Wednesday, May 06, 2009

coretan

bismillahirrahmanirrahiim...

sekarang ni tgh tunggu maghrib. sambil dgr bunyi dr dapur shira memasak. lama gak tak update blog ni. bkn tak mahu update tp ketandusan idea ape yg hendak saya bicarakan di sini.

apa khabar iman kita hari ni? bertambah, berkurang, atau sama seperti semalam? ambillah masa sejenak utk kita muhasabah diri yg sering leka dan lupa ni.

semenjak, dua menjak ni.... agak byk benda2 yg di luar jangkaan berlaku. rutin harian seperti biasa... masih berjalan. cuma kadang2 saya terfikir... apa yang saya buat ni... adakah dikira ibadah? atau telah menjadi satu adat dlm hidup daya.

seorang ukhti baru2 ini mengingatkan, apa2 yang kita buat... bergantung pada niat. niat membezakan adat dan ibadah. solat. memang suatu ibadah. tapi... bila kita tiada zuq kesan dr solat... periksalah kembali solat kita. kerana apa kita solat? adakah kerana ia telah menjadi satu rutin harian kita atau kerana ia sbg satu ibadah?

dalam hidup ni jugak... kita jgn rasa diri kita ni baik sgt dan anggap org lain kurang baik dr kita. kita tak tahu amal kita diterima atau tak. kita tak tahu pengakhiran hidup kita bagaimana. di mahsyar nnti... apa yang akan kita dpt... syurga atau neraka.

mungkin skrg kita rasa amal kita dah byk berbanding org lain... tp klo Allah berkehendak... na'uzubillahi min zalik... aqidah pun blh terpesong...

so.. selalu lah mnta pd Allah agar tetapkan iman kita. Agar kita hidup dan mati dlm islam. Agar ibadah kita hanya untuk Allah. Mujahadah itu penting dalam mencapai kemanisan iman. Tapi... ia pahit. Mungkin sblm ni pun saya pernah tulis. Menangis, disisihkan, terluka hati, itu antara perkara yang kita akan dapat bila mujahadah. namun, perlu diingat... syurga itu manis. jalan mujahadah panjang dan berliku namun kemanisan syurga... kekal abadi. kemanisan iman... hanya yang tertentu sahaja blh merasainya... Allahu a'lam...




No comments: