sekadar ingin berkongsi pendapat, kerana saya melihat kedatangan ke kuliah tidak menentu. ada hari, mmg penuh kelas. ada hari... tiba-tiba sikit sangat orang dalam kelas. saya sendiri tidak tahu apa yang menyebabkan orang tak datang kelas atau pun tak mahu ke kelas. ada saya dengar, sebab lecturer ajar tak faham. buang masa datang kelas. baik duduk rumah belajar sendiri. ada jugak ke yang tak datang sebab malas? atau pun mungkin mereka ada masalah-masalah yang tertentu.
saya tak nafikan ada sesetengah lecturer yang mengajar.. tak dapat nak faham. atau pun cara penyampaian yang menyebabkan kami yang berada di kerusi ni nak tido je.. tapi, bagi saya pergi ke kuliah bukan hanya sebab nak dengar lecturers lecture kat depan. ada banyak sebab.........
1. Niat
ini sebab pertama kot. kena check balik niat masing-masing. kenapa datang mesir ni. kenapa ambil medic. kalau pun amik medic ni atas suruhan ibu bapa, etc kene ikhlaskan hati jugak. niat la benda yang kita buat ni lillahi ta'ala. kalau pun tak ada sebab lain untuk pergi kelas... ingatlah jalan ke syurga akan dimudahkan bagi orang yang menuntut ilmu. semua makhluk memohon keampunan bagi orang yang menuntut ilmu. naik trem pergi kuliah, insyaAllah dapat pahala. jalan nak pergi kelas, insyaAllah ada ganjarannya. even tdo dalam kelas pun... ada ganjaran yg dijanjikan Allah.
2. Tanggungjawab dan amanah
jadi tanggungjawab kita sendiri la untuk pergi kuliah. nama pun pelajar, kena la pergi kelas. kita ni lagi la.. datang sini bukan dengan duit sendiri. jangan pandang remeh benda ni. ni amanah. akan dipersoalkan dekat akhirat nanti. apa kita nak jawab depan Allah tentang kita KHIANATI amanah? orang yang mengkhianati amanah pun dikira termasuk dalam golongan orang-orang munafiq.
amanah dari mak ayah lagi. family lagi. ada yang datang sini, satu kampung letakkan harapan dekat dia. mak ayah expect kita rajin belajar dekat sini. pergi kelas, ulangkaji, dan buat la apa yang sepatutnya sebagai seorang student kn. kalau mak ayah kita tau kita tak pergi kelas, selalu ponteng, apa perasaan diaorg? saya tak tahu lah kalau ada ibu bapa yang tak kisah... kalau mak ayah sendiri tak kisah... at least fikir la tanggungjawab masing2..
3. belajar mesti kena ada guru
itu rule dia. belajar mesti ada guru. kita tak boleh belajar sendiri. walaupun kita ni pandai macam mana pun. sebab, kalau kita belajar sendiri, guru kita adalah syaitan. saya tak pasti fakta ni daripada hadith atau pun hanya kata-kata sape2... tapi tu yang saya pernah dengar.
mungkin ada yang boleh kata..
"kawan yang pergi kuliah tu boleh ajar. cikgu jugak la tu."
atau pun dialog cane2 pun je la kan... tapi kawan tu nak belajar jugak. lectures yang 3-4 jam tu... mana la dia nak ajar sume yang prof ajar.
4. keberkatan ilmu
saya tak tau la perkara ni ada orang boleh anggap tak penting. berkatnya ilmu sangat bergantung pada kita pergi kelas, cara kita menghormati guru, etc. saya tahu ramai je yang tak pergi kelas, tapi result ok je. hebat2. lagi hebat dari orang yang pergi kelas pun ada. tapi... tu la. ilmu ni kita bukan nak guna sampai exam je. ilmu ni kita nak guna untuk rawat orang nanti. kalau pun kita tak guna, kalau ilmu yang kita dapat tu tak berkat... boleh jadi apa-apa je bila kita kerja nanti.
tak tau la nak cakap akibat ilmu yang kurang berkat bila kita akan dapat kesan dia. sapa tau, masa final 6th year nanti ke, or masa kerja ke. masa buat master, phD ke.. mungkin nanti kerja da bagus sume... tapi hati tak tenang. sbb kita kerja dengan ilmu yang kurang keberkatan. atau pun kalau ada yang jadi lecturer ke... Allah balas balik kat kita students suka ponteng kelas kita. itu urusan Allah la kan nak bagi balasan cane. yang penting, kita la yang kena pergi kelas.
5. sayang diri sendiri
ini point last kot. kalau sayang diri sendiri, datang la kelas. tak rugi pun. kalau tak datang kelas yang rugi. banyak benda yang kita akan kekurangan kalau tak datang kelas. nanti masa exam la baru nak check apa yang prof ajar. masa tu la baru nak keep up.
tak faham pun tak pe la klo datang kelas. boring ke.. tahan la. belajar bukan senang. bila menuntut ilmu ni mmg banyak la benda yang kita kene endure. banyak benda kene korban. korban masa tido, korban tenaga, duit. banyak-banyakkan mujahadah. lawan syaitan yang selalu hasut supaya tak pergi kelas tu.
plus, bukan kita je yang berkorban. mak ayah kita berkorban. dari dulu lagi dia berkorban untuk jadikan kita diri kita yang sekarang ni. fikir-fikir la... kalau ikutkan hati.. banyak je yang malas nak pergi kelas. tapi, kenapa diorg boleh pergi?? sebab dorg skema ke?? entah la.. skema ke tak.. saya rasa bukan persoalan yang penting n saya x nmpk pun apa masalahnya kalau jadi skema.

habis da.... apa-apa kekurangan, saya minta maaf. ini hanya pendapat peribadi saya yang saya tulis di blog saya. kalau ada yang terasa hati pun, saya minta maaf juga. takut-takut penulisan saya mengguris hati sesiapa. semoga Allah permudahkan segala urusan. Allahu a'lam...

1 comment:
setuju2
terase gak psl amanah tu..
kte penah gak ponteng kuliah2 ni..
hehe
btw, nasihat yg bogs..
untuk dri sendri juge..
ehehe
Post a Comment