
Bismillahirrahmanirrahim...
alhamdulillah.. fasa practical exam saya dah lepas.. insyaAllah kheir.. semalam last practical exam and presentation (yang gantikan oral exam). insyaAllah ok kot.. xpe la.. sekarang ni start fasa baru plak.. study leave.. huhu.. caiyok2!!
semalam.. bersempena dengan habis practical exam.. group sc saya (*sc= smart circle. ala2 usrah jugak la..) pun amik keputusan nak buat sc. sebenarnya kakak sc kiteorang (kak syu) hari tu dah buat sc yang last utk sem ni sebab kiteorg dah masuk fatrah exam. tp disebabkan dia kata hari tu.. klo nak ada sc btau je dia.. so kiteorg pun nak la ada sc.. rindu woooo klo xde sc.. huk3...
so.. semalam pun ada la sc. alhamdulillah, sc start lps isyak (or sarah ckp: "lps ise) dekat rumah sarah and syimah. (rumah fatehah n norni gak!). pastu semalam saya kene jadi pengerusi... huuu... mula2 kiteorg buat tilawah macam biasa.. and keluarkan mana2 ayat quran yang kita rasa terkesan di hati.. antaranya ayat quran yang dikeluarkan semalam ialah maksud ayat 214, surah al-baqarah.
banyak benda yang dibincangkan semalam. tapi saya nak keluarkan satu je. Ujian Allah dekat atas kita. biasanya orang bagi contoh exam lagi-lagi bila nak exam. jadi... saya pun nak bagi contoh yang sama. contoh yang paling senang... bila dapat result.. result teruk. result tak memuaskan hati kita. bila jadi macam tu... selalunya la... (termasuk saya) kita akan sedih. ada yang menangis. ada yang murung berhari-hari. bukan kita tak tahu tu ujian dari Allah. tapi sebenarnya kita tgh tak redha dengan perkara yang Allah tentukan. ye la... kita fikir.. kita dah penat belajar.. habis pulun dah ni.. tapi keluar result.. tgk2.. cmtu.... huuu...~ kecewanya la...
kak syu cakap camni.. sebenarnya Allah uji kita dengan apa yang kita tak kuat. Allah tahu.. kalau kita diberi kejayaan insyaAllah kita akan jadi orang yang bersyukur.. insyaAllah kita tak akan lupa dan leka... dan Allah tahu juga yang kita ni tak kuat untuk menghadapi kegagalan. jadi, untuk menjadikan kita ni seorang yang kuat, tabah dan redha... Allah timpakan atas kita kegagalan. pada masa yang sama.. Allah tahu juga yang sebenarnya kita ni mampu untuk menghadapi ujian ni.
kalau kita fikir... memang satu benda yang terkesan di hati saya.. betapa bila ujian ni datang.. memang menunjukkan Allah sayang dekat kita. Allah tak nak tengok hamba dia ni lemah. Allah nak tengok hamba dia ni kuat. Allah nak hamba dia ni ingat dekat Dia dan ingat bahawa Allah yang tentukan segala-galanya. Allah nak hamba Dia ni usaha banyak-banyak lagi kerana Dia melihat usaha yang dibuat. Dia memberi ganjaran atas usaha yang dilakukan. Bukan atas kejayaan hamba-Nya.
lepas tu.. bila cakap pasal redha... kalau dalam exam.. nak cakap redhanya kita pada Allah apabila kita tengok result, terdetik terus dalam hati kita alhamdulillah. tak ada rasa kecewa, sedih, etc. result kita bagus.. tak ada rasa bangga. result kurang bagus... tak ada rasa kecewa. bila macam tu.. menunjukkan yang pergantungan kita pada Allah adalah sepenuh-penuhnya. tawakkal kita pada Allah bukan sekadar kita cakap... "saya tawakkal."
dan bila sentuh pasal redha jugak... dalam hidup ni.. sangat luas sebenarnya skop redha. pergi bank mesin ATM rosak, assignments yang dah buat tetiba sume hilang dalam komputer, masak-masak tak jadi, tengah masak gelas pecah, jalan-jalan tetibe terjatuh, sidai baju pastu pi kuliah.. tetiba hujan, baju kesayangan hilang dek kne tiup angin, dan banyak lagi la kan... semua tu kita kene redha. semua tu kita kene ingat bahawa Allah yang takdirkan benda tu berlaku atas kita. dari sekecil-kecil benda smpai la yang sebesar-besar alam punya. semuanya dalam aturan Allah.
Dan kunci-kunci semua yang ghaib ada pada-Nya; tidak ada yang mengetahui selain Dia. Dia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut. Tidak ada sehelai daun pun yang gugur yang tidak diketahui-Nya. Tidak ada sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak pula sesuatu yang basah atau kering, yang tidak tertulis dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfuz). (6:59)
jadi, sebenarnya... ujian Allah atas kita sentiasa ada. nak tengok sama ada kita ni termasuk dalam golongan hamba-hamba yang bersyukur atau tak. tu je. tak kisah sama ada ujian dalam bentuk kesenangan atau kesusahan. semuanya untuk menjadikan kita hamba yang bersyukur dan dalam masa yang sama untuk membentuk diri kita. insyaAllah dengan tarbiyyah dari Allah dan dari usaha kita sendiri.. kita akan dapat menjadi insan yang soleh. hamba Allah yang bertaqwa. sama-sama kita berusaha. ganbate kudasai!
terlupa plak.. saya ada satu cerita.. benda ni diceritakan oleh salah seorang doktor yang pergi under mercy untuk palestin. bagi kes-kes yang berat.. pesakit akan dihantar ke hospital di mesir. masa tu doktor ni jumpa seorang kanak-kanak perempuan yang umurnya 5 tahun. kaki dia kene potong sebelah disebabkan kejadian di palestin. dia ni kan budak.. doktor ni mungkin kesian tengok dia ke ape.. dia tanya la budak ni.. "kaki mana??" lalu, budak ni jawab: "rijli fi jannah" (kakiku di syurga). masyaAllah.. betapa kita lihat.. budak yang 5 tahun tu.. dia dah faham malah ada dalam diri dia.. redha akan segala ketentuan Allah. bila dibandingkan dia dengan kita.. terasa tak.. betapa jauhnya dia ke hadapan dari kita?
Semoga kita sama-sama dapat ambil iktibar. kita kene ingat..apa sebenarnya tujuan kita dihidupkan di muka bumi Allah yang dibentang luas ni.
sesungguhnya ijazah itu hanyalah alat, risalah itu adalah matlamat! Allahu a'lam...

No comments:
Post a Comment