Friday, April 20, 2012

lapar!

bismillahirrahmanirrahim

alhamdulillah, semalam dapat balik laptop selepas beberapa hari tak ada laptop. gi hantar untuk diformatkan.
alhamdulillah juga. even rasa cam tak best tak ada laptop, tapi, hikmahnya, buku-buku yang saya beli untuk dibaca.... bergerak juga mukasuratnya :) [buku suka beli, baca tak tahu bila. huhu]

and one of them is 'Penawar Hati' tulisan Syeikh Abdul Qadir

Suka saya untuk share sikit dari apa yang saya dapat. semoga bermanfaat, insyaAllah :)

Dalam buku tu, ada ditulis 10 perkara yang tercela yang menjadi punca kepada perbuatan yang jahat. yang pertama ditulis ialah: Makan Berlebihan.

Ditulis dalam kitab itu:
banyak makan itu adalah sebahagian daripada punca kejahatan kerana perut adalah tempat yang menghasilkan bermacam-macam keinginan

Terdapat beberapa hadith yang disebutkan oleh Imam al-Ghazali dalam Kitab al-Arba'in Fi Usuliddin:

Sabda Rasulullah saw, maksudnya:

"Berfikir itu adalah sebahagian daripada ibadah, dan kurangnya makan itu pula satu ibadah."

"Orang yang terbaik dalam kalangan kamu di sisi Allah ialah mereka yang paling lama berlapar dan berfikir. Manakala orang yang paling dimurkai oleh Allah dalam kalangan kamu ialah mereka yang banyak makan, minum, dan tidur."

Dalam bab ni sebenarnya banyak diceritakan kelebihan berlapar. dan sebenarnya, bagi saya, ini lebih kepada muhasabah untuk diri saya. Para sahabat sering berlapar. Rasulullah saw juga sering berlapar. Saidini Abu Bakar ra berlapar dalam masa 6 hari. Saidina Umar ra hanya makan setengah cupak gandum sehari. 

Berlapar mempunyai beberapa tahap, dan tahap bawah ialah dalam satu hari, sekali makan. manakala tahap paling tinggi ialah makan cukup sekadar memelihara tubuhnya daripada rosak.

Di akhir bab, ditulis:
"Manakala mereka yang makan dua kali dalam satu hari, tidak dikatakan berlapar. Sebaliknya orang tersebut telah meninggalkan kelebihan berlapar."
Saya tidak kata kita mesti berlapar, cuma sebagai peringatan supaya kita tidak makan berlebihan. tapi, kalau boleh berlapar, apa salahnya. kerana antara kelebihannya ialah menimbulkan kelazatan beribadah, mencerdikkan hati dan menghalang keinginan untuk melakukan maksiat.

cuma, nasihat saya, take it step by step ;) jangan sekaligus paksa diri kita untuk berlapar. mungkin boleh kurangkan makan sikit-sikit setiap hari, supaya badan kita dapat adapt. tapi apa-apa pun, jangan sampai memudaratkan.

hiasan. namun boleh ambil pengajaran :)
Allahu a'lam

No comments: