Friday, February 20, 2009

one more step closer to Allah (iAllah)

A woman modestly dressed is a pearl in its shell..


You look at me and call me oppressed
Simply because of the way i'm dressed

You know me not for what is inside
You judge the clothing I wear with pride

My body is not for your eyes to hold
You must speak to my mind, not my feminine mould

I'm an individual. I'm no man's slave
It's Allah's pleasure that I only crave

I have a voice so I will be heard
For in my heart I carry His word

"O ye women, wrap close your cloak
so you won't be bothers by ignorant folk."

Man doesn't tell me to dress this way
It's law from God that I obey

Oppressed is something I'm truly not
For liberation is what I've got

It was given to me many years ago
With the right to prosper, the right to grow

I can climb mountains or cross the seas
Expand my mind in all degrees

For God Himself gave us liberty
When He sent Islam, to you and me!

bismillahirrahmanirrahiim...

menutup aurat adalah salah satu benda yang wajib dibuat bagi seorang yang bergelar muslim. tidak kira sama ada dia lelaki atau perempuan, menteri atau rakyat biasa, pelakon, doktor... apa-apa je la.. tapi asalkan dia mengaku dia seorang yang menganut agama Islam, maka WAJIB ke atasnya untuk menutup aurat.

selalu orang perkatakan tentang aurat perempuan. jarang rasanya orang berkata tentang aurat lelaki. mungkin kerana aurat perempuan ini lebih complex dari lelaki atau atas sebab apa saya tidak tahu. mungkin juga sebenarnya orang selalu je berbincang pasal aurat lelaki cuma saya yang tidak tahu. Allahu a'lam.

".... Dia mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui sesuatu apa pun tentang ilmu-Nya melainkan apa yang Dia kehendaki..." (2: 255)

ada 2 sebab saya letak sebahagian dari maksud ayat kursi tu dekat atas. pertama, sebab hanya Allah yang lebih tahu apa yang dibincangkan manusia (kan saya de tulis kat atas tu saya x tau org bincang selalu tak pasal aurat laki ni) dan yang kedua sebab nak mengingatkan kita semua bahawa Allah Maha Mengetahui. Dia yang menciptakan kita. Maka Dia lah yang paling memahami diri kita. Malah, Dia lebih mengetahui tentang diri kita berbanding diri kita sendiri.

kalau kita faham benda ni... layakkah kita untuk mempersoalkan hukum Allah ke atas kita? Siapalah kita untuk melanggar hukum Allah? Tidak ada rasa takut ke dalam diri kita akan azab Allah? tak ada rasa nikmat ke kita pada syurga yang dijanjikan Allah kepada hamba-hamba-Nya yang soleh? kalau kita tak ada rasa tu... check diri kita balik... adakah diri aku ni seorang muslim yang sebenar? atau hanya seorang muslim yang hanya mengikut agama ibu dan ayah? kalau kita hanya mengikut agama mak dan ayah tanpa kita mendalami islam itu sendiri.... maka samalah kita dengan masyarakat jahiliah dahulu yang mereka menyembah berhala kerana mengikut agama nenek moyang mereka. na'uzubillahi min zalik.

berbalik pada aurat. yang pertama kita kene tanya. kenapa kena tutp aurat? kalau ditanya pada orang.. jawapan yang mungkin akan diperoleh:

1. menjaga kehormatan diri

2. menjaga diri daripada gangguan orang-orang jahat

3. melindungi kecantikan diri hanya untuk mahram. (tapi rasanya banyak je orang yang bila tutp aurat pun kita rasa waaaaaaaaaaaaa.... cantiknya dia...)

4. sebab perintah Allah.

5. melambangkan imej seorang muslim

6. ada cadangan lagi? i'm out of ideas.

ok... tu mungkin la antara sebab2 yang mungkin orang akan jawab jika ditanya. tapi... katakanlah kalau kita tak tahu pun apa kebaikan tutup aurat ni. kita tak boleh nampak apa kebaikan menutup aurat ni. kita rasa sama je tutup aurat ke tak. tak ada apa yang lebih pun kita rasa dengan menutup aurat. maka, kita kene ingat bahawa sepatutnya cukuplah menjadi sebab bahawa benda itu adalah perintah Allah untuk kita menutup aurat. (ayat berbelit ke? ke boleh faham?) Apabila kita tahu bahawa benda tu adalah perintah Allah... kalau betul la kita ni mencintai Allah lebih daripada segala apa yang ada di langit dan bumi ni.. maka kita tidak akan persoalkan kenapa Allah suruh tutp aurat macam ni.. macam tu...

ok, mungkin susah kot nak kata bahawa kita ni mencintai Allah lebih dari segala-galanya.. saya pun tak tahu adakah saya ni termasuk dalam golongan manusia-manusia seperti Rabiatul Adawiyah... tapi kalau kita tak termasuk.. takkan nak biar camtu je? 1 thing for sure... kita kene usaha. kalau kita nak mencintai Allah.. kita kene usaha. macam mana nak usaha?? Tak kenal maka tak cinta. jadi.... yang pertama sekali kita kene buat.. adalah dengan cara mengenali Allah. itu adalah langkah pertama.

"Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmu lah yang Maha Mulia. Yang mengajar (manusia) dengan pena. Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya." (96: 1-5)

Kalau kita teliti maksud surah kat atas tu.. biasanya kalau orang cakap.. dia akan cakap pasal perkataan pertama tu je. Bacalah! yang baki-baki tu... tak ada. kat atas tu.. Allah menyebut antara sifat-sifat Allah. Allah suruh kita membaca dengan menyebut nama Allah yang menciptakan. Allah mengajar kita dekat atas tu... supaya kita belajar untuk mengenal Allah. nak diringkaskan cerita.. kalau kita tak kenal Allah... Aqidah kita tak kuat.. macam mana kita nak laksanakan perintah Allah dengan hati yang ikhlas? sebab tu la.. apa-apa pun bermula dari dalan diri kita.. kita kuatkan aqidah kita.. kita tanamkan dalam diri kita cintakan Allah... insyaAllah tak berat untuk kita laksanakan perintah Allah. btw, saya dah lari tajuk ke ni?

ok.. sambung balik pasal aurat tadi. sikit je lagi nak sambung. rasanya semua orang pun tahu macam mana aurat perempuan dan laki ni dari mana ke mana. cuma saya nak mengingatkan lagi ciri-ciri menutup aurat bagi lelaki dan perempuan. mcm mne sebenarnya yang dikatakan menutup aurat.

pakaian tidak ketat. tidak jarang. tidak berhias berlebih-lebihan bagi wanita. melabuhkan hijab sehingga menutupi dada. tidak menampakkan bentuk tubuh. ada lagi ke yang saya tak sebut? kalau ada... tolong tambah ye...

ok.. saya dah btau apa yang saya tahu. sama-samalah kita membaiki diri kita. insyaAllah setiap usaha kita untuk menjadi seorang muslim yang soleh akan diterima Allah. Allahu a'lam. ^^

ps poem kat atas tu... saya cilok! bukan saya buat! kui3 plus saya pun kalo tgk kat atas tu.. cam lbh menekankan aurat perempuan. adakah kerana saya juga perempuan..?? (blink, blink)

No comments: