Tuesday, August 11, 2009

jual diri

bismillahirrahmaanirrahiim..

jual diri anda? anda mahu...??

mungkin anda kata tidak

tapi, jika saya kata anda jual diri anda tanpa anda sedari..

bagaimana??

pada siapa anda jual diri anda?

hanya anda yang tahu jawapan dia..

mungkin pada pakaian, shopping, nafsu makan anda..

saya ulang, hanya anda yang tahu..

tapi adakah anda untung dengan menjual diri anda pada semua ini..??

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil, dan Al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu dan itulah kemenangan yang besar." (At-Taubah: 111)

Saya menulis di atas maksud satu ayat al-Quran.

Bagaimana? jika anda melakukan jual beli dengan Allah... keuntungan itu pasti.

Kesenangan itu pasti.

Syurga. Allah menjanjikan syurga.

Siapa yang tidak mahu?

Bagaimanakah jual beli dengan Allah ini?

Dengan menyerahkan seluruh kehidupan kita pada Allah.

Diri kita, harta kita, dan segala yang ada pada kita kepada Allah.

Untuk menegakkan agama Allah di muka bumi yang Allah hamparkan ini.

Untuk mendapatkan keredhaan Allah. Rahmat Allah. Siapa kita tanpa rahmat-Nya?

"Dan di antara manusia ada orang yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredhaan Allah dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hambaNya." (Al-Baqarah: 207)

Ingin saya kongsi satu kisah pendek yang berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w.

Shuhaib ar-Rumi r.a ketika berhijrah telah meninggalkan segala harta dan rumahnya utk org musyrikin di Makkah sbg tebusan untuk berhijrah. Pada hakikatnya, dia bukan meninggalkan hartanya, tetapi dia telah menjual nafsunya kepada Allah. Dia telah menjual nafsunya yang cintakan harta dan rumahnya kepada Allah. Lalu dia berhijrah tanpa segala kemewahan tersebut.

Apabila Rasulullah s.a.w mengetahui hal ini, baginda telah bersabda:

"Shuhaib telah beruntung, Shuhaib telah beruntung."

Walaupun dia telah meninggalkan segala kemewahannya, dia telah mendapat keuntungan yang besar kesan dari itu.

Keuntungan di akhirat. yang mana, tidak dapat dibandingkan dengan segala apa yang ada di bumi ini.

Di bumi yang fana' ini.

Allahu a'lam

1 comment:

Stay Sane Mama said...

ya allah sangat mendalam.:)