Tuesday, October 12, 2010

akhirnya updated :))

bismillahirrahmanirrahim...

lama dah tak update blog. kalau blog ni boleh berhabuk, agaknya dah tebal seinci habuknya. siap bersawang-sawang spiderman and woman lagi agaknya.

nak kata sebab sibuk tak update.... bukanlah.
sebab biasa je sibuknya.
bukan sampai tak tidur tak makan pun.

tidur cukup, makan pun cukup.


tapi, disebabkan tiada input yang boleh di-output-kan.

untuk memberi perlu ada benda yang hendak diberi.

dan untuk ada sesuatu untuk diberi, kenalah cari.

tak boleh tunggu orang datang bagi sahaja.


hidup ni bukan untuk diri sendiri sahaja.
kita diberi kesihatan tubuh badan dan akal.

umur yang masih muda, jadi tenaga yang masih banyak.

diberi rezeki oleh Allah supaya boleh hidup di muka bumi ni.
for scholarship students atau yang menerima pinjaman,
duit masuk je setiap bulan.

tak perlu buat apa pun

belajar sahaja.

menjadi hamba Allah dalam erti kata

hidup sebagai seorang muslim.
live our life as a muslim.
and not just saying i'm proud to be a muslim.
tapi hakikatnya?
__________________________________________________

dalam usaha membaiki diri

banyak cubaan yang akan datang menguji

namun, setiap manusia ada kelemahannya

dan ujian itu untuk menguatkan diri dalam menghadapi kelemahan diri


oleh itu dalam mencapai makna kekuatan diri
seringkali diri ini malu
dansedih
kesilapan yang sama diulang berkali-kali
taubat juga diulang berkali-kali


pernah mengadu pada seorang sahabat
bagaimana?
kesalahan dibuat setelah bertaubat
dengan azam yang disangka kuat
tapi rupa-rupanya,

mudah dipatah dan dilunturkan.

katanya, apabila kita dah buat satu kesalahan atau dosa,
susuli ia dengan membuat kebajikan atau pahala.
dan pada masa yang sama,
bertaubat kembali.
istighfar.

pintu taubat sentiasa terbuka

selagi nyawa belum di kerongkong
dan selagi matahari belum terbit dari arah barat.

insyaAllah.
jangan sekali-kali berputus asa.

satu permintaan
jangan ditinggalkan saya sendirian.
tegurlah saya jika jelas di hadapan anda kesilapan saya.
setiap dari kita ada penyakit masing-masing
dan mungkin anda ada penawarnya.
perlukah disimpan penawar itu seorang diri
sedangkan di sini ada yang sangat memerlukannya.

jangan difikir sama ada anda layak atau tidak untuk menegur saya
bukanlah saya ini seorang yang sempurna

banyak kekurangan diri yang disembunyikan
atau mungkin ia tidak kelihatan sahaja di celah-celah manusia yang ramai

bukanlah siapa yang berkata-kata itu penting
tapi apa yang disampaikan itu yang perlu diberi perhatian

Ada satu hadith Rasululllah s.a.w. (minta maaf kerana tidak disertakan perawinya)

Sabda Nabi s.a.w.:
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil.

Allahu a3lam

1 comment:

kucIngbUnge said...

=) be strong,hajar!
we'r with u...iA,