
bismillahirrahmanirrahim...
ok.. semoga Allah memudahkan segala urusan kita.. dan semoga setiap perkara yang dibuat dicatat sebagai amal soleh.. ameen...
masa tengah membebel2 tak tentu hala tadi... saya sempat la belek2 buku yang saya ada... n tetiba saya nampak tajuk akhlak. tajuk besar dia sebenarnya adalah hubungan akhlak dengan iman. tapi maaf.. saya tak dapat la nak tulis sume yang ada dalam buku tu.. tapi mana yang takat boleh.... insyaAllah saya cuba masukkan dalam blog ni.
Sabda nabi s.a.w:
"Akhlak mulia mencairkan kesalahan sebagaimana air mencairkan air batu. Akhlak buruk merosakkan amalan sebagaimana cuka merosakkan madu." (Riwayat Al-Baihaqi)
dekat sini dapat ditafsirkan bahawa walaupun kita ni banyak amalan.... rajin solat sunat.. puasa.. sedekah ke apa... tapi kalau akhlak kita buruk... rosaklah segala amalan kita. ada satu hadith nabi s.a.w yang bermaksud:
Seorang lelaki bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w.: "Wahai Rasulullah, sesungguhnya seorang wanita terkenal dengan banyak bersembahyang (sunat), berpuasa dan bersedekah, namun kata-katanya menyakiti jirannya." Sabda nabi s.a.w.: " Dia dimasukkan ke dalam neraka." Kemudian beliau bertanya lagi: Wahai Rasulullah, seorang perempuan terkenal dengan kurang bersembahyang (sunat) dan berpuasa. Dia hanya bersedekah sepotong kecil keju, namun dia tidak menyakiti jirannya." Jawab Nabi s.a.w.: "Dia akan ditempatkan di dalam syurga." (riwayat Ahmad)
kat sini kita dapat lihat insyaAllah kepentingan akhlak mulia. bukanlah nak cakap ibadah sunat tu tak penting... dia memang penting sebab itu kita jaga hubungan kita dgn Allah... tapi.. cuba la kalau kita bayangkan... orang ni memang la kita tau dia ni rajin solat tapi dia ni hok suka sangat la cakap kasar2 kat orang... kita suka ke orang cmtu..?? nak respek ke..???
koman2 pun orang cakap.. "huduh la perangai dia tu... harap je byk solat..."
tak pun... abih la mak mertua reject nak wat jadi menantu.. walaupun maybe la depan bakal mak mertua tak tunjuk perangai tak elok.. tapi kot2 la org bawak cerita... mulut orang kita tak boleh tahan... abih da mak mertua tak kenan.. huhu.. saya da start repek da... back to the REAL topic..
cakap pasal akhlak ni jugak kan.. klo la time kita baca quran kan... kita baca skali maksud dia.. atau pun klo ade orang yang memang paham (alhamdulillah)... kalau kita tadabbur betul2 ayat quran.. mana yang cakap pasal akhlak... mesti dia ada skali pasal iman dan ibadah. akhlak, iman dan ibadah takkan berpisah. kita kene jaga la tiga2 benda ni. tak boleh la nak jaga akhlak je.. iman ngan ibadah tergendala.. etc.
contoh ayat yang boleh kita tadabbur ialah ayat 1-11, surah Al-mukminun. maaf... pjg sgt... jadi nanti check kat quran ye... tapi insyaAllah saya boleh tulis ayat lain yang berkaitan dengan perkara ni gak. maksudnya:
"Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhai-Nya), adalah mereka yang berjalan di bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang bodoh menyapa mereka (dengan kata-kata yang menghina), mereka mengucapkan "salam". dan orang-orang yang menghabiskan waktu malam untuk beribadah kepada Tuhan mereka dengan bersujud dan berdiri. " (Surah Al-Furqan, 63 & 64)
Sabda Nabi s.a.w.:
"Tiada perkara yang paling berat dalam neraca seorang mukmin pada hari kiamat selain akhlak mulia. Sesungguhnya Allah benci kepada oarng yang berperangai keji dan celupar. Sesungguhnya pemilik akhlak mulia dengan sebab akhlaknya akan sampai ke martabat orang yang berpuasa dan bersembahyang." (Riwayat Ahmad)
saya rasa... cukup banyak dah kot hadith2 yang menunjukkan pentingnya kita berakhlak mulia. akhlak mulia ni sebenarnya sangat rapat kaitannya dengan iman. tak dapat nak jelas panjang2 kat sini... sama2 kita fikirkan. tapi.. mungkin boleh bagi sesuatu yang boleh buat kita berfikir... orang yang mantap imannya kepada Allah.. adakah dia akan menunjukkan akhlak yang tak baik??? iman seseorang kita tak boleh ukur.. hanya Allah yang tahu.. tapi... just fikir la... tapi saya rasa.. orang yang iman dia mantap... kalau dia nak tunjuk perangai tak baik pun.. dia akan fikir apa kesan perbuatan dia ke atas islam, atas rasulullah s.a.w., etc.
ok... nak pi solat maghrib... semoga kita sama-sama mendapat pengajaran.. tak banyak pun sikit.. Allahu a'lam... ^^

1 comment:
assalamualaikum hajar. mcm kenal lah. kita penah satu sekolah ke dlu? hehe.^^
Post a Comment