaraku, adalah benar kamu mempunyai hak tertentu terhadap isteri-isterimu, tapi mereka juga mempunyai hak atas dirimu. Apabila mereka mematuhi hakmu maka mereka memperoleh haknya untuk mendapat makanan dan pakaian secara layak. Perlakukanlah isteri-isterimu dengan baik dan bersikaplah manis terhadap mereka, karena mereka adalah pendampingmu dan penolongmu yang setia. Dan adalah hakmu untuk melarang mereka berteman dengan orang-orang yang tidak kamu sukai, dan juga terlarang melakukan perzinaan.

Ya, saudara-saudaraku, dengarkanlah baik-baik, sembahlah Allah, Shalat lima kali dalam sehari, laksanakan Puasa selama bulan Ramadhan, dan tunaikanlah Zakat, serta laksanakan ibadah Haji bila mampu.

Ketahuilah bahwa sesama Muslim adalah bersaudara. Kamu semua adalah sederajat. Tidak ada perbedaan satu terhadap yang lain kecuali Ketaqwaan dan Amal Shalih. Ingatlah, suatu hari kamu akan menghadap Allah dan harus mempertanggung jawabkan semua amalanmu. Karena itu berhati-hatilah jangan menyimpang dari jalan kebenaran setelah kepergianku nanti.

Ya, saudara-saudaraku, tidak akan ada Nabi atau Rasul sesudahku dan tidak akan ada agama lain yang lahir. Oleh itu dengarlah baik-baik ya Saudaraku, dan pahamilah kata-kata yang kusampaikan kepadamu, bahwa aku meninggalkan dua pusaka, Al-Qur’an dan contoh-contohku sebagai As-Sunnah dan bila kalian mengikutinya tidak mungkin akan tersesat.

Siapa yang mendengarkan perkataanku ini wajib menyampaikannya kepada yang lain dan seterusnya dan mungkin yang terakhir memahami kata-kataku ini akan lebih baik dari yang langsung mendengarkan.

Demi Allah aku bersaksi, bahwa aku telah menyampaikan ajaran-Mu kepada umatku ya Allah.

Wednesday, January 07, 2009

saudara...

bismillahirrahmanirrahim..
hari ni 7.1.2009. dah seminggu masuk thn baru masihi dan 10 hari dah berlalu dari tahun baru hjri. minta maaf sebab lama tak update blog. tak berkesempatan. internet sekarang ni cam problem dekat mesir ni plus kerja yang sangat banyak. memang dah lama tak on9. betul lah... hargai masa lapang sebelum masa sempit. ni sebenarnya pun baru lepas buat assignment biochem. pening pale buat. rehat jap. huhu...
sebenarnya banyak dah isi saya kumpul untuk tulis dalam blog. tapi banyak jugak yang saya dah tak ingat. nak tulis boleh je.. tapi kena ada catatan saya. tapi sekarang tak ada. semalam exam biochem... saya malas nak cter pasal exam. tawakkal la sekarang. insyaAllah khair..
hari tu masa p kls tafaqquh mcm biasa ada slot sirah. yg hari tu punya adalah slot terakhir kami mengikuti jejak hidup Rasulullah s.a.w. masa hari tu... kitaorg menyusuri hari2 terakhir Rasulullah s.a.w. di muka bumi ni. banyak pesan Rasulullah sebenarnya. betapa risau dan sayangnya Rasulullah pada kita... sehingga hari2 terakhir baginda mmg Rasulullah sampaikan pada kita banyak pesanan dan peringatan.
salah satunya ialah.. dalam khutbah terakhir Rasulullah... baginda ulang banyak kali ayat ni.. "Innamal mukminuna ikhwah" [sesungguhnya org2 mukmin itu bersaudara]. rasulullah s.a.w. ulang byk kali ayat ni. ulang dan ulang sampai para sahabat rasa gerun. sebab... perkara yang Rasulullah ulang menunjukkan bahawa perkara tu sgt penting. muhim awi. semakin byk kali rasulullah ulang, semakin penting perkara tersebut dan jika kita melanggarnya... semakin tinggi padah dia.
tapi... rasanya semua org pun tahu bahawa setiap mukmin itu bersaudara. semua org tahu org islam itu bersaudara. selalu je kita dgr org ckp saudara seislam. tapi berapa byk dlm kalangan kita yang sebenarnya menghayati dan mendalami bahawa SETIAP MUKMIN ITU ADALAH BERSAUDARA?!
berapa banyak orang islam yang menganiaya sahabat dia sendiri. please keep in mind that now i'm writing about muslims only. tak payah cakap aniaya... mengumpat dan mengutuk je la... berapa ramai yang buat? atau pun kita tanya.. berapa ramai antara kita yang tak mengata kawan dia? sama2 la kita muhasabah diri....
setiap mukmin itu bersaudara.. malah bukan itu sahaja.. Rasulullah berpesan.. tidak sempurna iman seseorang itu sehingga dia mengasihi saudaranya seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri. dekat sini kita tgk la jelas2... ambil iktibar dari hadith Rasulullah tu... bahawa betapa pentingnya persaudaraan dalam islam. kalau orang islam sendiri tak ada rasa bersaudara.. kalau orang islam sendiri yang menganiaya orang islam... jgnlah nak ckp pasal kekejaman di palestin...
kenapa org kafir dgn senang hati buat kekejaman terhadap org islam???? sebab orang islam tak ada dah atau pun maybe cruel sgt kot ckp tak ada... tapi kurang la dalam hati mukmin2 perasaan sayang dan kasih pada saudara dia. masing2 buat hal masing2. org ni sakit wat tak tau. bkn buat xtau.. mmg x tau pun. kwn ni ssh... dok pk yang bkn2.... asyik nk buruk sangka...
sbnrnya saya tak tau nk endingkan macam mana. main tulis je td. apa2 pun.. sama2 kita ambil iktbar. saya lebih2 agi yang sbg penulis. sama2 kita tanam dalam hati... semai, benih, jaga elok2... perasaan dan sifar bersaudara antara mukmin. sebenarnya saya tak tau nak ckp sama ada dia sifat atau perasaan.. jd saya tulis je dua2. atau pun maybe bkn dua2.
hmmm.. saya sebenarnya nak cuba dapatkan khutbah penuh Rasulullah. klo saya dapat insyAllah saya akan cuba taip kt blog saya bila kelapangan. dan bila lapang juga insyaAllah saya akan cuba publish (huk3... cam nak publish buku je...) hari2 terakhir Rasulullah sebelum baginda wafat. sesungguhnya banyak pengajaran dan iktibar yang blh kita ambil. dan yang plg penting skali... bila kita ikuti sirah Rasulullah ni.. baru la kita tau betapa cintanya Rasulullah dekat kita. betapa banyak pengorbanan baginda s.a.w. pada kita... dan drpd situ lah baru kita boleh tanamkan perasaan cinta kita pada baginda.
Ya Allah... aku mohon kepada-Mu, Engkau jauhkanlah aku daripada perasaan cintakan dunia. dan aku mohon pada-Mu.. tanamkanlah dalam hatiku, dalam diriku, perasaan cintaku pada-Mu dan rasul-Mu melebihi cintaku pada diriku sendiri.... Ameen...

Wednesday, December 03, 2008

nota

assalamualaikum..

sobahul khoir! di pagi hari menghadap komputer kak atie. still kat rumah kak atie. nk tengok kak atie masak, dilarang. jadi duduk depan komputer.. hue3...


dpn meja kak atie ni ada satu note. dia tulis:

"kewajipan itu lebih banyak dari masa"

-As-syahid Imam Hassan Al-Banna


bila fikir.. kita ada 24 jam sehari. setiap hari kita fikir hari ni nak buat apa, benda apa nak kene buat. masak, pergi kuliah, buat assignment, study, ziarah, sc... macam2 lagi kita nak kene buat.

tapi, berapa rama antara kita yang sedar akan hakikat ni... gunakan masa dia sebaik-baiknya?? kita selalu complaint tak cukup masa. tapi berapa banyak masa yang kita buang untuk perkara yang tak berfaedah? berapa banyak pula masa yang kita guna untuk sumbangan kta pada Islam? kepada ibu bapa kita, sahabat kita?

bukan dekat sini saya cakap kita tak boleh tgk tv ke.. etc.. tapi.. bila kita nak rehatkan diri.. tengok tv ke.. cerita ke.. kita kene ingatkan diri kita sendiri yang kita masih ada banyak kerja. jadi, jangan sampai kita leka dan lagha. peringatan buat diri sendiri juga.

banyak benda yang kita nak kene buat. banyak hak2 orang-orang di sekelilng kita yang masih belum tertunai. hak2 ibu bapa kita, sahabat2, jiran. tak terkata lagi hak2 Allah.hak dir kita sendri? sudah tertunaikah? fikir-fikirkan. semoga kita dapat memanfaatkan masa kita sebaiknya.... Allahu a'lam

"Demi masa. Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian; kecuali mereka yang beramal soleh dan berpesan-pesan kepada kebenaran dan berpesan-pesan kepada kesabaran."

Surah Al-'Asr

sifat2 seorang muslim



10 sifat2 yang patut ada pada seorang muslim. dapat masa sc hari tu. semoga kita dapat menanamkan sifat2 ni dalam diri kita. insyaAllah. Amiin...~~ sama-samalah kita bermujahadah!
  1. Aqidah yang sejahtera
  2. Ibadah yang sahih
  3. Akhlak yang mantap
  4. Luas pengetahuan
  5. Shat tubuh badan
  6. Mampu berdikari
  7. Melawan nafsu
  8. Sangat menjaga masa
  9. Tersusun urusannya
  10. Bermanfaat pada orang lain


Friday, October 24, 2008

toink2!!

In the name of Allah...

disebabkan lama tak on9.. ok.. on9 dlm seminggu sekali je.. jd blh dikatakn seminggu sekali je la saya update blog ni. sebenarnya dah tulis dah entry baru utk blog ni. tp dlm laptop. bwk laptop dtg cc ni... tapi... ada junior laki plak kt tempat tu.. so kene la gune komp kt cc ni..

jd.. saya tak tahu nk tulis pe.. keh3...

ermm... saya tulis pasal.... saya bagi satu maksud ayat quran ni je la. sebab dah nak offline dah ni.

saya tak pasti dalam surah apa. tapi maksud firman Allah tu;

"Maka apabila kamu telah berazam, maka bertawakkallahkepada Allah."

nak ulas pun, saya tak tahu nak ulas apa... yang boleh saya tulis kat sini... apa-apa yang kita buat, tawakkallah kpd Allah. sblm ni saya dah pernah tulis pasal tawakkal, jadi saya tak tahu dah nak tulis apa. cuma mengingatkan kembali je..

ok, dah nak maghrib! assalamualaikum...