ada satu kisah.
satu malam, beberapa hari lepas, semasa sedang berjalan pulang daripada terawih.
saya dengan adik-adik saya. tapi masa tu yang lain dah ke depan. saya jalan dengan kareemah dgn rilek di belakang.
tiba-tiba ada seekor kucing berlari ke arah kami. kecil. sambil mengiau dengan nyaring dan kuat. tak tahu kalau kena pukul ke apa, saya pun angkat. bawak balik.
bila bawak balik, bagi minum, tak minum. bagi makan, tak makan. dok menjerit je kucing tu. maybe dia hilang mak kot. pergi hantar balik dekat tempat jumpa dia mula-mula. tapi... dia pergi ikut pulak.
last-last bawak balik rumah balik. besok, abah dengan umi nak bagi dekat tempat jaga haiwan tu, tapi diaorang tak nak ambil. kecik sangat katanya. so, ending dia, kitaorang pun adopt la kucing yang bising dan sangat kecik ni. kalau dia tidur or duduk, nampak macam sebiji bola kecil yang berbulu.. :))
oh, dan dia tak minum and makan masa malam tu sebab dia tak pandai. sekarang ni, bagi minum susu kat dia pakai botol susu. berperang dengan dia masa nak bagi susu sebab dia sibuk nak grab botol susu tu macam orang nak bawak lari so susahlah nak masukkan dalam mulut dia.
and, nama dia doraemon :))semua orang tanya kenapa doraemon? bila jawab, abah yang bagi nama semua orang diam. tak persoalkan dah. lol~but we call him dora, mon, or doraemon...
mula-mula umi ada kata.. 'tu la hajar bawak balik kucing lagi.'
tapi lepas tu umi kata.. 'tapi tak pe la. insyaAllah dia doakan kita.'
so doraemon.. welcome to our house and family
** oreo tak nak rapat ngan doraemon. kalau doraemon dekat, oreo mesti lari. haila...~

4 comments:
hajar,she's so cute!
eh,she ke he ea?haha x kesah la.
cam baby la awak bg dye minum.
kucing tu 'he'
nk bg dia minum habis kne cakar.. oh, pastu dia da knl botol susu dia.. haha
comelnye doraemon tu~~~
ala.. kesian kat oreo.. misti dia jeles.
oreo.. xtau la nak kata dia jeles or takut.. huu~
Post a Comment